Anda di halaman 1dari 13

Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014

Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur


25 - 26 September, 2014

Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam


Pengajaran Mikro melalui Analisis Video

Fariza Khalid*, Zanaton Hj Iksan*, Md Yusoff Daud* dan Roslinda Rosli*

*Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak. Kertas kerja ini memuatkan hasil kajian terhadap aspek penilaian dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mikro melalui analisis rakaman video. Kajian
melibatkan guru-guru pelatih yang mengambil kursus Kurikulum dan Pedagogi.
Melalui kursus ini, setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan sekurang-
kurangnya dua sesi pengajaran mikro dan setiap sesi pengajaran dirakam
menggunakan kamera video. Data kajian melibatkan temubual berstruktur atas talian
yang melibatkan 22 orang pelajar, serta lapan set refleksi bertulis oleh para pelajar
terhadap rakaman pengajaran yang dipilih secara rawak. Secara keseluruhan, didapati
para guru pelatih amat positif terhadap proses refleksi kendiri melalui pengamatan
rakaman video dalam membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
dalam pengajaran mikro yang telah dijalankan. Meskipun proses ini menuntut
keterbukaan mereka untuk menerima kritikan daripada rakan-rakan lain, mereka
beranggapan bahawa ianya sebagai satu proses yang penting untuk mempertingkat
mutu pengajaran. Hasil analisis juga mendapati beberapa kekuatan dan kelemahan
telah dapat dikenalpasti seperti aspek penggunaan ICT dalam pengajaran, teknik
pernyoalan, penggunaan bahasa dan penerapan nilai murni.
This paper reports the study on the evaluation of teaching and learning activities
through the analysis of video recording. This study involved trainee teachers who
enrolled in the Curriculum and Pedagogy course. As the requirement of this course,
all trainee teachers needed to perform in at least two micro-teaching sessions, in
which all the teaching sessions were recorded using a video camera. Data collection
was done through two methods; online structured interview with 22 trainee teachers,
and eight written reflections by trainee teachers on their peers’ teaching performance
which were selected randomly. The overall findings showed that trainee teachers
were positive about the process of reflection on the videos, particularly in identifying
the strengths and weaknesses in their teaching activities. Although there was an issue
on their openness and readiness to accept critics from their friends, they agreed on
the importance of the reflection process to improve the quality of their teaching. The
analysis also indicated the strengths and weaknesses identified from the video such as
the application of the ICT, questioning techniques, the use of language and the
cultivation of moral values.

1
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

1 Pendahuluan

Keberkesanan seorang guru dalam pengajarannya banyak dipengaruhi oleh


faktor kemahiran serta pengalaman mengajar (Johari et al., 2009; Greenwald
et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll dan Gruber 1996). Kedua-dua perkara ini
dianggap sebagai kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan
(Goodwin, 1999). Latihan perguruan untuk bakal-bakal guru dilihat sebagai
satu platform asas yang penting dalam merealisasikan hasrat untuk
melahirkan guru baru yang berkemahiran bukan sahaja dalam aspek isi
kandungan mata pelajaran, tetapi juga mencakupi aspek kemahiran dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, saban tahun mengeluarkan
graduan dalam bidang pendidikan. Para graduan ini dibekalkan dengan
pelbagai ilmu pengetahuan berkait rapat dengan keperluan dalam pengajaran
dan pembeajaran. Ini termasuklah penguasaan dalam bidang psikologi
perkembangan, teknologi pendidikan, pengukuran dan penilaian dan tidak
ketinggalan kurikulum dan pedagogi. Gabungan kepelbagaian ilmu yang
berkaitan antara satu sama lain adalah penting kerana bidang pendidikan
merupakan satu bidang unik melibatkan perhubungan dan pengetahuan
tentang manusia yang mempunyai nilai kepelbagaian (Hans dan Akhter,
2013).
Guru-guru pelatih merupakan pelapis kepada negara dalam
memperjuangkan aspek pembentukan anak bangsa agar lahir sebagai manusia
yang berilmu serta bertata susila. Demi menjamin agar guru pelatih mampu
menjalankan tenggungjawab sebagai pendidikan anak bangsa yang efektif,
maka aspek latihan di mana pemupukan nilai-nilai positif serta kemahiran
yang tinggi merupakan satu isu yang penting dan perlu diambil perhatian.
Amat penting di mana guru-guru pelatih dididik di peringkat institusi
pendidikan mereka dengan cara yang efektif, serta penuh tanggungjawab dan
sokongan positif kerana ini akan sedikit sebanyak membantu melahirkan
guru-guru baru yang berketrampilan bukan sahaja dari sudut kelimuan malah
kemahiran dalam mengendalikan anak-anak didik secara berhemah, efektif
serta mengambil kira penerapan nilai serta afektif (Hans dan Akhter, 2013).
Latihan perguruan juga haruslah mampu memberi kemahiran pedagogi serta
keyakinan dalam diri bakal guru terhadap kebolehan mereka memanipulasi
bahan serta keadaan dengan cara yang tersusun serta berkesan. Hal ini disebut
oleh Cochran-Smith (2000) sebagai kebolehan untuk memberi sumbangan
kepada proses pengajaran, serta kemampuan untuk membuat penambahbaikan
serta sensitif terhadap perubahan sosial dan keperluan semasa. Di samping
berfungsi sebagai platform untuk menghasilkan graduan guru, pihak universiti
juga seharusnya mampu mempersiapkan bakal guru untuk berhadapan dengan
generasi baru pelajar di sekolah.

2
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

Justeru itu, bakal guru perlu diberi ruang secukupnya untuk menguasai
serta meneroka pengajaran dalam kelas sepertimana situasi sebenar. Hal ini
kerana, peluang sebegini akan memupuk pengalaman secara praktikal kepada
bakal guru tentang bagaimana membuat keputusan serta merancang pemilihan
teknik, pendekatan serta peralatan bantu mengajar dengan cara yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, proses pengajaran mikro yang dijalankan di bawah
kursus GE2113 Kurikulum dan Pedagogi telah melibatkan guru pelatih untuk
mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran sepertimana di
bilik darjah sebenar. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran kepada bakal-bakal guru. Pengajaran ini
dijalankan di hadapan guru pelatih lain yang bertindak sebagai pelajar. Dalam
pengajaran mikro, terdapat prinsip-prinsip yang perlu diketahui oleh para
pelajar, termasuklah objektif pengajaran dan pembelajaran, strategi
pengajaran, jangka masa pengajaran, bahan pengajaran serta pebincangan dan
refleksi.
Prosedur pengajaran mikro pula melibatkan tiga sesi iaitu sebelum
semasa dan selepas pengajaran. Sebelum proses pengajaran, guru pelatih
dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap. Semasa
pengajaran pula, guru pelatih dikehendaki melaksanakan setiap perancangan
sepertimana yang tertulis dalam rancangan pengajaran mereka, bermula dari
set induksi, perkembangan pengajaran, penyampaian isi pengajaran, penilaian
dan penutup pengajaran. Setiap sesi pengajaran dirakam menggunakan video
rakaman oleh para pelajar sendiri.
Penggunaan video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
mengaitkan bagaimana seseorang individu memperolehi pengetahuan dan
kemahiran melalui pemerhatian ke atas video yang ditonton (Nikopoulus dan
Keenan, 2006). Terdapat dua proses penting dalam amalan pembelajaran
melalui pemerhatian ke atas bahan video ini; iaitu pemodelan (modelling) dan
peniruan semula (imitating) (Charlop-Christy, Le dan Freeman, 2000). Dua
proses ini membentuk asas dalam pembelajaran yang melibatkan amalan
secara pembuktian (evidence-based practice). Melalui pemerhatian ke atas
tingkahlaku individu yang ditontonkan dalam video tersebut juga, seseorang
individu dapat menguasai kemahiran tertentu dan terbukti memberi impak
kepada pembelajaran (Sansosti dan Powell-Smith, 2008; Gul dan Vuran,
2010). Secara umumnya, Mechling (2004) menyarankan empat pendekatan
dalam penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi: (a) model daripada video, (b) maklumbalas terhadap video, (c)
memberi contoh dan peringatan {cue} daripada video, (d) pengajaran
berbantukan video.
Kajian ini menggunapakai kaedah pendekatan yang kedua, iaitu
maklumbalas berdasarkan bahan video yang digunakan. Melalui pendekatan
ini, pelajar menonton semula corak pengajaran yang telah dilakukan semasa
pengajaran mikro melalui rakaman video oleh rakan-rakan yang lain dan

3
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

mengenalpasti kelemahan serta kekuatan dalam aspek pengajarannya. Proses


ini juga melibatkan perbincangan dan pertukaran pendapat antara pelajar-
pelajar dan pelajar-pensyarah. Melalui proses refleksi kendiri dan
perbincangan secara terbuka ini, penambahan terhadap pengetahuan dan
peringatan tentang perkara-perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan akan
dapat dicapai oleh para pelajar (Maione dan Mirenda, 2006). Kelebihan
proses refleksi kendiri adalah ia mampu meningkatkan kebolehan guru pelatih
untuk memberi komen secara kritis terhadap proses pengajaran mereka sendiri
serta pengajaran rakan-rakan yang lain (Cochran-Smith dan Fries, 2001;
Iredale, 1996).
Kepentingan dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang reflektif
serta keterbukaan dalam memberi dan menerima kritikan daripada pensyarah
dan rakan-rakan guru pelatih menjadikan proses ini sebagai ramuan penting
yang perlu wujud dalam usaha memupuk kemahiran guru pelatih terutama
dalam aspek pedagogi. Meskipun banyak kajian yang menekankan
keberkesanan proses refleksi terhadap pembentukan guru yang berkaliber,
tidak banyak kajian yang merumuskan secara jelas bentuk-bentuk aktiviti
yang boleh digunapakai dalam melaksanakan proses refleksi ini. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan proses
refleksi kendiri melalui penggunaan rakaman video dalam meningkatkan
kemahiran guru pelatih dalam pedagogi serta kemahiran menilai dan
mengkritik pengajaran yang dilalui.

2 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:
i. Aspek kelemahan dan kekuatan guru pelatih semasa proses pengajaran
mikro.
ii. Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi kendiri.
iii. Isu-isu yang mempengaruhi proses refleksi dalam kumpulan.

3 Metodologi
Kajian ini dijalankan secara kualitatif di mana data dikumpul melalui kaedah
temubual bersama pelajar yang terlibat, serta bahan penulisan mereka
terhadap laporan hasil daripada proses refleksi melalui pemerhatian terhadap
rakaman video yang telah dijalankan semasa sesi pengajaran mikro.

3.1 Sampel

Sampek kajian terdiri daripada 22 orang pelajar tahun dua yang mengikuti
kursus Kurikulum dan Pedagogi. Pemilihan responden adalah berdasarkan

4
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

pemilihan rawak dengan memilih lapan kumpulan kecil yang mengemukakan


laporan refleksi mereka.

3.2 Kaedah pengumpulan data

Data kajian dikumpul melalui dua kaedah. Pertama, melalui laporan bertulis
yang mengandungi refleksi yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih terhadap
pengajaran rakan mereka. Sebanyak lapan laporan digunakan untuk analisis
data. Kedua, data dikumpul melalui kaedah temubual di atas talian yang
melibat dua belas orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Temubual
dijalankan dengan mengedarkan beberapa soalan kepada guru pelatih dan
mereka menjawab persoalan tersebut secara bertulis dan menghantarnya
melalui email dan ada sebahagiannya menghantar jawapan melalui Facebook.

3.3 Penganalisisan data

Bagi data daripada laporan bertulis, analisis dijalankan untuk mendapatkan


maklumat tentang aspek-aspek kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka
berdasarkan proses refleksi yang telah dijalankan. Data temubual pula
dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana penggunaan
video memberi kesan terhadap pembelajaran serta peningkatan kemahiran
mereka dalam pedagogi serta isu-isu berkaitan dengan keterbukaan mereka
dalam menerima komen daripada pensyarah dan rakan-rakan lain. Analisis
dijalankan menggunakan kaedah analisis bertema atau ‘thematic analysis’
(Miles dan Huberman, 1994).

4 Dapatan kajian

4.1 Kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran makro oleh guru pelatih

Analisis data daripada laporan bertulis hasil refleksi daripada para pelajar
menunjukkan beberapa aspek kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti
melalui pemerhatian terhadap rakaman video sebagaimana yang diringkaskan
dalam Rajah 1.

5
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

Rajah 1. Kelemahan dalam pengajaran mikro berdasarkan laporan pelajar

Daripada lapan laporan yang dianalisis, lapan daripadanya membincangkan


tentang bagaimana para pelajar kurang berjaya memilih induksi set di awal
pengajaran mereka. Lapan laporan mengupas tentang kekurangan kemahiran
dari segi penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar misalnya,
penggunaan tayangan slaid PowerPoint dan Liquid Screen Display (LCD).
Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam penggunaan bahan tersebut adalah
guru pelatih tidak menggunakan fungsi hentian sebentar (pause), serta ulang
tayang, khususnya pada video yang dimasukkan dalam PowerPoint sedangkan
penggunaan teknik sedemikian dapat membantu peneguhan dan kefahaman
pelajar. Aspek lain yang dibincangkan adalah berkaitan pemilihan warna teks
dan latar belakang slaid, serta bilangan perkataan yang terlalu banyak dalam
satu-satu slaid. Walau bagaimanapun, empat laporan menonjolkan kekuatan
‘guru’ terutama yang mengajar subjek Sains Sukan, di mana penggunaan
bahan realia seperti peralatan sukan banyak memberi manfaat dalam aktiviti
pembelajaran, di mana pelajar diberi peluang untuk memegang, dan mencuba
peralatan seperti kayu hoki dan bolanya di dalam kelas.
Aspek kawalan kelas juga dibangkitkan dalam enam laporan. Laporan
menyebut bahawa ‘guru’ tidak dapat mengawal keadaan kelas dengan baik,
sebaliknya ‘pelajar’ banyak mengambil kesempatan terhadap situasi dalam
kelas. Walau bagaimanapun, mereka menyimpulkan bahawa ini terjadi
mungkin kerana rata-rata ‘pelajar’ semasa sesi pengajaran mikro terdiri
daripada rakan sekelas, ini menyebabkan tidak wujud jurang antara mereka.
Hal yang sama ditimbulkan semasa memberi komentar tentang cara ‘guru’

6
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

berinteraksi serta gaya bahasa yang digunakan dalam pengajaran. Oleh kerana
mereka merupakan rakan sekelas, agak sukar mewujudkan hieraki guru-
pelajar dalam sesi tersebut menyebabkan mereka kadang-kadang tersasul
menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh guru atau
pelajar.
Enam laporan turut membincangkan tentang kelemahan ‘guru’
memberi penerangan yang jelas dalam pengajaran. Ini dikaitkan juga dengan
kebolehan ‘guru’ dalam menguasai isi kandungan pelajaran. Lima laporan
menyatakan kedudukan guru yang statik di hadapan kelas sebagai aspek yang
menunjukkan kelemahan guru serta secara tidak langsung mempengaruhi
‘mood’ pembelajaran dan menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif.
Lima laporan menyentuh tentang kualiti penyoalan ‘guru’. Pemerhatian
mereka terhadap pengajaran rakan-rakan lain mendapati ‘guru’ lebih selesa
mengemukakan soalan aras rendah berbanding soalan aras tinggi. Hal ini juga
dikaitkan dengan keperluan masa kini di mana pelajar dan guru harus
‘meneroka’ sesuatu isu dalam bentuk yang lebih kritikal dan bukan hanya
berdasarkan hafalan semata-mata. Manakala tiga laporan lagi menyentuh
tentang bagaimana beberapa guru pelatih gagal menepati mas yang
diperuntukkan dalam rancangan pengajaran.
Dari sudut kekuatan pula, dua aspek yang disebut adalah kemahiran
pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dengan aktiviti dan objektif
pengajaran (empat laporan) dan kemahiran guru pelatih membangunkan
bahan PowerPoint yang mengandungi elemen multimedia dengan jelas dan
menarik (enam laporan). Tiga laporan lain menyebut tentang kreativiti
sebahagian mereka yang menggunakan token ekonomi sebagai motivasi untuk
meningkatkan penglibatan pelajar dan aktiviti P&P.

4.2 Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi

Analisis daripada data temubual menunjukkan bahawa pelajar-pelajar


bersikap positif terhadap aktiviti refleksi terhadap rakaman video yang
memuatkan pengajaran mereka dan rakan-rakan. Antara kebaikan yang
diperolehi hasil aktiviti tersebut adalah ia memberi peluang kepada mereka
untuk melihat sendiri secara jelas setiap perlakuan semasa pengajaran makro.
Ini membolehkan mereka mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri
masing-masing. Sebagai contoh:

Dengan melihat semula video pengajaran yang dilakukan saya


boleh melihat sendiri tahap kemampuan diri dan dari situ saya
boleh memperbaiki kelemahan saya sendiri. Rakaman video juga
membolehkan saya melihat kekurangan dan kelebihan
pembentangan rakan-rakan utk dijadikan panduan untuk mengajar
pada masa hadapan. Saya juga boleh tahu perkara yang perlu dan
tidak perlu semasa pengajaran berlangsung misalnya dari teknik

7
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

pengajaran, alat bantu mengajar, latihan dalam kelas dan


sebagainya. (Shila)
Pelajar lain juga mengatakan bahawa proses refleksi ini juga memberi
peluang kepada dirinya untuk membuat penambahbaikan untuk pengajaran
akan datang tanpa diberitahu oleh sesiapa, misalnya:
Ia (refleksi rakaman video) boleh membantu saya membuat refleksi
kendiri untuk saya menilai keberkesanan pengajaran
saya...membantu untuk saya merancang proses pengajaran sebelum
dan selepas proses P&P. (Zalina)

Penggunaan video juga memberi ruang untuk mereka meneliti video


berulang kali bagi membolehkan mereka mengekstrak komentar membina
malah boleh dinyatakan dalam laporan untuk rujukan pelajar lain. Misalnya:
Pada minit ke 13:41, kita dapati guru tidak menghiraukan pelajar
yang baru datang kelas. Sebaliknya, dia meneruskan pengajaran
tanpa memastikan pelajar yang baru masuk itu bersedia untuk
belajar. (Laporan 4)

Proses refleksi berdasarkan rakaman video juga membantu mereka


menajamkan kemahiran dari sudut kritis serta lebih sensitif terhadap
kekurangan yang dipaparkan dalam setiap pengajaran yang mereka tonton.
Secara keseluruhannya, pelajar beranggapan bahawa proses refleksi
merupakan ‘pembelajaran sebenar’ dalam proses mendapatkan kemahiran
dalam pedagogi.

4.3 Isu-isu yang mempengaruhi keberkesanan proses refleksi dalam


kumpulan

Isu tentang keterbukaan timbul di mana ada sesetengah pelajar berasa kurang
senang apabila mendapat teguran daripada rakan-rakan, khususnya apabila
yang menegur menggunakan ayar atau perkataan yang agak kurang
menyenangkan. Misalnya, ada yang mengatakan:
Kadang tu, saya terasa juga dengan cara rakan-rakan memberi
teguran. Kalau pensyarah, saya boleh terima .. tapi bila rakan saya
memberi komen terhadap pengajaran saya, sedangkan dia juga ada
kelemahan yang sama, saya rasa kurang adil. Apatah lagi bila
dibincangkan dalam kelas tutorial. Bahasa yang digunakan terlalu
‘direct’. (Mira)
Walau bagaimanapun, sebahagian besar tidak mempunyai masalah dari
sudut keterbukaan kerana mereka telah mengenali satu antara lain semenjak
bertahun lamanya jadi tidak timbul jurang atau rasa malu dalam kalangan

8
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

mereka. Mereka bersikap terbuka menerima komen demi penambahbaikan


pengajaran mereka. Contoh jawapan pelajar:
Bagi saya kita boleh menerima pandangan itu secara positif tidak
jadi masalah jika sekiranya terdapat komen dari rakan mahupun
pensyarah... itulah yang akan menambahkan mutu sesuatu perkara.
Lagipun, saya mengenali mereka semenjak tahu satu lagi. Jadi saya
tak kisah … (Zila)
Peranan pensyarah juga dikenalpasti sebagai pemangkin dalam proses
refleksi. Pelajar mengatakan bahawa pensyarah memberi kesan dari sudut
pemikiran mereka secara kritis, kerana kadangkala isu yang dikupas oleh
pensyarah tutorial boleh membuka pemikiran mereka, atau kadangkala isu
tersebut melibatkan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka.
Misalnya, seorang pelajar mengatakan:
Yang bagusnya sebab kita ada pensyarah yang berkaliber. Komen
yang diberi semuanya bernas dan boleh diterima terus. Saya
gembira kerana mengikuti kelas tutorial ini. Ada pensyarah yang
bila dia memberi teguran, saya agak sukar menerima kerana
mungkin cara beliau bercakap, tetapi untuk kelas Kurikulum dan
Pedagogi ini saya rasa tidak. Kami diberi peluang untuk berfikir
dengan lebih jauh dan digalakkan untuk bercakap atau
mengeluarkan pendapat. Saya rasa pensyarah memang penting
(Anis).
Setengah pelajar merujuk kepada isu audiens di mana dalam aktiviti
pengajaran mikro, ‘pelajar’ terdiri daripada rakan sekelas mereka. Simulasi
sebegini mempunyai batasan tertentu kerana rakan sekelas perlu ‘main
peranan’ sebagai pelajar semasa rakan lain mengajar di hadapan. Hal ini
tentulah berbeza berbanding sekiranya pengajaran makro dijalankan dalam
situasi kelas yang sebenar, di mana para pelajar terdiri daripada pelajar
sekolah. Kehadiran rakan sekelas sebagai ‘pelajar’ membataskan keupayaan
‘guru’ untuk benar-benar menguji kemahiran mereka dalam pedagogi. Hal ini
kerana, ‘pelajar’ kadangkala mempunyai kemahiran yang setara dengan
‘guru’ dan kadangkala ada pula ‘pelajar’ yang mengajar ‘guru’ tentang apa
yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa pengajaran makro. Contoh:
Masalah mungkin juga berlaku disebabkan pelajar terpaksa mengajar
rakan-rakan sekelas sendiri dan ini mungkin akan memberi kesan
kerana mereka bukanlah pelajar yang sebenar. (Isha)

Pada pandangan saya adalah lebih menarik jika sekiranya memberi


pelajar peluang mencuba untuk melakukan aktiviti ini pada konteks
bilik darjah yang sebenar di sekolah kemudian dirakam video
tersebut setelah selesai, sekali lagi untuk mengaplikasikannya di
dalam kelas mikro untuk penilaian pensyarah secara terus menerus
untuk membanding beza style pengajaran dan pembelajaran dalam

9
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

konteks sebenar dan bukan, dan RPH (Rancangan Pengajaran


Harian) yang dibuat hendaklah sama selaras semasa mengajar di
konteks sebenar dan bukan … mungkin ianya akan terdapat lebih
perkara boleh kita lihat tentang pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan ... jika pelajar diberi peluang untuk buat mikro dan makro
pada konteks sebenar mungkin akan lebih berkesan, dan akan
memperoleh pengalaman dan gambaran sebenar.
(Musa)

5 Perbincangan dan rumusan


Kajian ini memberi fokus kepada proses refleksi terhadap pengajaran mikro
dalam kalangan guru pelatih. Melalui proses tersebut, kekuatan dan
kelemahan dalam pengajaran mereka dapat dikenalpasti sebagai langkah
untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Di samping itu, kajian ini
juga menyorot isu-isu yang perlu ditangani untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran mikro. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar
menunjukkan sikap dan penerimaan yang positif terhadap proses refleksi
menggunakan rakaman video ini. Ini kerana, rujukan terhadap rakaman video
tersebut memberi lebih ruang kepada mereka untuk melihat secara jelas dan
berulang-ulang aspek yang dikenalpasti perlu diperbaiki, malah tanpa
memerlukan sesiapa untuk memaklumkan kesilapan tersebut, pelajar mampu
dengan sendirinya menyedari akan kelemahan tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa penggunaan rakaman video mampu memberi kesan kepada pelajar
untuk membuat refleksi kendiri. Melalui proses tersebut juga, dapat
diperhatikan bahawa mereka bukan hanya setakat mengenalpasti kekurangan
dalam pengajaran, malah mampu menilai aspek kekuatan guru yang
dipaparkan dalam rakaman video. Ini selaras dengan apa yang disarankan oleh
Charlop-Christy, Le dan Freeman (2000) bahawa melalui tontonan video, ia
mampu memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar melalui proses
pemodelan dan peniruan.
Penggunaan video ini, meskipun tidak kelihatan seperti suatu tugasan
atau perkara yang baru, namun nilai yang mampu diperolehi melalui refleksi
ini memberi satu makna yang bererti. Kemampuan pelajar untuk bertindak
sensitif terhadap setiap perilaku yang dipaparkan melalui rakaman video
mungkin tidak akan dapat dicapai sepenuhnya dengan hanya menjadi
penonton atau ‘pelajar’ semasa pengajaran dijalankan. Hal ini kerana,
kewujudan diri dalam satu situasi langsung tidak mampu memberi ruang yang
lebih untuk para pelajar menilai beberapa aspek sekaligus untuk diamati.
Namun, keupayaan untuk mengulang tayang video membolehkan mereka
melihat aksi pengajaran secara berulang-ulang sehingga akhirnya mampu
mengenalpasti lebih banyak aspek untuk penambahbaikan atau untuk
dijadikan contoh yang baik.

10
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

Dari sudut penambahbaikan terhadap aktiviti pengajaran mikro pula,


dapatan daripada temubual bersama para pelajar menjelaskan beberapa isu
yang perlu ditangani. Pertama, kesedaran bahawa wujud sebilangan pelajar
yang berasa ‘terhalang’ untuk menerima komentar daripada rakan-rakan
mereka yang dikaitkan juga dengan cara teguran diberi dan penggunaan
bahasa oleh mereka yang memberi komentar. Adalah penting juga bahawa,
dalam pendidikan bakal guru, aspek seperti kemahiran komunikasi, psikologi
serta inter personal dititikberatkan. Penggunaan bahasa yang kasar serta boleh
menyinggung hati orang lain perlu dihindar, sekaligus budaya bersopan dalam
pertuturan menjadi agenda penting dalam melahirkan bakal guru yang
berkualiti. Hal ini juga boleh didokong oleh peranan pensyarah sebagai
pemangkin bukan sahaja dalam aspek pemikiran kritis, malah sebagai ‘role
model’ kepada para pelajar.
Kesimpulannya, aktiviti pengajaran mikro serta proses refleksi ke atas
rakaman pengajaran ini meskipun masih perlu ditambahbaik, namun memberi
makna terhadap pembelajaran serta peningkatan kemahiran guru pelatih
dalam aspek pedagogi khususnya, serta kemahiran mengendalikan peralatan,
pembangunan bahan serta psikososial secara umumnya.

Rujukan
Charlop-Christy, M. H., Le, L., & Freeman, K. A. (2000). A comparison of video
modeling with in vivo modeling for teaching children with autism. Journal of Autism
and Developmental Disorders, 30, 537-552.

Cochran-Smith, M. (2000). Editorial: The question that drive reform, Journal of


Teacher Education, 51(5), 331-333

Cochran-Smith, M., Fries, M.K. (2001). Stick, Stones and Ideology: The discourse of
reform in teacher education, Educational Researcher, 30(8),3-15.

Goodwin, B. (1999). Improving teaching Wuality: Issues & Policies. Policy Brief.

Mid-Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. (1996). The effect of school resources on
student achievement. Review of Educational Research, 66, 361-396.

Gul, S. O., & Vuran, S. (2010). An Analysis of Studies Conducted Video Modeling in
Teaching Social Skills. Educational Science: Theory & Practice, 249-274.

Hans, A., & Akhter, S. (2013). Emerging trends in teacher education. The
Macrotheme Review, 2(2), 23-31

Ingersoll, R. M., & Consortium for Policy Research in Education, P. A. (2007). A


Comparative Study of Teacher Preparation and Qualifications in Six Nations. CPRE
Research Report Series.

11
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

Ingersoll, R.M. & Gruber, K. (1996). Out of field teaching and educational equality:

Statistical analysis report. American Institutes for Research in the Behavioral


Sciences. National Ceneter for Education Statistics. Washington DC.

Iredale, R. (1996). The significance of teacher education for international education


development: Global perspectives on teacher education. Oxfordshire: Triangle books.

Johari, K., Ismail, Z., Osman, I., Othman, A. T. (2009). Pengaruh Jenis Latihan Guru
dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah
(The Influence of Teacher Training and Teaching Experience on Secondary School
Teacher Efficacy), Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (2), 3 – 14.

Maione, L., & Mirenda, P. (2006). Efects of video modeling and video feedback on
peer-directed social language skills of a child with autism. Journal of Positive
Behavior Interventions, 8, 106-118.

Mechling, L. C. (2004). Efects of multimedia, computer-based instruction on grocery


shopping luency. Journal of Special Education Technology, 19(1), 23-34.

Nikopoulos, C., & Keenan, M. (2006). Video modeling and behavior analysis: A
guide for teaching social skills to children with autism. London: Jessica Kingsley
Publishers.

Sansosti, F. J., & Powell-Smith, A. K. (2008). Using computer presented social stories
and video models to increase the social communication skills of children with high
functioning autism spectrum disorders. Journal of Positive Behavior nte enti ns,
10(3), 162-178.

SOALAN TEMUBUAL SEMI BERSTRUKTUR


1. Bagaimana proses refleksi menggunakan rakaman video membantu anda
meningkatkan kemahiran dalam kurikulum dan pedagogi khususnya
amalan dalam bilik darjah?
2. Apakah cadangan anda untuk menambah keberkesanan aktiviti dan
meningkatkan kemahiran pedagogi?
3. Apa perasaan anda semua apabila pengajaran anda diperhati dan diberi
komen oleh rakan-rakan dan pensyarah?
4. Apakah yang menjadi dorongan [atau rintangan] untuk anda menerima
komen dan cadangan daripada orang lain?

12
Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014
Faculty of Education, University Of Malaya, Kuala Lumpur
25 - 26 September, 2014

13

Anda mungkin juga menyukai