Anda di halaman 1dari 3

Jojo Beruk Berjasa. Hai kawan-kawan..kawan-kawan nak dengar cerita ? Kalau nak..tepuklah dahuluha..begitulah. Ya kawan-kawan..

apakah binatang yang boleh menolong manusia memetik buah kelapa? Apa? ..bijakmemang bijak.. Ya..kera...monyet ataupun beruk. Kali ini saya ingin bercerita sebuah kisah yang bertajuk.. Jojo Beruk Berjasa. Habegini ceritanya Pak Ali mempunyai seekor beruk kesayangan yang bernama Si Jojo. Pekerjaan Si Jojo ialah memetik kelapa penduduk kampung. Murad, anak Pak Ali yang berusia 10 tahun memang rapat dan mesra dengan Si Jojo. Baginya, binatang itu amat berjasa kepada keluarganya. Eh! manakan tidak, dengan kerja-kerja yang dilakukan Si Jojo, ayahnya mendapat rezeki untuk menampung keluarganya. Jika ada masa terluang Murad akan membantu ayahnya menjaga Si Jojo semasa memetik kelapa. Pada suatu hari, Pak Selamat meminta Pak Ali memetik buah kelapa di kebunnya. Kebetulan hari itu cuti sekolah. Murad ingin benar membantu ayahnya. Disebabkan Murad beria-ria hendak menolong, Pak Ali pun memberikan kebenaran. Mengikut perjanjian biasa yang dilakukan oleh Pak Ali, kalau Pak Ali berjaya memetik 10 biji kelapa, upahnya ialah 2 biji. Murad memikirkan kalau sebentar nanti Si Jojo dapat memetik 100 biji kelapa, tentu dia akan mendapat upah sebanyak 20 biji. Bagi Murad upah sebanyak itu memang memuaskan. Sampai sahaja di kebun Pak Selamat, Si Jojo pun memulakan tugasnya. Tidak lama kemudian, sebiji demi sebiji buah kelapa yang sudah tua dan matang dipetik dan digugurkan ke tanah. Murad mengumpulkan buah-buah kelapa itu dengan senang hati. Murad mengira-ngira buah kelapa yang berjaya dipetik pada hari itu. Jumlahnya ialah sebanyak 123 biji. Ya..kawan-kawan..jikalau 10 biji jupahnya ialah 2 biji, 123 biji berapakah upahnya? Apa ? Betul.. betul betul..Murad mendapat 24 biji sebagai upah.

Balik dari kebun Pak Selamat, Murad memberi Si Jojo makan tebu, bukannya buah pisang seperti kebiasaannya. Ya ..lah..kerja luar biasa, upahnya pun luar biasa juga lah kan? Ya kawan..kawan.. kali ini, Pak Ali membawa Si Jojo memetik buah kelapa di kebun Cik Samad pula. Sebatang demi sebatang Si Jojo memanjat. Tanpa disedari, hampir satu jam Pak Ali berada di kebun itu. Si Jojo telah memetik hampir 100 biji kelapa. Ketika itu, Si Jojo terasa amat penat. Namun di sebabkan timbulnya perasan tamak di dalam diri Pak Ali, dia langsung tidak pedulikan semuanya itu. Si Jojo sudah termengah-mengah, mahu tidak mahu Si Jojo terpaksa memanjat lagi. Wajah Si Jojo muram dan tidak gembira. Tanpa diduga semasa Si Jojo sedang memanjat sebatang pokok kelapa, tiba-tiba Si jojo jatuh dan terhempas ke tanah. Pak Ali amat terkejut dan cemas. Pak Ali berlari untuk menyelamatkan Si Jojo. Pak Ali segera membawa Si Jojo pulang. Setelah berada di rumah, Pak Ali bersungguh-sungguh merawat Si Jojo. Dia tidak mahu Si Jojo mati. Apabila Murid pulang dari sekolah, dia amat terkejut dan tidak menduga Si Jojo ditimpa kemalangan. Murad turut merawat Si Jojo. Dia tidak sanggup melihat Si jojo mati. Sejak itu, Si Jojo tidak lagi melakukan kerja-kerjanya seperti biasa. Si Jojo terbaring dalam keadaan menyedihkan di pondok kecilnya. Setiap hari, Murad memujuknya makan yang enak dan minum susu. Kadang kadang dia membersihkan badan Si Jojo. Pak Ali pula amat susah hati kerana tidak ada pembantu untuk melakukan kerjakerjanya. Oleh itu, Pak Ali ingin mencari seekor beruk atau monyet yang lain. Pak Ali berjaya menangkap seekor beruk yang lebih besar. Beruk itu diberi nama Si Gagah. Si Jojo berasa sedih, dirinya sudah tidak dilayan oleh Pak Ali lagi. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Mujurlah, Murad sentiasa memberi perhatian kepada Si Jojo. Pada suatu hari, ketika Pak Ali memberi Si Gagah makan, tanpa disedarinya, seekor ular keluar dari semak menuju kearah Pak Ali.

Melihat keadaan itu, Si Jojo meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Pak Ali kehairanan dan menyangka Si Jojo sudah tidak siuman lagi. Habarulah Pak Ali sedar, rupa-rupanya seekor ular senduk sedang menuju ke arahnya. Apa lagi, Pak Ali segera melompat ke depan. Si gagah juga melompat dan terus melarikan diri. Harap badan sahaja besar, tetapi penakut. Pak Ali mengambil sebatang buluh lalu membunuh ular itu. Pak Ali amat bersyukur kerana nyawanya terselamat. Semenjak hari itu, Pak Ali memberikan perhatian kepada Si Jojo. Murad senang hati melihat perubahan sikap ayahnya itu. Jojo pun tidak bersedih lagi. Murad pula menaruh harapan agar Si Jojo sembuh dan sihat. Dia mahu Si Jojo berbakti kepada keluarganya seperti dahulu. Begitulah ceritanya kawan-kawan. Ya..kawan-kawan..adakah kawan-kawan memelihara binatang di rumah? Ha..Kalau ada, sayangilah binatang itu. Perilaharah ia baik-baik. Binatang juga ingin disayangi. Janganlah kita mendera binatang. Berilah makanan dan minuman secukupnya. Jikalau binatang peliharaan kita sakit, ubatilah, atau bawalah ia ke klinik haiwan. Manalah tahu, binatang itu berjasa kepada kita kelak. Kata orang tua-tuabuat baik pasti akan dibalas dengan baik. Kawan-kawan fikirlah sendiri. Baiklah kawan-kawan, semoga kita berjumpa lagiAssalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai