Anda di halaman 1dari 1

Tarikh: 22 Mac 2013 Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj.

Ramlan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Melalui Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Yang Berbahagia Prof. Memohon Membuat Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Yakult Seremban. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk, butiran lanjut mengenai lawatan adalah seperti berikut. Tarikh : 1 April 2013 (Isnin) Masa : 10 pagi 1 tengahari Peserta : 67 peserta pra-siswazah dan satu pensyarah 2. Untuk makluman Yang Berbahagia Prof., lawatan ini adalah untuk subjek pembelajaran Mekanik Bendalir Kejuruteraan Makanan (EPF3401) yang merangkumi pembelajaran pemprosesan produk Yakult. 3. Objektif lawatan ini adalah untuk memahami pemprosesan produk Yakult selain dapat mempelajari teknologi dan mesin yang digunakan untuk setiap peringkat pemprosesan. 4. Segala kerjasama dan kelulusan Yang Berbahagia Prof., saya ucapkan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERILMU BERBAKTI Yang Benar,

PROF. MADYA DR. YUS ANIZA YUSOF Ketua Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Sk. Jesse Lee Kar Ming, Wakil Kelas (016-2841497)

Anda mungkin juga menyukai