Anda di halaman 1dari 8

KONSEP ILMU - Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan. Islam adalah ilmu dan ilmu adalah Islam.

Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai sciences.

- Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza.

DEFINISI ILMU Ilmu berasal daripada perkataan Arab iaitu bererti : tahu, mengetahui dan pengetahuan. Dari segi istilah ialah : iaitu mengetahui sesuatu yang boleh diketahui.1[1]

Takrif yang lebih kemas ialah : Mengetahui sesuatu secara tepat atau tidak berkenaan dengan sesuatu perkara. Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi.

Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio. Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang kebenarannya diuji secara empiris dan experimental. * Rosenthal dalam bukunya knowledge Triumphant membahagikan 107 buah definisi ilmu dalam Islam kepada 12 kategori mengikut aspek atau sifat serta cirri-ciri ilmu yang hendak ditonjolkan di dalam definisi berkenaan. * Ilmu ialah proses mengetahui dan bersamaan dengan orang yang mengetahui dan apa yang diketahui. Ilmu adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. * Ilmu adalah kognisi (makrifat). Ada sebelas takrif dalam hal ini. Contoh :

Ilmu adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar.

* Ilmu adalah proses memperolehi atau mencari melalui persepsi mental. * Ilmu adalah proses membuat penjelasan, penegasan atau pengithbatan dan penentuan.

* Ilmu adalah rupa bentuk sesuatu makna, sesuatu konsepsi atau tasawwur dan pengesahan akan sesuatu kebenaran. * Ilmu adalah kepercayaan.

* Ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat. * Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati). * Ilmu sebagai hubungan. * Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan amal perbuatan. * Ilmu adalah lawan kejahilan. * Ilmu sebagai gerak geri (iaitu gerak hati). * Ilmu sebagai hubungan. * Ilmu ditakrifkan dalan kontek hubungannya dengan amal perbuatan. * Ilmu adalah lawan kejahilan. * Ilmu sebagai hasil intuisi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal. * Ilmu sebagai hasil intuisi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal. Struktur Ilmu

Ilmu atau maklumat yang berada dalam diri manusia tidak sama kekuatannya. Ini berpunca daripada kesempurnaan proses perpindahan maklumat atau sebaliknya.

Proses perpindahan ilmu melibatkan perkara-perkara berikut: 1) Penerima 2) Penyampai 3) Bahan 4) Cara penyampaian

Kekuatan ilmu yang berada di dalam diri manusia adalah seperti berikut: 1) Sekadar maklumat biasa yang boleh jadi betul atau tidak.

2) Mempercayai maklumat tersebut, sama ada percaya ia betul atau percaya ia palsu. 3) Yakin, peringkat yang lebih tinggi daripada percaya tetapi tidak sampai ke peringkat i'tiqad. 4) I'tiqad, ini merupakan peringkat ilmu yang paling tinggi. Ilmu yang berada di tahap ini merupakan ilmu yang sudah sebati dan sukar untuk pertikaikan. Tidak semua ilmu akan berada di tahap ini, biasanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kepercayaan dan berbentuk keagamaan berada di tahap ini.

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN ILMU

i) Meninggikan kedudukan seseorang di dunia dan akhirat, firman Allah yang bermaksud : " katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana " (al-Zumar : 9) i) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : " Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan. iii) Memastikan ibadah yang dilakukan betul menepati kehendak syarak iv) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan Menjadikan seseorang itu lebih takutkan Allah s.w.t. ( taqwa) Firman Allah dalam al-quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu ( alFahtur : 28) v) Ilmu membolehkan seseorang mendapatkan keredhaan Allah serta kebahagian di dunia dan di akhirat. vi) Ilmu menjaga manusia.

KEDUDUKAN ILMU Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan walau dengan apa cara sekali pun. Taida satu ajaran atau agama di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengetahuan.

Hal ini dibuktikan apabila wahyu pertama diturunkan kepada Rasullah menitik berat ilmu pengetahuan. Terjemahannya " Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk). Ia telah mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu amat pemurah. yang mengajarkan (menulis) dengan pena. yang mengajarkan kepada manusia apaapa yang tiada dieketahuinya" Kesimpulan ayat tersebut : 1. Allah swt menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan, pengamatan, pengingatan, dan pemikiran. 2. Allah swt memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana segla tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan. - Oleh kerana ilmu merupakan perkara yang amat penting dalam Islam sudah tentulah kedudukannya juga tinggi. - Bukan ilmu sahaja berada pada kedudukan yang tinggi, malah termasuk juga ahlinya yang terdiri daripada guru dan murid. Di dunia lagi orang yang berilmu diangkat dan disanjung oleh manusia.

Dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu : (i) Sabda Rasulallah yang bermaksud :" Menuntut ilmumenjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam" (ii) sabda Rasulallah yang bermaksud :" Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad." (iii) sabda rasulallah s.a.w yang bermaksud : " Tuntutlah ilmu walau sampai ke Negeri China"

Kelabihan menuntut ilmu ; (i) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan stu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkannya satu jalan menuju ke Syurga". (ii) sabda Rasulallah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah? Sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar dan yang mrnyintai mereka." (iii) Firman Allah yang bermaksud : " Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.

- ditafsir oleh Ibn Abbas : kedudukan mereka yang berilmu pengeatahuan dan beriman ialah 700 tingkat tingginya daripada manusia biasa. Setiap satu tingkat itu pula jaraknya 5000 tahun perjalanan. demikianlah tingginya kedudukan ilmu pengetahun mengikut pandangan Islam. (iv) Sabda Rasulallah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar pada waktu pagi untuk mempelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anda solat 100 rakaat"

PEMBAHAGIAN ILMU

Ilmu boleh dibahagikan mengikut sudut-sudut yang tertentu :

1. Hukum, ilmu terbahagi kepada dua iaitu: i) Ilmu fardu ain : iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh & berakal. Cth : Ilmu Tauhid, Ibadat ii) Ilmu fardu kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat Islam. Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas uamt islam. Cth Ilmu kedoktoran dll.

2.Dari segi cara memperolehi ilmu terbahagi kepada dua iaitu: i) Ilmu wahbi atau ladunni : Ilmu pemberian langsung dari Allah swt melalui wahyu atau ilham. cth : Nabi dan rasul. ii) Ilmu kasbi : Ilmu yang diperolehi daripada usaha iaitu melalui proses pembelajaran. cth : Matematik, Sains dsb.

3. Hubungan dengan syarak, ilmu terbahagi kepada dua iaitu : i) Ilmu syarie : terbahagi kepada 4 pula : a) Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah, Ujma' atau peninggalan sahabat. b) Ilmu Furu' : ilitu ilmu yang diluaskan daripa ilmu usul contoh : Fiqh, Faraid dan sebagainya.

c) Ilmu Muqaddimah dan pengantar : iaitu ilmu berupa alat untuk memahami al-Quran dan sunnah contoh : Belajar mengenal tulisan arab. d) Ilmu penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakna lagi ilmu al-Quran dan Hdith contoh : Ilmu Tajqid, Tafsir dan sebagainya. ii) Ilmu tidak syarie : ia terbahagi kepada 2; a) Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardu Kifayah contoh : matematik, Sains, Ekonomi dll. b) Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan malah mendapat kebencian allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan sebagainya.

4. Ketepatan, ilmu terbahagi kepada dua iaitu: i) Ilmu yang benar ii) Ilmu yang salah

5. Dari segi sumber : i ) Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal , contoh : Matematik, sains dan sebgainya. ii) Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolhi melalui ayat atau wahyu. Contohnya : al-Quran dan Hadith.

Sumber-Sumber Ilmu 1. Wahyu - pemberitahuan Allah kepada rasul yang dipilih di kalangan manusia - Sumber pengetahuan yang terpenting. - Teras kepada segala ilmu.

2. pancaindera - Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa.

3. Akal - Sumber utama pengetahuan manusia. - Berbezanya manusia dan haiwan adalah disebabkan akal.

4. Intuisi atau Ilham - Ilham ini dikenali dengan isltilah "firasat" ataupun pandangan "bashirah (tempbus)" yang dikurniakan ole Allah kepada para ulama.

Konsep Kesepaduan Ilmu

1) Dunia dan akhirat 2) Rohani dan jasmani 3) Agama dan kehidupan

HUBUNGAN ILMU, IMAN DAN AMAL

Ilmu, iman dan amal merupakan satu gabungan yang tidak boleh dipisahkan di dalam Islam. Ilmu tanpa iman dan amal merupakan perkara yang sia-sia. Iman tanpa ilmu dan amal merupakan perkara yang rugi. Amal tanpa ilmu dan iman merupakan perkara yang sesat. Ilmu mesti didahulukan sebelum amalan.

Pengislaman Ilmu

- Ilmu diselia dan diawasi sentiasa oleh ahlinya agar tidak terkeluar daripada batas-batas keislaman.

Pengawasan yang dilakukan oleh orang-orang yang bukan ahlinya menyebabkan berlakunya campur-aduk di antara ilmu yang diiktiraf oleh Islam dengan ilmu yang tidak diiktiraf.

- syarat-syarat pengislaman ilmu:

i) Ilmu mestilah bebas daripada sebarang tradisi tahyul, mitos dan animisma. ii) Ilmu mestilah bebas daripada pengaruh sekularisme.2[2] iii) Segala kemajuan dan penemuan mesti dikembalikan kepada Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai