Anda di halaman 1dari 10

Tamadun Islam - Memelihara Maruah Dan Keturunan Memelihara Maruah dan Keturunan

Allah Taala telah mencipta manusia dan meletakkan taraf manusia lebih tinggi clan mulia berbanding dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi. Manusia dilantik menjadi sebagai khalifah di dunia ini: Mengikut Harun Din (1991), bahawa Allah Taala telah menjadikan Adam a.s. dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya. Ditempatkan di dalam syurga sejak dijadikan sebagai suatu penghormatan. Diberi anugerah tertinggi dengan melantiknya menjadi khalifah di bumi sebagai suatu sanjungan. Dikurniakan layanan istimewa kepada anak cucu Adam di darat atau di mana sahaja sebagai suatu kemuliaan. Dilebihkan mereka dengan berbagai-bagai kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi. Keadaan ini seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

Dan ketika Tuhan mengatakan kepada malaikat: Aku menempat kan khalifah di muka bumi. Kata malaikat: mengapa Engkau menempatkan di muka bumi orang yang akan membuat bencana di situ dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan (memuliakan) Engkau... ayat 30) (Al-Baqarah:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam rupa yang amat baik. (At-Tin:'Ayat 4) Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik; roh, jasad, akal, istiqamah dan segala yang wujud pada din' manusia yang memungkinkan manusia menjadi khalifah di dunia. Berdasarkan kepada kelebihan itu, manusia wajib menjaga dan memelihara keturunan mereka agar keistimewaan dan kurniaan tersebut tidak tercemar dan ternoda.

Keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh manusia seharusnya dipertanggungjawabkan supaya harga din dan maruah mereka dijaga dan dikawal. Sesiapa pun tidak boleh menodai dan menurunkan taraf manusia ke lembah yang hina. Sekiranya kehormatan dan kurniaan itu tidak dijaga dan dihargai maka manusia turun taraf dan kedudukannya lebih rendah daripada makhluk Allah yang lain. Keadaan ini telah dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud:

Kemudian, Kami bawa ke tempat yang paling rendah. Selain dari orang-orang yang beriman dan menge jakan perbuatan baik. Mereka akan memperoleh pahala yang tiada putus-putusnya. (At-Tin: ayat 5-6)

Allah Taala telah mengurniakan akal dan petunjuk daripada-Nya yang diutuskan melalui nabi-nabi clan rasul-Nya serta kitab-kitab-Nya. Allah Taala telah mengutuskan agama Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w. dengan tujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman kehidupan manusia di muka bumi. Keselamatan clan ketenteraman ini termasuklah dari segi kejiwaan, kepuasan seks clan menjaga kehormatan diri. Sehubungan itu agama Islam telah menetapkan panduan yang lengkap mengenai perhubungan suami isteri. Perhubungan itu termasuklah tatacara untuk melepaskan kepuasan naluri seks mengikut saluran yang dihalalkan oleh Islam dan menghindarkan yang tidak diingini. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyentuh mengenai perhubungan suami isteri bagi menjaga keturunan dan maruah manusia. Antaranya yang bermaksud:

Isteri-isteri kamu adalah pakaian bagimu dan kamu pakaian bagi mereka. (Al-Baqarah: ayat 187) Perempuan perempuan itu ladang kamu, maka datangilah ladangmu itu sebagaimana kamu kehendaki dan ke~akanlah untuk dirimu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah

bahawa sesungguh kamu akan bertemu Allah dan bergembiralah (Muhammad) orangorang Mukmin. (Surah al-Baqarah: ayat 223)

Ab. Alim Abdul Rahim (1994), menyatakan umat Islam diberi kebebasan untuk mengadakan perhubungan seks dengan isteri. Gaya dan cara melakukan persetubuhan tidak dibataskan sama ada dari bahagian belakang atau hadapan tetapi diarahkan kepada faraj. Islam telah menegahkan umatnya melakukan persetubuhan yang diarahkan ke tempat lain. Islam juga melarang umatnya melakukan perzinaan (persetubuhan tanpa ikatan perkahwinan), homoseks, melalui dubur, dengan binatang dan lain-lain perlakuan seks yang bilazim. Banyak ayat al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menyentuh larangan tersebut. Antaranya yang bermaksud:

Dan janganlah kamu dekati perzinaan, sesungguhn ya perzinaan itu suatu perbuatan yang keji clan jalan yang salah. (Al-Isra: ayat 32)

Dan (ingatlah) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, sedang kamu mengerti? Mengapa kamu melepaskan syahwatmu kepada laki-laki, bukan perempuan?.Bahkan kamu adalah kaum yang bodoh. (An-Naml: ayat 54-55) ..... dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan yang keji, hendaklah ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaks ikannya). Kemudian apabila telah memberi persaksiannya maka kurunglah mereka (wanita) di dalam rumah, sampai mereka menemui ajalnya atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya. (An-Nisa: ayat 15) Jangan kamu setubuhi isterimu di duburnya. (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Kenapakah perzinaan dan sebarang bentuk perlakuan seks yang bilazim dilarang di dalam Islam? Mengikut Ab. Alim Abdul Rahim (1994), perbuatan ini dapat menghancurkan nasab keturunan, merosakkan keturunan, menghancurkan rumah tangga, meretakkan perhubungan, masalah sosial, menyebarkan penyakit-penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Begitu juga penjelasan oleh Mustafa Haji Daud (1991), akibat daripada kegilaan seks telah menyebabkan keruntuhan moral dan kemusnahan sistem keturunan, kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran anak yang masih berada di dalam kandungan telah menjadi satu adat resam yang dapat diperoleh di mana-mana sahaja pada hari mi. Sejarah telah membuktikan bahawa kemusnahan dan kehancuran sesuatu tamadun manusia di dunia ini dan dahulu hingga masa kini adalah berpunca daripada tidak terkawalnya kebuasan seks. Terpelihara maruah(3) Perzinaan telah diharamkan dalam Islam begitu juga perbuatan-perbuatan yang membolehkan berlakunya perzinaan seperti pergaulan bebas di antara lelaki dengan perempuan. Islam tidak membenarkan umatnya berkhalwat kerana perbuatan ini boleh menyebabkan berlakunya perlakuan yang lebih berat iaitu perzinaan. Jelaslah bahawa pengharaman perzinaan itu tertutup rapat sehingga kepada Plan yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan yang diharamkan dan membuka pintu fitnah balk oleh lelaki atau perempuan. Islam telah menetapkan dua jenis hukuman kepada penzina. Jika penzina itu sudah berkahwin, hukumannya ialah rejam sampai mati dan jika penzina itu belum berkahwin hukumannya sebat sebanyak 100 kali. Hukuman bagi penzina dijelaskan dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Nur: ayat 1-2.

2.3.3 Memelihara Kehormatan dan Keturunan

Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Maka itu, diturunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka sama-sama dihukum dan sama- sama diberi pengajaran. Allah s.w.t. telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menumt apa yang telah diusahakannya (Surah An-Najm: Ayat 39). Rasulullah s.w.t. juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal)dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah (DiriwayatkanolehBukharidan Muslim).

Dengan undang-undang dan peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian. Jaminan tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda bermaksud: Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini (Diriwayatkan oleh Bukhari).

Dalam Islam juga, ditekankan tentang pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

3.3.4 Menjamin kehormatan dan maruah diri Allah SWT telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna. Segala tindakan yang merosakkan keturunan adalah dilarang seperti pengharaman zina dan liwat (lesbian dan homoseksual). Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra': 31) Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syara' telah mengakibatkan perlakuan seks bebas dan merosakkan kehormatan dan keturunan. Kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran anak yang masih di dalam kandungan telah menjadi suatu gejala yang berleluasa dalam masyarakat hari ini. Demi memelihara tamadun manusia, akhlak dan keturunannya, al-Quran telah menjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap jenayah zina sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang beriman (An-Nur: 2)

Di Indonesia, negara berkembang yang berpenduduk mayoritas muslim dan akrab dengan budaya ketimuran, sudah mulai terasa derasnya arus budaya Barat. Kaum muslimin mulai mengadopsi budaya-budaya bejat itu. Kaum remaja tanpa batas leluasa meniru gaya orang-orang kafir Barat, mulai dari trend mode pakaian, gaya bergaul, dan gaya hidup. Maka, tidak heran jika remaja yang tinggal di kota-kota besar sudah akrab

dengan budaya seks bebas. Anehnya, para orang tua tidak sedikit yang justru ikut membantu dan mendorong putra-putrinya ke jurang kenistaan dan kemerosotan moral itu. Na'udzubillah min dzalik.

Musuh-musuh Islam menggunakan cara-cara yang sangat halus dalam melancarkan aksi untuk sampai pada tujuan mereka. Tahap awal yang mereka lakukan adalah menggalakkan budaya ikhtilath (campur-baur antara laki-laki dan perempuan).

Ikhtilath yang jelas-jelas tegas dilarang oleh Islam sudah ditanamkan mulai pada anak usia TK hingga di perguruan-perguruan tinggi. Penyebaran budaya sesat ini yang paling gencar melalui media informasi. Di Indonesia kebanyakan acara-acara TV ataupun radio yang bertema kaum muda rata-rata menjiplak acara-acara dari negara-negara Barat. Kita saksikan di bebarapa stasiun TV berbagai program acara yang justru mendidik kawula muda untuk hidup bebas. Ada acara AFI, KDI, Indonesia Idol, Indonesian Star, Penghuni Terakhir, dan lain-lainnya. Hampir setiap stasiun TV di Indonesia menampilkan acara-acara yang tidak lagi mengindahkan moral dan etika agama. Tidak hanya ikhtilath yang kelihatan, namun kehidupan bebas yang dimeriahkan. Jadi, seakan kawula muda diarahkan untuk menerapkan budaya bebas itu dengan cara menyuguhi mereka acara-acara yang sarat dengan pengajaran hidup bebas.

Dari situ kemudian dampaknya mulai meningkat lebih parah. Hijab, kerudung, atau biasa disebut jilbab mulai ditinggalkan oleh kaum muslimah. Atau, paling tidak ada penggeseran dari nilai-nilai dasarnya. Mereka yang masih mau menunjukkan identitas muslimahnya tidak lagi memakai kerudung yang sesuai dengan aturan syariat Islam, tetapi memakai kerudung-kerudung mungil, gaul, sesuai mode yang pada hakikatnya melanggar aturan Islam. Tindakan ini tidak menambah kebaikan sama sekali pada pelakunya, justru jika menggalakkan sunnah sayyiah (budaya yang tidak sesuai dengan Islam), mereka akan mendapat multilevel dosa.

Yang lebih parah lagi ketika kaum muslimah sudah mulai mengadopsi cara perpakaian

orang Barat, yang jelas mengumbar aurat. Bagi remaja putri, mungkin saat ini akan malu jika perpakaian longgar. Gaya berpakaian ala Barat ini sudah dikenalkan pada anak-anak yang baru usia TK. Maka tidak heran jika kita lihat hampir di semua tempat adanya kenyataan yang sangat memprihatinkan. Mereka yang mengaku sebagai muslimah memakai pakaian-pakaian yang ketat, bahkan super ketat yang menampakkan lekuk-lekuk keindahan tubuhnya. Dalam hal ini, disadari maupun tidak disadari, dari fenomena ini diketahui bahwa mereka sudah jauh dari moral dan sangat jauh dari akhlak yang benar. Gaya berpakaian dengan menampakkan pusar atau bagian perut bahkan dada sudah sangat sulit untuk dihindari. Sehingga orang yang masih menjaga dirinya merasa risih dengan fenomena ini. Sudah demikian jauhkah keadaan mereka sehingga mereka tidak mengetahui ancaman Rasulullah terhadap wanita-wanita yang memakai busana namun seperti telanjang bahwa mereka adalah calon penghuni neraka?

Ada yang berusaha membungkus kebusukan ini dengan cara yang lain. Yaitu, ketika sebagian tetap memakai kerudung (tentu saja yang mungil, trendi, gaul, dan tidak memenuhi sarat Islam), namun mereka tetap memakai pakaian-pakaian yang ketat. Cara berkerudungnya sudah salah, ditambah dengan pakaian yang tidak senonoh.

Semua itu menunjukkan hilangnya harga diri dan kehormatan sebagian wanita muslimah. Dan, karena kebanyakan manusia sudah diliputi hawa nafsu akibat jauhnya dari petunjuk, maka pemandangan semacam itu tidak lagi menjadi masalah, justru dinikmati, dibela dan diperjuangkan. Na'udzubillah min dzalik.

Sebenarnya masalah ini menjadi tanggung jawab semua lapisan kaum muslimin. Semua harus berupaya semampunya untuk mengembalikan citra, harga diri, dan kehormatan Islam. Bagi orang tua hendaknya mendidik putra-putrinya agar berakhlak dan berbudaya Islam, dan tidak membiarkan mereka larut dengan gaya-gaya orang kafir. Bagi para guru supaya menanamkan nilai-nilai Islam kepada anak didiknya agar terbentuk pola pikir Islam. Bagi para dai supaya tidak bosan menyuarakan kebenaran dan ajakan untuk kembali kepada Alquran dan sunah. Dan bagi semua pihak, terutama

kaum wanita, agar bertakwa kepada Allah, berserah diri kepada-Nya, tunduk pada tuntunan Rasulullah saw., tidak mudah terbujuk oleh rayuan dan bisikan penyeru kerusakan. Barang siapa mempunyai iman dan keyakinan yang kuat, pastilah ia membentengi diri dengan berpegang teguh pada tuntunan syariat Allah.

Sesungguhnya awal kesuksesan hidup, keselamatan, dan kebahagiaan yang hakiki adalah mengikuti sunnah (petunjuk) Rasulullah saw. Sebaliknya, awal kesengsaraan, kehancuran, dan malapetaka adalah mengikuti hawa nafsu. Setiap yang menyelisihi sunah adalah hawa nafsu, dan hawa nafsu mengikuti setan. Maka, marilah kita sesuaikan segala aspek kehidupan kita dengan petunjuk Rasulullah saw. agar harga diri dan kehormatan kita tetap terjaga. Wallahu a'lam (Zen Al-Choodry).
Keperluan hidup bermasyarakat Dalam Islam, manusia berasal daripada satu keturunan, iaitu Nabi Adam a.s sebagaimana maksud hadis Semua kamu daripada Adam, sedangkan (Adam a.s) daripada tanah. Al-Quran menegaskan tentang hakikat keturunan manusia: Wahai manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam A.S.) dan menjadikan daripada (Adam) pasangannya (Hawa) dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, dan peliharalah hubungan dengan kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu. (Surah al-Nisa, 5:1).

Allah menjadikan manusia mempunyai banyak keturunan supaya mereka saling berinteraksi dalam masyarakat dan menjaga hubungan sesama mereka. Hal ini demikian kerana agama Islam memandang tinggi kepada keperluan hidup bermasyarakat (Azrina Sobian, 2007).

Allah S.W.T. berfirman: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah S.W.T. ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat, 49:13)

Anda mungkin juga menyukai