Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN PENGAKAP Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap.

Dengan ini barulah Pengakap dapat bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu. Jangan mengadakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu. Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu. Aktiviti terbahagi kepada dua jenis:a)Aktiviti Dalam b)Aktiviti Luar

AKTIVITI DALAM Diadakan di dalam bilik yang sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den) 1.Lakonan Bisu Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan oleh Pengakap) Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan. 2. Baloo di mana kamu Alatan: Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung. Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil Baloo (beruang) dan seorang lagi bergelar Mowgli. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya Baloo, di mana kamu? dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab di sini setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya.

AKTIVITI LUAR Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. 1.Mendirikan Khemah Pengakap diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri. Cara lain ialah mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh Pengakap menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah malam dan keadaan gelap gulita. 22.Elak Bola dalam Bulatan Alatan: Bola (boleh lebih daripada satu) Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira `MATI. Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakap yang berada dalam bulatan. Pengakap yang `terkena rejaman itu iaitu sdah `MATI, hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam bola. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah digalakkan ketepatan memandang. Permainan bolehlah diteruskan hinggalah hanya seorang Pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai