Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN MERENTAS DESA 2011

NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK / AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF : 1. Murid-murid dapat meningkatkan keupayaan fizikal 2. Masa lapang digunakan untuk kepentingan yang berfaedah : : : SJK (TAMIL) CHANGLUN, KEDAH MERENTAS DESA 2011 9 MAC 2011 (RABU)

STRATEGI PELAKSANAAN

Merentas desa merupakan suatu aktiviti yang dijalan di sekolah SJK (Tamil) Changlun pada setiap tahun. Kami semua guru sekolah ini bersama dengan PK Kokurikulam, iaitu Pn.Vani A/P Veloo bercadang untuk menjalankan aktiviti pada 9 Mac 2011. Selepas itu, kami mendapatkan kebenaran daripada guru besar sekolah ini. Aktiviti ini dapat dijayakan dengan bantuan PIBG sekolah ini

1. Fasa Sebelum Pelaksanaan

Setelah mendapatkan kebenaran dari guru besar, kami semua guru menetapkan suatu hari untuk memerhatikan trek merentas desa. Pada 6 Mac 201, kami memerhatikan keadaan trek merentas desa. Kami memastikan keadaan trek itu berada dalam keadaan yang baik dan selamat demi keselamatan para pelajar. Selepas itu, kami menetapkan tiga stesen yang dimanakan stesen 1, stesen 2 dan stesen 3. Pelajar

tahap satu hanya melepasi stesen 1 pulang ke garisan penamatn manakala pelajar tahap dua pula perlu melepasi ketiga-tiga stesen tersebut.

Selain itu, kami juga menyedia tag yang bercop nama sekolah untuk diberikan kepada para pelajar semasa melepasi sesuatu stesen. Tag tersebut terdiri daripada tiga warna iaitu hijau,kuning dan biru mengikut stesen.

2. Fasa Semasa Pelakasanaan

Pada 9 Mac 2011, aktiviti merentas desa dijalankan seperti yang dirancangkan oleh kami. aktiviti tersebut berjalan dari pukul 4 petang hingga 6.30 petang.

Semua pelajar dikumpulkan mengikut tahap satu dan tahap dua. Acara bagi pelajar tahap satu dijalankan dahulu. Bendera malaysia dikibarkan dan hon dibunyikan oleh Pengerusi PIBG sebagai agenda pelancaran merentas desa bagi tahun 2011. Guru guru ditempatkan di setiap stesen untuk memberikan tag kepada pelajar. Ahli ahli PIBG juga turut menolong guru untuk menjaga keselamatan pelajar sepanjang aktiviti.

GAMBAR 1 : PARA PELAJAR DIKUMPULKAN SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI

GAMBAR 2 : PARA PELAJAR MENDENGAR ARAHAN GURU

GAMBAR 3 : PENGERUSI PIBG MENGIBARKAN BERDERA DAN MEMULAKAN MERENTAS DESA

GAMBAR 4 : PELAJAR KATEGORI PEREMPUAN TAHAP 1 DIHADAPAN GARIS PENAMAT

GAMBAR 5 : PARA PELAJAR MEMBERIKAN NAMA SELEPAS MELEPASI GARISAN PENAMAT DI TEMPAT URUSETIA

GAMBAR 6 : PARA PELAJAR DIEDARKAN MAKANAN DAN MINUMAN SELEPAS AKTIVITI

GAMBAR 7 : ANTARA IBU BAPA (AHLI PIBG) YANG MENOLONG SEMASA AKTIVITI

3. Fasa Selepas Pelaksanaan

Aktiviti merentas desa berjaya diadakan seperti yang dirancang oleh semua guru sekolah. Kami mengambil tujuh (7) orang yang terpantas dari setiap tahap sebagai pemenang. Mereka akan diberi hadiah di perhimpunan mingguan.

KESIMPULAN

konklusinya, aktiviti merentas desa 2011 ini telah berjalan seperti yang dirancang oleh kami. Ia memberikan pelbagai ilmu dan pengalaman kepada kami. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, para guru, kakitangan sekolah dan juga ahli PIBG yang berjaya menjayakan projek kami.

Sekian, terima kasih. Disediakan oleh Setiausaha Disemak oleh PK Sukan Tandatangan : Nama Tarikh : : Kokurikulam Tandatangan : Nama Tarikh : : Tandatangan : Nama Tarikh : : Disahkan oleh Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai