Anda di halaman 1dari 22

TUGASAN PENYELIDIKAN INDIVIDU : AMALAN PENGGUNAAN ALAT BANTUAN MENGAJAR (ABM) OLEH BAKAL GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA : NURUL FARHANA BINTI SAPAE

NO. MATRIK : D20071029831

PENYELIA : PROF SUPLI EFFENDI RAHIM

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

JABATAN TEKNIK DAN VOKASIONAL FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEMESTER 2 SESI 2009/2010

Amalan Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) Oleh Bakal GuruGuru Kemahiran Hidup dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

ABSTRAK Satu kajian kes dilakukan untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi amalan dan kekerapan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada faktor kemudahan fizikal, sikap guru, kemahiran guru dan kepentingan penggunaan ABM mempengaruhi amalan penggunaan ABM serta kekerapan penggunaan ABM. Responden kajian adalah terdiri daripada bakal guru program Pendidikan Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian menunjukkan faktor kepentingan ABM dalam kalangan guru-guru adalah pada tahap sederhana. Cadangan dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, sekolah dan pihak guru. Kata kunci : Penggunaan, Alat bantu mengajar (ABM), guru Kemahiran Hidup, pengajaran dan pembelajaran

ABSTRACT A case study conducted to identify the dominant factors that influence the practice and frequency of tool use among prospective teachers in teaching Life Skills at the Universiti Pendidikan Sultan Idris. The objective of this study was to identify whether the factor of physical
facilities, usage, adeptness, and importance of teacher attitudes influence the practice of using ABM and frequency of use. Survey respondents are from the prospective teachers' Life Skills Education programs Universiti Pendidikan Sultan Idris, who has had experience teaching training (practice). Questionnaires used as survey instrument and distributed to the respondents to obtain feedback. Research findings show the importance of ABM factors among teachers is at medium level. Proposals submitted to the Ministry of Education, State Education Resource Center, school and the teachers.

Keywords : Use, teaching tool (ABM), Life Skills teacher, teaching and learning

BAB 1

PENGENALAN Peredaran masa dan zaman telah mempengaruhi proses perkembangan ilmu pengetahuan pada hari ini. Perkembangan ini juga dipengaruhi oleh faktor kehendak dan keperluan asas manusia untuk hidup Perubahan kurikulum, objektif dan matlamat pendidikan ini secara tidak langsung melibatkan perubahan strategik dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Dengan itu satu perhatian yang serius perlu diambil oleh guru untuk menjadikan dunia pendidikan sebagai satu bidang yang mampu berdaya saing dengan peredaran zaman. Pengguanaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan faktor utama dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang paling kondusif dimana penggunaan ABM akan dapat mengatasi masalah-masalah seperti kekurangan tenaga pengajar, masalah kekurangan masa dan masalah mengadakan pengajaran untuk kumpulan yang besar (Kamarudin, 1986).

1.1

Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan masa kini yang berorientasikan maklumat dan ledakan era teknologi maklumat ini ternyata seseorang individu itu tidak mampu memonopolikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran tanpa pertolongan dan sokongan daripada orang lain. Kerjasama daripada individu lain untuk memperlengkapkan diri sendiri bagi mengisi keperluan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amatlah diperlukan. Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jemaah Nazir Persekutuan, sekolah pada keseluruhannya mempunyai ABM dan bahan pendidikan yang mencukupi tetapi dari segi penggunaan masih di bawah tahap yang diharapkan (Ab. Rahman, 1995) Menurut laporan jemaah nazir sekolah (1987), penggunaan sumber-sumber pendidikan oleh murid-murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang kurang memberangsangkan disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah kekuragan kemudahan fizikal, koleksi sumber-sumber pendidikan, tenaga manusia yang terlatih, kelemahan dalam pengurusan pusat sumber sekolah, sikap dan minat guru yang tidak menggalakkan serta kurang bimbingan dan penyeliaan oleh pihak sekolah (Ismail, 1990). Kajian Jegadeva (1990) menggariskan bahawa sekolah-sekolah sepatutnya mengurus dan mengendalikan pusat sumber dengan cekap untuk memudahkan guru-guru membuat rujukan tetapi hasil daripada pemeriksaan ini memperlihatkan bahawa 55.4% sekolah tidak berbuat demikian dan 43.5% sekolah didapati tidak menggunakan ABM yang dihantar oleh kementerian Pendidikan Sepenuhnya (Ismail, 1990).

Daripada laporan dan kenyataan di atas, penyelidik berpendapat bahawa ramai kalangan guru yang tidak menggunakan ABM secara maksima dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2

Pernyataan Masalah

Penggunaan organ deria pelajar yang lebih banyak sebenarnya dapat mewujudkan keberkesanan dalam proses pembelajaran pelajar. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa penggunaan ABM menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Dengan itu, penyelidik ingin mengenalpasti sejauhmanakah ABM ini diaplikasikan sepenuhnya oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM.

1.3

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah penggunaan ABM diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru Kemahiran Hidup. Di antara objektif-objektif yang dicadangkan ialah :

- Mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup dari aspek : i. ii. iii. iv. Faktor kemudahan fizikal Faktor sikap guru Faktor kemahiran guru Faktor kepentingan penggunaan ABM

- Mengenalpasti kekerapan penggunaan ABM semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.4

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang cuba dijawab ialah : i. ii. iii. iv. v. Adakah faktor kemudahan fizikal mempengaruhi amalan penggunaan ABM? Adakah faktor sikap guru mempangaruhi amalan penggunaan ABM? Apakah faktor kemahiran guru menggunakan ABM mempengaruhi amalan penggunaan ABM? Adakah faktor kepentingan penggunaan ABM mempengaruhi amalan penggunaan ABM? Adakah guru-guru kemahiran hidup kerap menggunakan ABM semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

1.5

Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar program Pendidikan Kemahiram Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Jumlah populasi yang digunakan dalam kajian ini ialah seramai 30 orang. Penyelidik memilih populasi ini berdasarkan kekangan faktor masa dan kewangan. Menurut Najib (1999), kajian kes digunakan untuk mengkaji satu-satu unit pada satu-satu masa untuk melihat secara intensif peristiwa yang berlaku dan pada peringkat akhir dapat membuat andaian tentang unit populasi yang lebih besar tentang peristiwa yang sama. Dengan itu, penyelidik berpendapat bahawa populasi yang dipilih boleh memberikan gambaran terhadap unit populasi yang lebih besar tentang peristiwa yang hendak dikaji.

1.6

Kepentingan Kajian

Penyelidik ingin meneliti amalan penggunaan ABM dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan penggunaan alat-alat ini akan lebih membantu merangsangkan deria pelajar untuk belajar. Diharapkan dengan hasil dan dapatan kajian nanti akan dapat :

- Memberi panduan dan kesedaran kepada penyelidik dan guru-guru tentang

kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. - Memberi panduan dan maklumat kepada pihak pentadbir sekolah dalam menghasilkan dan menyediakanABM. - Memberikan maklumat dan panduan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan tentang pengurusan dan pentadbiran ABM.

1.7 1.7.1

Definisi Operasional Amalan

Menurut kamus Dewan edisi Ketiga (2000), amalan ini didefinisikan sebagai sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan atau dikerjakan).

1.7.2

Penggunaan

Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga (2000), penggunaan ini didefininasikan sebagai perihal (perbuatan atau kegiatan) menggunakan sesuatu. Dalam kajian ini penggunaan mewujudkan kepada perihal meggunakan alat bantuan mengajar atau responden semasa proses mengajaran dan pembelajaran.

1.7.3 Alat bantuan mengajar (ABM). Ab. Rahman (1995) menyatakan bahawa ABM ialah sebarang bentuk benda, bahan alat atau pekakas samaada konkrit atau abstrak seperti alat audio, alat pandang atau alat pandang dengar yang dapat digunakan dan dieksloitasikan oleh sesoarang secara sistematik untuk membantunya dalam proses menyampaikan mesej-mesej pengajaran . Contoh ABM seperti perakam bunyi, peti televisyen, projektor filem 16 mm projektor sisipan filem, radio dan sebagainya (Nuruddin ,1980).

1.7.4 Guru Kemahiran Hidup Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), guru ini didefinasikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh.

Kemahiran Hidup pula merupakan satu mata pelajaran yang dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989 bagi menggantikan matapelajaran elektif dalam pendidikan Aneka Jurusan seperti Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan dan Sains Pertanian (Pusat Perkembangan Kurikulum ,1988).

1.7.5

Pengajaran dan pembelajaran

Ea Ah Meng (1997) menyatakan bahawa pengajaran ialah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Manakala pembelajaran pula merupakan tingkahlaku yang agak kekal dan dapat dilihat perubahannya. Kamarudin (1990) mendefinisikan pengajaran sebagai sesuatu proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan murid-murid menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang mereka lakukan . Dalam konteks kajian ini,pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada aktiviti penyampaian ilmu pengetahuan sikap dan nilai serta perubahan tingkahlaku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

BAB II SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmanakah penggunaan ABM diaplikasikan oleh bakal guru Kemahiran Hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Menurut Yeo dan Baharuddin (1996), amalan penggunaan ABM boleh dilihat dari beberapa aspek seperti: i. ii. iii. iv. Faktor faktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM. Kekarapan penggunaan ABM dalam pengajaran Kemudahan dan kelengkapan ABM yangdisediakan di sekolah . Kepentingan peningkatan penggunaan ABM dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup .

Faktorfaktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM ini boleh dikaji dari beberapa aspek seperti pengurusan dan pentadbiran, kemudahan peralatan dan sikap guru serta kemahiran guru ABM tersebut.

2.2 Takrifan Alatan Bantuan Mengajar(ABM) Ab.Rahman (1995)menyataan bahawa ABM ialah sebarang bentuk benda ,bahan ,alat atau perkasas samada konktik atau abstrak seperti alat audio, alat audio, alat pandang atau alat pandang dengar yang dapat digunakan dan dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantunya dalam proses menyampaikan mesej-mesej pengajaran . ABM ialah bendabenda seperti perakam bunyi, peti televisyen, projektor filem 16mm, projertor sisipan filem, radio dan sebagainya (Nuruddin,1980). Noraziah (1981) menjelaskan bahawa ABM merupakan alat bahan digunakan untuk tujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya oleh pelajar semasa pelajar membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.

2.3 Jenis-Jenis ABM Mengikut Abdul Rahim (1992) ABM boleh dikategorikan dengan berbagai cara. ABM boleh dikelaskan mengikut organ deria yang terlibat seperti pendengaran, penglihatan atau gabungan kedua-dua deria tersebut. ABM juga boleh juga dikelaskan mengikut sumber kuasa yang digunakan untuk operasi seperti sumber kuasa elektrik bagi media elektronik dan sumber tenaga manusia bukan elektronik. Omardin(1990)menyatakan bahawa ABM menyampaikan pengajaran terdiri daripada: i. ii. iii. iv. yang boleh digunakan untuk

Bahan bergambar dan berbentuk grafik seperti buku teks, gambar foto, gambarajah, graf dan sebagainya. Alat pandang tayang seperti transparensi, slaid dan filem jalur. Bahan dengar seperti radio dan pita rakaman. Alat pandang dengar seperti filem televisyen dan persembahan video.

Daripada kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pengelasan jenis-jenis ABM lebih berorientasikan kepada penggunaan organ deria pelajar. Ini disokong oleh Farrant (1981) yang menegaskan bahawa secara keseluruhannya, kerja guru adalah menyampaikan pengalaman kepada pelajar dengan menggunakan dua cara iaitu melalui bunyi dan penglihatan. Manakala bantuan yang menolongnya bagi perantaraan bunyi ialah bantuan dengar dan pengantaraan penglihatan ialah bantuan pandang. Walau bagaimanapun, Noraziah (1981) tetap mengelaskan ABM kepada dua kategori iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

2.4

Pengurusan dan pentadbiran ABM

ABM yang terdapat di sekolah amnya dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan melalui saluran-saluran tertentu. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam ucap utamanya di Konvesyen Teknologi Pendidikan ke-12 di Hotel Regency, Port Dickson pada 8 Oktober 1999 menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan telah membelanjakan beriu-ribu ringgit bagi membekalkan ABM dan brharap pihak tertentu terutamanya guru mengambil langkah membudayakan teknologi pengajaran dalam amalan pengajaran di sekolah. Dalam projek pinjaman Bank Dunia yang ke-9 (1986-1990) sejumlah RM45.1 juta telah diperuntukkan bagi pembekalan bahan-bahan pandang-dengar bukan buku ke pusat sumber sekolah dan pusat kegiatan guru ( Aisah Abu Samah, 1990). Kenyataan di atas jelas meunjukkan kementerian mempunyai peruntukan kewangan bagi penghasilan ABM di sekolah. Dengan itu, Ismail (1990) menyatakan bahawa sepatutnya pihak sekolah memberi kemudahan dan galakan kepada guru-guru berinteraksi dalam pembinaan bahan-bahan media pangajaran.

2.5

Kemudahan fizikal dan peralatan untuk menghasilkan dan menggunakan ABM

Faktor kemudahan fizikal dan peralatan mempengaruhi amalan penggunaan ABM selaras dengan saranan Daud (1983), yang menjelaskan bahawa persediaan awal perlu untuk menghasilkan pengajaran yang baik. Antara persediaan yang perlu dirancang ialah dengan menentukan alatan yang hendak digunakan dalam keadaan baik dan memuaskan. Di samping itu, semua punca elektrik boleh digunakan serta jumlah bilik yang mencukupi. Namun demikian masalah kekurangan bilik telah di atasi kerana menurut Asiah Abu Samah (1990), yang menyatakan ahawa di bawah projek pinjaman Bank Dunia ke-10 telah memperuntukkan kira-kira RM33 juta bagi pembinaan 95 buah pusat sumber sekolah dan 200 buah pusat kegiatan guru. Kajian yang telah dijaankan oleh Fatimah (1980) telah menunjukkan bahawa kelengkapan media di sekolah menengah di negeri Sembilan telah ditafsirkan sangat rendah dari taraf media yang disarankan untuk sekolah-sekolah dan dari segi peralatan pada umumnya terhad pada kadar satu daripada setiap jenis bagi sebuah sekolah. Kassim Abbas (1989) mengatakan bahawa masalah penggunaan alat dan bahan bantu mengajar juga berkait rapat dengan relevansi koleksi alat dan bahan di pusat sumber kerana sekiranya koleksi alat dan bahan tidak ada kaitan dengan kurikulum sekolah dan tidak selari dengan keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar, maka penggunaannya sudah tentu berada pada tahap yang rendah.

2.6

Kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam ucap utamanya di Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-12 di Hotel Regency, Port Dickson pada 8 Oktober 1999 yang mengatakan keberkesanan pengajaran berkait rapat dengan teknik dan olahan penyampaian guru serta adunan yang sesuai alat dan bahan bantu mengajar. Rosini dan Ramlah (1998) menggariskan beberapa kepentingan ABM. Ini termasuklah: i. ii. iii. iv. Membantu murid mementuk konsep. Pembelajaran lebih kekal kerana penggunaan organ deria yang lebih dan mendapat pengalaman yang sebenar. Mewujudkan kepelbagaian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Ini disokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Omardin (1999) bahawa alat dan bahan sumber pengajaran ini penting untuk mencetuskan minat pelajar, mengetengahkan konsep, memperkayakan pengalaman pelajar, penggunaan deria yang lebih, menjimatkan masa dalam pembelajaran dan penglibatan pelajar. Mat Nor, et. al (1988) turut menyokong kenyataan di atas dengan menggariskan beberapa objektif yang boleh dicapai sekiranya ABM digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran. Di antaranya ialah : i. ii. Menyediakan asas yang kuat untuk pembentukan konsep dalam minda pelajar. Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.

iii. Menghasilkan pembelajaran yang kekal dalam minda pelajar. iv. Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. v. Membina pemikiran yang berterusan terutama melalui penggunaan filem bergerak.

vi. Membantu pemahaman dan perkembangan dan perbendaharaan kata pelajar. vii. Menyediakan pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan lain serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan ABM dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Atan Long (1978) menyatakan bahawa penggunaan ABM juga membolehkan pelajar menerima rangsangan daripada guru dan menarik perhatian pelajar serta mengekalkan perhatian itu pada satu rangsangan.

Atan Long (1977) juga turut menyatakan bahawa dengan adanya alat ABM, murid akan menggunakan lebih banyak pancaindera sebagai penerima rangsangan dan dengan itu pelbagai rangsangan diterima melalui sumber yang berlainan akan dapat diterima. Sumber-sumber rangsangan yang berlainan dan berubah-ubah ini akan lebih menggerakkan murid-murid untuk memberikan perhatian dan akan lebih menarik minat mereka. Melalui kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa rangsangan pelajar untuk belajar boleh diwujudkan dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar. Kenyataan ini turut disokong oleh Sharifah Alawiyah (1984) yang menyatakan bahawa penggunaan televisyen, filem dan model sebenar akan memberi rangsangan kepada pelajar kea rah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian seminar Kebangsaan Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bukit Kiara menjelaskan bahawa kemudahan teknologi serta alat bantuan mengajar yang canggih sepatutnya membantu mengatasi masalah kekurangan guru dan penurunan mutu pembelajaran ( Berita Harian 27 Jun 2001). Azizah (1982) menyatakan bahawa kajian Charlesworth (1975) yang memilih kurikulum Sains Paduan untuk dikaji dan mendapati wujudnya halangan dan rintangan untuk melakukan proses inovasi dalam kurikulum tersebut. Salah satu rintangan yang terpaksa dihadapi ialah kekurangan alat, bahan dan sumber pengajaran. Kamarudin dan Siti Hajar (1998) menjelaskan bahawa tujuan penggunaan sumber pengajaran adalah untuk memaksimumkan kesan dan hasil pengajaran. 2.7 Sikap guru terhadap penggunaan ABM

Terdapat juga segelintir pengetua atau guru besar yang mengambil jalan mudah untuk mengatasi kekurangan bilik darjah dengan menutup pusat sumber sekolah. Ini menyebabkan timbulnya masalah yang mempengaruhi sikap guru terhadap penggunaan abm ( kassim 1989). Balakrishnan (1995) memetik kenyataan Ismail Haji Adnan dalam pembentangan kertas kerja Konvesyen Teknologi Pendidikan kedua yang mengatakan ramai guru yang tidak mengambil peluang dari potensi besar yang disediakan oleh teknologi pendidikan untuk menjadikan pengajaran mereka di bilik darjah berkesan. Beliau juga mendapati segelintir guru tidak menguji kesesuaian sesuatu alat dan bahan seelum digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat segelintir guru yang mempunyai sikap dingin terhadap penggunaan teknologi media di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) walaupun MRSM mempuyai banyak sumber pengajaran berbanding dengan sekolah lain (Najib, 1990).

Hasil kajian Ismail (1987) telah menunjukkan bahawa Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Kedah telah berjaya menjalankan aktiviti utamanya dan mendapati guru yang telah mengikuti kursus di PSPN mempunyai sikap serta pendapat yang positif terhadap penggunaan media pendidikan dan lebih kerap menggunakan alat dan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Balakrishnan,1995). Kassim (1989) dalam kajiannya menyatakan kemudahan pusat sumber sekolah kurang digunakan kerana guru-guru,terutamanya yang telah lama berkhidmat masih menggunakan kaedah pengajaran kapur dan bercakap. Kaedah ini dikatakan paling mudah disampaikan dan tidak memerlukan tumpuan masa yang lama untuk menyediakan rancangan mengajar, alat bantu mengajar tidak perlu disediakan. Akibat daripada amalan kaedah ini, guru-guru berasa tidak perlu menggunakan ABM semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Farrant (1981) menjelaskan bahawa terdapat segelintir guru yang beranggapan bahawa penggunaan ABM akan menambahkan beban tugas mereka dan ini menyebabkan tidak ramai guru yang dapat menggunakannya. Ibrahim(1995) menyatakan bahawa guru-guru yang perkhidmatan kurang daripada tiga tahun mendapati buku teks dan ABM merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.8 Kekerapan penggunaan ABM semasa pengajaran Balakrishman (1995) telah mendapati guru-guru lebih berminat menggunakan bahan dan alatan pengajaran yang terbatas kepada bahan yang mudah dibawa dan senang digunakan. Mengikuti laporan dapatan kajian penggunaan alat dan bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah Kelantan (1986) mendapati penggunaannya adalah pada tahap yang minima (Halimah,1998).

2.9 Masalah-masalah penggunaan ABM Kamarudin (1986) menjelaskan bahawa terdapat tiga kategori masalah yang dihadapi oleh guru.Diantaranya ialah: i. ii. iii. sebelum menggunakannya semasa menggunakannya sedudah menggunakannya

Beliau juga menjelaskan bahawa untuk menyediakan ABM memerlukan perbelanjaan dan masa.Guru juga tidak mempunyai masa untukmembuat ABM dan ada ABM yang mahal harganya.Selain itu, guru juga kesuntukan waktu untuk mencari ABM di pusat sumber sekolah.

Menurut Asiah Abu Samah,et.al (1987) menyatakan bahawa antara masalahmasalah yang biasanya dihadapi oleh guru-guru semasa membuat bahan pengajaran ialah sikap pengetua atau guru besar yang tidak mengambil berat tentang sistem pusat sumber sekolah dan kurang mengendahkan keperluan guru-guru.

2.10 kemahiran guru menggunakan ABM

Menurut Ismail (1990), terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan dalam usaha menyokong pelaksanaan KBSR dan KBSM terutama dari segi teknologi maklumat. Usahausaha ini termasuklah dengan menganjurkan kursus, bengkel, seminar, taklimat dan sebagainya.Di samping itu, sekolahsekolah juga turut dibekalkan dengan pelbagai kemudahan seperti pembekalan alatan dan bahan media, peruntukan kewangan dan kemudahan fizikal.

2.11

Kesimpulan

Secara keseluruhannya terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi penggunaan Alat/Bahan Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan fizikal yang mencakupi dan memuaskan diperlukan bagi mempertingkatkan tahap penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada faktor kemudahan fizikal, faktor sikap guru juga turut mempengaruhi amalan penggunaan ABM. Ini dibuktikan dengan beberapa dapatan kajian yang mengatakan bahawa ramai guru mempunyai sikap dingin terhadap penggunaan ABM walaupun kemudahan ini mencukupi.

Faktorfaktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM seperti faktor pengurusan dan pentadbiran ABM, kemahiran guru menggunakannya serta kepentingan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pentadbiran.

BAB III

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN Dalam bab ini penyelidik membincangkan tentang kaedah atau metodologi kajian yang dijalankan.Beberapa aspek yang diberi perhatian oleh penyelidik iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Rekabentuk kajian Tempat kajian Populasi dan sampel kajian Instrument kajian Prosedur kajian Analisis data Batasan kajian

3.2

Rekabentuk kajian

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah berbentuk kajian kes dengan kaedah tinjauan yang mana kajian kes merupakan satu usaha mengkaji satusatu unit pada satusatu masa untuk melihat secara intensif peristiwa yang berlaku dan pada peringkat akhir dapat membuat andaian tentang populasi yang lebih besar tentang peristiwa yang sama ( Najib,1999). Peristiwa yang dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini adalah berhubung dengan amalan penggunaan ABM di kalangan bakal guru-guru Kemahiran Hidup dan kekerapan penggunaannya. Kajian kes juga merupakan satu usaha penyelidik mengumpulkan maklumat penuh melalui pemerhatian yang dilakukan kes atas unit-unit yang dikaji termaksuklah individu, kumpulan atau masyarakat (Mohd Sheffie,1995).

Kajian Diskriktif ini menggunakan pembolehubah-pembolehubah seperti dalam rajah 3.1.

Pembolehubah tak bersandar


Faktor kemudahan fizikal Faktor sikap guru Faktor kemahiran guru menggunakan ABM Faktor kepentingan penggunaan ABM

Pembolehubah bersandar

Amalan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Rajah 3.1:Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam kajian

3.3 Tempat Kajian Kajian dilakukan ke atas pelajar program Pendidikan Kemahiram Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum).

3.4

Populasi dan sample kajian

Penyelidik menggunakan populasi pelajar program Pendidikan Kemahiram Hidup yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Jumlah populasi yang

digunakan dalam kajian ini ialah seramai 30 orang. Kajian dibuat menggunakan kaedah soal selidik.

3.5

Instrumen Kajian

Penyelidik menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set soal selidik. Penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan kerana ianya lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa ( Syed Arabi, 1992 ). Kenyataan ini disokong oleh Sulaiman ( 1996 ) yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat dan ianya mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat kuantitatif dan kualitatif. Satu set borang soal selidik disediakan kepada setiap responden yang terlibat. Borang soal selidik yang disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina, bangsa dan sebagainya. Bahagian B pula berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi ABM dikalangan responden. Dalam bahagian B, penyelidik menggunakan Skala Sikap Kaedah Likert ( 5 Mata ) kerana mengikut Sulaiman ( 1996 ), Skala Sikap sesuai digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau kepercayaan seseorang atau sesuatu kumpulan masyarakat terhadap satu-satu kejadian. Bahagian B ini, mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM. Dalam bahagian ini, responden dikehendaki membuat pilihan berdasarkan persepsi dan pendapat mereka terhadap pernyataan-pernyataan berdasarkan skala likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.1.

Jadual 3.1: Skala Sikap Kaedah Likert 5 mata SKOR 1 2 3 4 5


Amat Tidak Setuju ( ATS ) Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Amat Setuju ( TS ) ( TP ) ( S ) ( AS ) KENYATAAN

Manakala bahagian C pula berkaitan dengan kekerapan penggunaan ABM. Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan Skala Pemeringkatan ( 5 mata ) kerana mengikut Sulaiaman ( 1996 ), Skala Pemeringkatan boleh digunakan untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar diukur secara objektif. Dalam bahagian ini, responden adalah dikehendaki membuat pilihan berdasarkan pemeringkatan terhadap pernyataan-pernyataan mengikut skala Likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Skala Pemeringkatan SKOR 1 2 3 4 5 3.6 Prosedur Kajian


KENYATAAN Tidak Pernah Menggunakan Jarang Jarang Menggunakan ( TPG ) ( JG )

Kadang Kadang Menggunakan ( KG ) Kerap Kali Menggunakan Sentiasa Menggunakan ( KKG ) ( SG )

Kajiam rintis terhadap soalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji kesahan soalan. Menurut Mohamad Najib ( 1999 ), sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sample yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Untuk tujuan ini, penyelidik telah menggunakan seramai 10 orang responden iaitu pelajar tahun 3 Program Pendidikan Kemahiran Hidup, UPSI sesi 2007/2008 bagi menguji kebolehpercayaan soalan kajian. Berikut adalah hasil daripada kajian rintis berkaitan dengan dua bahagian pnilaian instrument kajian seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.3. Jadual 3.3 : Analisis keputusan kebolehpercayaan sub skala faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM di kalangan bakal guru-guru

Kemahiran Hidup. Bil


Sub Skala Alpha 0.8381 0.8338

1 2

Faktor Domain Kekerapan penggunaan ABM

Soal selidik diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada responden yang telah dipilih. Penyelidik menerangkan cara menjawab item-item yang terdapat dalam soal selidik agar responden benar-benar faham sebelum menjawab. Naskah soal selidik yang telah dijawab dikumpulkan bagi tujuan analisis data. Hasil keputusan kajian rintis ini menunjukkan kebolehpercayaan instrument ini boleh diterima. Menurut Salleh dan Zaidatun ( 2001 ), nilai pekali kebolehpercayaan instrument melebihi 0.6 menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian. Kajian sebenar telah dijalankan pada 7 Mac 2010 dengan mengedarkan sebanyak 30 naskah soal selidik kepada 30 responden. Penyelidik memperolehi kesemua soal selidik yang telah diedarkan.

3.7

Analisis Data

Menurut Majid (1993), pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Pemprosesan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna. Melalui analisis ini penyelidik memperolehi keputusannya dalam bentuk peratusan. Seterusnya penyelidik menghuraikan segala yang diperolehi dalam bentuk jadual. Susunan analisis dibuat mengikut bahagian-bahagian iaitu bahagian A, B dan bahagian C. Bahagian A, analisis dibuat bagi mendapatkan maklumat biodata responden manakala bahagian B dibuat mengikut item-item bagi mendapatkan peratus. Dalam bahagian C, analisis data dibuat untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan ABM di kalangan bakal guru-guru Kemahiran Hidup untuk mendapatkan peratus. Dari penganalisisan data-data tersebut penyelidik akan membuat perbincangan, rumusan dan cadangan kajian.

3.8

Batasan kajian

Kajian ini melibatkan pelajar program Pendidikan Kemahiram Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Jumlah populasi yang digunakan dalam

kajian ini ialah seramai 30 orang. Penyelidik memilih populasi ini berdasarkan kekangan faktor masa dan kewangan.

BIBLIOGRAFI Ab Rahman Ab Rashid (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. dalam Jurnal Teknologi Pendidikan .jilid 1 bil .2 November 1995. Kuala Lumpur : Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.hlm. 70-80. Abdul Rahim Abdul Rashid et. al (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Alsagoff, S.A.(1984)``Ilmu Pendidikan Pedagogi .Kuala Lumpur :Heinemann Asia. Alsagoff, Sharifah Alawiyah (Psikologi Pendidikan II: Psikologi Pembelajaran dan kognitif ,Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sendirian Berhad. Asiah Abu Samad Haji Adam Taib, Othman Mohd Rasol dan Ab. Jalil Bulat (1987). Bahan pengajaran Kos Rendah Peranannya kearah pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan. Dalam konvensyen Teknologi Pendidikan 18 20 Jun 1987. Kuala Lumpur: Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Atan Along (1977). Sejauh Mana Teknologi Pendidikan Dapat Meningkatkan Mutu Pelajaran. Dalam Suara Pendidik. Jilid 5 bil. 2 Dis 1977. Kuala Lumpur Perkhidmatan Sebaran Pendidikan Kementerian Malaysia hlm 4. Atan Long (1978). Prinsip-prinsip Dalam Perciptaan Dan Penggunaan Bahan-Bahan Pendidikan. Dalam suara pendidik. Jilid 6 bil 2 Dis 1978. Persatuan Pendidkan Malaysia. Hlm 4. Azizah Abd. Rahman (1982). Inovasi Kurikulum Beberapa Pertimbangan Penting. Dalam suara pendidik. Jilid 8 1982. Persatuan Pendidik Malaysia. Hlm 2. Daud Hj. Mohd Noor (1983). Pemilihan dan penggunaan Bahan-bahan Pendidikan Sebagai Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Dan Pembelajaran di Sekolah. Dalam suara pendidik. Jilid 11 1983. Persatuan pendidik Malaysia. Hlm 58. Ee Ah Meng (1997). Psikologi Pendidikan : Semester 2. Shah Alam: Penerbit Fajar bakti Sendirian Berhad. Farrant, J,S. (1981). Prinsip dan Amali Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Abu Shah (1995). Kesedaran dan Persepsi Pelajar Luar Bandar Terhadap Penggunaan Sumber Manusia di Sarawak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Haji Adnan (1990). Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pembudayaan Teknologi Pendidikan Ke 2. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Hlm 7. Kamaruddin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembejalaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruddin Hj. Husin (1998). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Heinemann Malaysia Sendirian Berhad. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Abbas (1989). Pusat Sumber Sekolah: Struktur dan Organisasi. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (1922). Pukal Latihan Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mat Nor Hussin, Normah Abdullah dan Marzuki Nyak Abdullah (1998). Alat Bantu Mengajar Dalam Bahasa Malaysia KBSM. Petaling Jaya : Longman Sendirian Berhad. Mohd Johar Ramani (1990). Penggunaan Bahan Murah Dalam Pembelajaran. Dalam Forum 1 Kumpulan Kertas Kerja Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 2. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Hlm 77.

Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd sheffie Abu Bakar (1995). Metadologi Penyelidikan. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia. Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar dalam pengajaran Basaha Malaysia. Dalam Seminar Perguruan Dis 1981.Universiti Malaysia Hlm 26-30. Nuruddin jamin (1980). Memilih Alat Dan Bahan Bantuan Mengajar . Dalam Suara Pendidik. Jilid 8 Julai 1980. Persatuan Pendidikan Malaysia. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rosini Abu dan Ramlah Hamzah (1998). Pedagogi 1: Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah. Petaling jaya : Longman Malaysia Sendirian Berhad. Syed Arabi Idid (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Yeo Kee Jiar dan Baharudin Aris (1996). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di kalangan Guru Sekolah Menengah. Dalam prosiding pendidikan ke-IX. Kuala Lumpur : Persatuan Teknolgi Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai