Anda di halaman 1dari 3

KISAH RAJA RIMBA DAN KAMBING BIRI-BIRI

WATAK 1 : BURUNG HANTU WATAK 2 : SANG SINGA WATAK 3 : SANG KAMBING BIRI-BIRI

BABAK 1 BURUNG HANTU: Hai adik-adik Pra Aisyah. Apa khabar semua? Nama saya apa? Cuba teka. Pada hari ini adik-adik dapat menonton sebuah cerita dongeng. Adik-adik nak dengar cerita tak? Kalau nak dengar kena duduk elok-elok yeKalau baik cikgu adik-adik akan bagi hadiah. Okey dengar dan fahamkan cerita ini kerana cikgu adik-adik akan bertanyakan soalan nanti. Siapa dapat menjawab dengan betul akan mendapat hadiah.dengar ye. Di dalam sebuah hutan ada seekor Singa yang sombong dan bongkak. Sang Singa merasakan dirinya sangat berkuasa dan tiada siapa yang dapat melawannya. Pada suatu hari ketika Sang Singa bersiar-siar ia ternampak seekor Kambing Biri-biri di sebuah kampung berhampiran hutan itu. Kambing Biri-biri itu sedang memakan rumput. Tiba-tiba Sang Kambing Biri-biri terdengar suara Sang Singa mengaum. Sang Kambing Biri-biri berasa sangat takut. Sang Singa pun menghampiri Sang Kambing Biri-biri.

SANG SINGA : Wah kenduri aku hari ini dapat makan seekor kambing biri-biri.

SANG KAMBING BIRI-BIRI : Tolong jangan makan aku, kasihanilah aku. SANG SINGA : Aku sudah 2 hari tidak makan. Aku lapar nihahaha

SANG KAMBING BIRI-BIRI : Baiklah kalau kau nak makan aku penuhi dulu permintaan terakhir aku boleh? SANG SINGA : Apa syaratnyahehe

21

SANG KAMBING BIRI-BIRI : Kau kena bagi aku makan kenyang-kenyang dulu, bila aku sudah Kenyang badan aku bertambah besar kau suka kan

SANG SINGA : Yelah apa syaratnya lekaslah aku dah tak sabar ni.

SANG KAMBING BIRI-BIRI : Aku ni mengidam makan daun hutan. Daun hutan membuatkan Badan aku bertambah-tambah besarnya. Aku mahu 2 guni daun.

SANG SINGA : Baiklah, aku akan tunaikan permintaan kau. BURUNG HANTU : Ha apa yang jadi seterusnyanak tahu tak adik-adik. Tanpa berfikir panjang Sang Singa terus pergi ke hutan untuk mencari daun yang diminta oleh Sang Kambing Biri-biri. Ketika sedang menuju ke hutan, Sang Singa terpijak jerat yang dipasang oleh penduduk kampung. Sang Singa terperangkap di dalam jaring. Penduduk kampung memasang jerat tersebut untuk menangkap Sang Singa. Sang Singa pun meminta tolong. SANG SINGA : Tolong, tolong.lepaskan saya, lepaskan saya. SANG KAMBING BIRI-BIRI: Kenapa Singa.

SANG SINGA: Aku terperangkap dalam jaring ini, kau tolonglah lepaskan aku. Tolonglah, tolonglah.

SANG KAMBING BIRI-BIRI: Aku boleh tolong tapi dengan 1 syarat. Kau mesti berjanji tidak akan makan aku dan tidak masuk ke kampung ini lagi.

SANG SINGA: Baiklah aku berjanji.


21

BURUNG HANTU: Sang Kambing Biri-biri melepaskan Sang Singa dengan mengigit jaring itu sehingga putus dan Sang Singa sangat gembira dan terhutang budi kepada Sang Kambing Biri-biri. Sejak dari itu, Sang Singa berjanji tidak akan menganggu penduduk kampung dan Sang Kambing Biri-biri. Pengajaran dari cerita ini kita tidak boleh sombong dan memandang rendah pada orang lain. Kita perlu menjadi orang yang baik agar semua orang sayang pada kita. Adik-adik perlu mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan seharian seperti tolong-menolong, belas kasihan dan baik hati. Semoga berjumpa lagi di lain masa, bye..

21

Anda mungkin juga menyukai