Anda di halaman 1dari 1

Soalan Penyelesaian Masalah

Firma SME yang terletak di Kawasan Perusahaan Mergong, Alor Star merupakan salah sebuah syarikat pengeluar tayar terbesar di Malaysia. Pada tahun 2010, sebanyak 700 000 unit tayar telah dikeluarkan. Kebanyakannya dipasarkan dalam negara dan sebahagian lagi dieksport ke Eropah serta Amerika Syarikat. Seunit tayar dijual dengan harga RM 265. Pada tahun 2011, pengeluaran firma SME telah meningkat sebanyak 15% disebabkan peningkatan harga pasaran sebanyak 7%.

Pada masa yang sama firma THT dari negara Singapura juga memasarkan tayar di negara ini. Firma tersebut mempunyai kecekapan sehingga boleh menjual keluarannya dengan harga SGD 83. Akibat permintaan kereta tempatan yang semakin meningkat, berlaku kekurangan bekalan tayar. Hal ini menyebabkan industri kereta sukar untuk berkembang. Kerajaan telah bertindak membenarkan pengilang mengimport tayar dari Singapura. Namun begitu, jumlah import dihadkan kepada 60 000 unit sebulan.

(a)

Hitungkan ; (i) Harga seunit tayar dan kuantiti tayar yang dikeluarkan oleh firma SME pada tahun 2011. [4 markah] (ii) Keanjalan harga penawaran tayar firma SME dan tafsirkan. [3 markah]

(b)

Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk penawaran tayar firma SME pada tahun 2010 dan 2011. [5 markah]

[Gunakan skala 2 cm = RM100 pada paksi harga dan 2 cm = 200 000 unit pada paksi kuantiti] (c) Selain mengenakan kuota, terangkan langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menyekat kemasukan tayar dari Singapura. [9 markah]

(d)

Jika kadar pertukaran asing pada tahun 2010, RM 2.33 =

SGD1.00. Berapakah jumlah

penawaran ringgit yang perlu ditawarkan oleh pengimport Malaysia untuk mendapatkan 60 000 unit tayar dari Singapura. [2 markah]

(e)

Jika kadar pertukaran asing pada tahun 2011, RM 2.55 =

SGD1.00. Berapakah jumlah

penawaran ringgit yang perlu ditawarkan oleh pengimport Malaysia untuk mendapatkan 60 000 unit tayar dari Singapura. [2 markah]

Anda mungkin juga menyukai