Anda di halaman 1dari 14

Amalan Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) Oleh Bakal GuruGuru Kemahiran Hidup dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

NURUL FARHANA BINTI SAPAE (1) SUPLI EFFENDI BIN RAHIM (2)
(1)

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(2)

Jabatan Teknik dan Vokasional Fakulti Seni dan Muzik, UPSI

ABSTRAK Satu kajian kes dilakukan untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi amalan dan kekerapan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada faktor kemudahan fizikal, sikap guru, kemahiran guru dan kepentingan penggunaan ABM mempengaruhi amalan penggunaan ABM serta kekerapan penggunaan ABM. Responden kajian adalah terdiri daripada bakal guru program Pendidikan Kemahiran Hidup Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas. Dapatan kajian menunjukkan faktor kepentingan ABM dalam kalangan guru-guru adalah pada tahap sederhana. Cadangan dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, sekolah dan pihak guru. Kata kunci : Penggunaan, Alat bantu mengajar (ABM), guru Kemahiran Hidup, pengajaran dan pembelajaran

ABSTRACT A case study conducted to identify the dominant factors that influence the practice and frequency of tool use among prospective teachers in teaching Life Skills at the Universiti Pendidikan Sultan Idris. The objective of this study was to identify whether the factor of physical facilities, usage, adeptness, and importance of teacher attitudes influence the practice of using ABM and frequency of use. Survey respondents are from the prospective teachers' Life Skills Education programs Universiti Pendidikan Sultan Idris, who has had experience teaching training (practice). Questionnaires used as survey instrument and distributed to the respondents to obtain feedback. Research findings show the importance of ABM factors among teachers is at medium level. Proposals submitted to the Ministry of Education, State Education Resource Center, school and the teachers. Keywords : Use, teaching tool (ABM), Life Skills teacher, teaching and learning

PENDAHULUAN Peredaran masa dan zaman telah mempengaruhi proses perkembangan ilmu pengetahuan pada hari ini. Perkembangan ini juga dipengaruhi oleh faktor kehendak dan keperluan asas manusia untuk hidup Rosini dan Ramlah (1998), mengatakan bahawa dalam teori Maslow, terdapat keperluan-keperluan asas manusia termasuklah keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri tetapi perlu diketahui bahawa setiap individu mempunyai keperluan psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza. Selaras dengan itu segala ilmu pengetahuan yang dirancangkan hendaklah bersesuaian dengan tahap perkembangan kebolehan dan minat kumpulan individu yang menjadi tumpuan supaya kurikulum itu berupaya merangsang perkembangan potensi individu. Dalam suasana dunia pendidikan di Negara kita pada hari ini, pelbagai perubahan yang berlaku mengikut keperluan dan kesesuian semasa. Ini amatlah sesuai dengan konsep pendidikan sekarang yang perlu lebih bersifat futuristik, yang mampu menyediakan generasi muda yang boleh menghadapi cabaran masyarakat industri dan bentuk struktur sosial yang berbeza (Rahil, 1997). Perubahan kurikulum, objektif dan matlamat pendidikan ini secara tidak langsung melibatkan perubahan strategik dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Dengan itu satu perhatian yang serius perlu diambil oleh guru untuk menjadikan dunia pendidikan sebagai satu bidang yang mampu berdaya saing dengan peredaran zaman. Pengguanaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan faktor utama dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang paling kondusif dimana penggunaan ABM akan dapat mengatasi masalah seperti kekurangan tenaga pengajar, masalah kekurangan masa dan masalah mengadakan pengajaran untuk kumpulan yang besar (Kamarudin, 1986). Sistem pendidikan masa kini yang berorientasikan maklumat dan ledakan era teknologi maklumat ini ternyata seseorang individu itu tidak mampu memonopolikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran tanpa pertolongan dan sokongan daripada orang lain. Kerjasama daripada individu lain untuk memperlengkapkan diri sendiri bagi mengisi keperluan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amatlah diperlukan. Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jemaah Nazir Persekutuan, sekolah pada keseluruhannya mempunyai ABM dan bahan pendidikan yang mencukupi tetapi dari segi penggunaan masih dibawah tahap yang diharapkan (Ab. Rahman, 1995). Menurut laporan jemaah nazir sekolah (1987), penggunaan sumber-sumber pendidikan oleh murid-murid dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang kurang memberangsangkan disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah kekuragan kemudahan fizikal, koleksi sumber-sumber pendidikan, tenaga manusia yang terlatih, kelemahan dalam pengurusan pusat sumber sekolah, sikap dan minat guru yang
2

tidak menggalakkan serta kurang bimbingan dan penyeliaan oleh pihak sekolah (Ismail, 1990). Kajian Jegadeva (1990), menggariskan bahawa sekolah-sekolah sepatutnya mengurus dan mengendalikan pusat sumber dengan cekap untuk memudahkan guru-guru membuat rujukan tetapi hasil daripada pemeriksaan ini memperlihatkan bahawa 55.4% sekolah tidak berbuat demikian dan 43.5% sekolah didapati tidak menggunakan ABM yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan dengan sepenuhnya (Ismail, 1990). Halimah (1998), mengatakan bahawa ada guru yang mempunyai kemahiran menyediakan alat dan menggunakannya tetapi bilangan yang berketerampilan ini masih kecil jika dibandingkan dengan bilangan guru di sekolah-sekolah. Sebagai seorang guru, mereka perlulah sedar bahawa ABM ini bukanlah menjadi pengganti kepada pengajaran tetapi bertindak sebagi pengukuh bagi membantu seseorang guru menjayakan proses komunikasi atau pengajarannya kepada murid-murid (Daud, 1983). Daripada laporan dan kenyataan di atas, penyelidik berpendapat bahawa ramai kalangan guru yang tidak menggunakan ABM secara maksima dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI Kawasan dan Populasi Kajian Kajian yang dijalankan adalah melibatkan pelajar program Pendidikan Kemahiram Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Jumlah populasi yang digunakan dalam kajian ini ialah seramai 30 orang. Kajian dibuat menggunakan kaedah soal selidik.

Instrumen Kajian Penyelidik menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data merupakan satu set soal selidik. Penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan kerana ianya lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa (Syed Arabi, 1992). Kenyataan ini disokong oleh Sulaiman (1996) yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat dan ianya mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat kuantitatif dan kualitatif.

Borang Soal Selidik Satu set borang soal selidik disediakan kepada setiap responden yang terlibat. Borang soal selidik yang disediakan mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, umur, tahap pencapaian akademik dan sebagainya. Bahagian B pula berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi Alat Bantuan Mengajar (ABM) dalam kalangan responden. Dalam bahagian B, penyelidik menggunakan Skala Sikap Kaedah Likert (5 Mata) kerana mengikut Sulaiman (1996), Skala Sikap sesuai digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau kepercayaan seseorang atau sesuatu kumpulan masyarakat terhadap satu-satu kejadian. Bahagian B ini, mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan penggunaan ABM. Dalam bahagian ini, responden dikehendaki membuat pilihan berdasarkan persepsi dan pendapat mereka terhadap pernyataan-pernyataan berdasarkan skala likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah : SKOR 1 2 3 4 5 KENYATAAN Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju (TS) (TP) (S) (SS)

Jadual 1: Skala Sikap Kaedah Likert 5 mata Manakala bahagian C pula berkaitan dengan kekerapan penggunaan ABM. Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan Skala Pemeringkatan (5 mata) kerana mengikut Sulaiman (1996), Skala Pemeringkatan boleh digunakan untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar diukur secara objektif. SKOR 1 2 3 4 5 KENYATAAN Tidak Pernah Menggunakan Jarang Jarang Menggunakan (TPG) (JG)

Kadang Kadang Menggunakan (KG) Kerap Kali Menggunakan Sentiasa Menggunakan (KKG) (SG)

Jadual 2 : Skala Pemeringkatan Dalam bahagian ini, responden dikehendaki membuat pilihan berdasarkan pemeringkatan terhadap pernyataan-pernyataan mengikut skala Likert seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.

Analisis Data Menurut Majid (1993), pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Pemprosesan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna. Melalui analisis ini penyelidik memperolehi keputusannya dalam peratusan. Seterusnya penyelidik menghuraikan segala yang diperolehi dalam bentuk jadual. Susunan analisis dibuat mengikut bahagian-bahagian iaitu bahagian A, B dan bahagian C. Bahagian A, analisis dibuat bagi mendapatkan maklumat biodata responden manakala bahagian B dibuat mengikut item-item bagi mendapatkan peratus. Dalam bahagian C, analisis data dibuat untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup untuk mendapatkan peratus. Dari penganalisisan data-data tersebut penyelidik akan membuat hasil dapatan dan perbincangan serta kesimpulan.

HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam bahagian ini menerangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi dari analisis borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar program Pendidikan Kemahiram Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang telah mempunyai pengalaman Latihan Mengajar (praktikum). Analisis bagi bahagaian B dibuat berdasarkan dapatan data yang diperolehi mengikut pecahan itemitem bagi menjawab persoalan kajian dalam tinjauan amalan
5

penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) oleh bakal guru-guru Kemahiran Hidup dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 35 item soalan yang telah dikemukakan kepada responden untuk menjawab soalan. Analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :-

1) Faktor Kemudahan Fizikal dan Peralatan

Bil 1

Item
f

STS 1
% f

TS 2
% f

TP 3
% f

S 4
% f

SS 5
%

Bilik tayang yang terdapat di sekolah terlalu sempit dan tidak selesa. Sekolah mempunyai ABM yang mencukupi untuk pengajaran. Kebanyakan ABM yang terdapat di sekolah dalam keadaan baik. Bengkel Kemahiran Hidup perlu dilengkapi dengan Overhead Projector. Saya jarang menggunakan ABM kerana kedudukan bengkel yang jauh dari pusat sumber. Kebanyakan ABM yang terdapat di pusat sumber sekolah tidak sesuai dengan sukatan pelajaran. Sekolah mempunyai bilik khas untuk membaiki ABM yang rosak

13

23

77

17

57

10

33

15

50

20

30

10

27

90

18

60

12

40

17

57

27

16

27

90

Pihak sekolah menyediakan kemudahan internet Saya menggunakan pebagai jenis ABM dalam proses pengajaran dan pembelajran.

17

22

73

25

83

17

Jadual 3 : Analisis Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan Bagi Faktor Kemudahan Fizikal dan Peralatan Jadual 3 menunjukkan analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan bagi faktor kemudahan fizikal dan peralatan. Analisis mendapati seramai 23 orang responden atau 77% setuju bilik tayang yang terdapat di sekolah terlalu sempit dan tidak selesa manakala hanya 2 orang responden atau 7% menyatakan tidak setuju. Bagi item sekolah mempunyai ABM yang mencukupi untuk pengajaran adalah seramai 17 orang atau 57% tidak setuju dan hanya seorang atau 3% sangat setuju dengan penyataan tersebut. Pernyataan kebanyakan ABM yang terdapat di sekolah dalam keadaan baik adalah 15 orang atau 50% menyatakan tidak setuju dan 9 orang atau 30% menyatakan setuju. Item yang mendapat peratusan tertinggi ialah bagi item bengkel Kemahiran Hidup perlu dilengkapi dengan Overhead Projector iaitu sebanyak 27 orang atau 90% meyatakan sangat setuju dan 3 orang atau 10% menyatakan setuju untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dapatan kajian juga menunjukkan 60% responden menjawab tidak setuju dan 40% menjawab setuju bagi penyataan saya jarang menggunakan ABM kerana kedudukan bengkel yang jauh dari pusat sumber. Bagi item keenam pula seramai 17 orang atau 57% menjawab tidak setuju dan hanya 5 orang atau 16% menyatakan setuju. Dapatan kajian yang tertinggi menjawab tidak setuju iaitu seramai 27 orang atau 90% menjawab penyataan sekolah mempunyai bilik khas untuk membaiki ABM yang rosak dan hanya seorang atau 3% menyatakan sangat tidak setuju. Bagi penyataan pihak sekolah menyediakan kemudahan internet mendapat keputusan sebanyak 22 orang atau 73% dan seorang atau 3% menjawab tidak pasti. Bagi item yang terakhir jumlah responden yang menjawab tidak setuju seramai 25 orang atau 83% dan setuju seramai 5 orang atau 17% sahaja.

2) Faktor Sikap Guru

Bil 10

Item
f

STS 1
% f

TS 2
% f

TP 3
% f

S 4
% f

SS 5
%

Saya menggunakan pelbagai jenis ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

22

73

24

11

Saya tidak menggunakan ABM kerana merasakan ianya tidak diperlukan. Saya boleh dikira sebagai guru yang kurang menggunakan ABM. Persiapan awal untuk menggunakan ABM banyak membuang masa. Beban kerja yang banyak menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menggunakan ABM. Saya tidak berkeyakinan untuk menggunakan ABM dengan berkesan. Saya tahu sekolah mempunyai peruntukan kewangan untuk membeli ABM. Saya tidak berkesempatan menggunakan ABM kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran.

18

60

23

17

12

2 5

7 17

16 5

53 17

5 4

17 13

7 16

23 53

13 14

24

22

73

15

17

18

60

20

16

10

25

83

17

17

24

80

Jadual 4 : Analisis Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan Bagi Faktor Sikap Guru Jadual 4 menunjukkan analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan bagi faktor sikap guru terhadap amalan penggunaan ABM. Analisis mendapati seramai 22 orang responden atau 73% tidak setuju dengan penyataan saya menggunakan pelbagai jenis ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran, 7 orang atau 24% menyatakan setuju dan hanya seorang responden atau 3% menyatakan sangat setuju. Bagi penyataan saya tidak menggunakan ABM kerana merasakan ianya tidak diperlukan adalah seramai 18 orang atau 60% menyatakan tidak setuju dan 5 orang atau 17% menyatakan setuju. Bagi item 12 responden menyatakan tidak setuju seramai 16 orang atau 53% dan hanya 2 orang atau 7% menyatakan sangat tidak setuju. Item yang seterusnya iaitu persiapan awal untuk menggunakan ABM banyak membuang masa, seramai 16 orang atau 53% menyatakan setuju dan 5 orang atau 17% menyatakan sangat

tidak setuju. Dapatan kajian bagi penyataan beban kerja yang banyak menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menggunakan ABM menunjukkan seramai 22 orang atau 73% menyatakan setuju dan 7 orang atau 24% menyatakan tidak setuju. Bagi item 15, seramai 18 orang atau 60% menyatakan tidak pasti dan seorang atau 3% menyatakan sangat tidak setuju. Penyataan seterusnya iaitu saya tahu sekolah mempunyai peruntukan kewangan untuk membeli ABM memperolah jawapan setuju sebanyak 83% dan 7% untuk jawapan sangat setuju. Item yang terakhir bagi analisis faktor sikap guru terhadap amalan penggunaan ABM iaitu saya tidak berkesempatan menggunakan ABM kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran, seramai 24 orang atau 80% menyatakan setuju dan 5 orang atau 17% menyatakan tidak setuju dengan penyataan tersebut.
3) Faktor Kemahiran Guru

Bil 18

Item
f

STS 1
% f

TS 2
% f

TP 3
% f

S 4
% f

SS 5
%

Pusat kegiatan guru di daerah sekolah saya banyak membantu kemahiran penggunaan ABM Saya kurang daya kreativi untuk merekacipta ABM yang menarik. Saya tidak mahir menggunakan alat yang berteknologi terkini seperti komputer Saya sering menghasilkan ABM menggunakan komputer peribadi di rumah Saya sentiasa menggunakan OHP/transperensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya pernah menghadiri seminar/bengkel Teknologi

23

18

60

10

19

27

20

66

20

26

87

13

21

27

90

22

27

90

10

23

Pendidikan 24 Saya tidak dapat membaikpulih ABM yang rosak kerana kekurangan pengetahuan dan Kemahiran Latihan penggunaan alatan Teknologi pendidikan penting untuk meningkatkan kemahiran penggunaan ABM dikalangan guru Saya tidak menggunakan ABM kerana takut ABM tersebut akan rosak selepas digunakan

20

22

73

13

20

20

67

25

12

40

18

60

26

27

22

73

Jadual 5 : Analisis Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan Bagi Faktor Kemahiran Guru Jadual 5 menunjukkan analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan bagi faktor kemahiran guru terhadap ABM yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Analisis mendapati seramai 18 orang atau 60% setuju dengan penyataan pusat kegiatan guru di daerah sekolah saya banyak membantu kemahiran penggunaan ABM, 7 orang atau 23% menyatakan tidak setuju dan 2 orang atau 7% menyatakan tidak pasti. Seramai 20 orang atau 66% menyatakan setuju dan 2 orang atau 7% menyatakan sangat tidak setuju dengan penyataan saya kurang daya kreativi untuk merekacipta ABM yang menarik. Dapatan kajian bagi penyataan saya tidak mahir menggunakan alat yang berteknologi terkini seperti komputer menunjukkan 26 orang atau 87% menyatakan sangat tidak setuju dan 4 orang atau 13% pula menyatakan tidak setuju. Peratusan tertinggi adalah sebanyak 90% atau 27 orang menjawab setuju dan hanya 3% atau seorang manjawab sangat setuju bagi penyataan saya sering menghasilkan ABM menggunakan komputer peribadi di rumah. Item seterusnya juga memperoleh peratusan yang tinggi iaitu seramai 27 orang atau 90% menyatakan tidak setuju dan 3 orang atau 10% menyatakan setuju. Hasil analisis bagi penyataan saya pernah menghadiri seminar/bengkel Teknologi Pendidikan menghasilkan keputusan setuju sebanyak 22 orang atau 73% dan sangat setuju sebanyak 2 orang atau 7%. Penyataan saya tidak dapat membaikpulih ABM yang rosak kerana kekurangan pengetahuan dan Kemahiran adalah seramai 20 orang atau 67% menjawab setuju dan 4 orang atau 13% menjawab tidak setuju. Seterusnya hasil dapatan kajian bagi latihan penggunaan alatan Teknologi pendidikan penting untuk meningkatkan kemahiran penggunaan ABM dikalangan guru memperolah keputusan sebanyak 60% atau 18 orang menjawab sangat setuju dan 40% atau 12 orang menjawab setuju. Manakala penyataan terakhir saya tidak menggunakan ABM kerana takut ABM tersebut akan rosak selepas

10

digunakan adalah seramai 22 orang atau 73% menjawab tidak setuju dan 8 orang atau 27% menjawab sangat tidak setuju. 4) Faktor Kepentingan Penggunaan STS 1
f % f

Bil 27

Item Penggunaan ABM dalam pengajaran menyebabkan murid lebih aktif Saya dapat menyampaikan isi pengajaran dengan jelas apabila menggunakan ABM Sesuatu konsep dalam mata pengajaran mudah difahami pelajar jika menggunakan ABM Penggunaan ABM banyak meningkatkan keputusan ujian bulanan pelajar Penggunaan ABM merangsang perkembangan minda pelajar. Komunikasi antara guru dengan pelajar bertambah baik dengan menggunakan ABM Penggunaan ABM boleh merangsangkan penggunaan organ deria lain Objektif pengajaran mudah dicapai dengan menggunakan ABM semasa pengajaran dan pembelajaran Penggunaan ABM boleh

TS 2
% f

TP 3
% f

S 4
% f

SS 5
%

13

26

87

28

13

22

74

13

29

13

26

87

30

17

21

70

13

31

10

27

90

32

26

87

10

33

25

83

17

34

24

80

10

35

11

menimbulkan minat pelajar untuk belajar.

20

24

80

Jadual 6 : Analisis Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan Bagi Faktor Kepentingan Penggunaan Jadual 6 menunjukkan analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan bagi faktor kepentingan penggunaan ABM. Analisis mendapati seramai 26 orang atau 87% sangat setuju penggunaan ABM dalam pengajaran menyebabkan murid lebih aktif manakala hanya 4 orang atau 13% menyatakan setuju. Bagi item saya dapat menyampaikan isi pengajaran dengan jelas apabila menggunakan ABM adalah seramai 22 orang atau 74% setuju dan 4 orang atau 13% menyatakan sangat setuju dan tidak pasti dengan penyataan tersebut. Pernyataan sesuatu konsep dalam mata pengajaran mudah difahami pelajar jika menggunakan ABM adalah 26 orang atau 87% menyatakan sangat setuju dan 4 orang atau 13% menyatakan setuju. Dapatan kajian bagi penyataan penggunaan ABM banyak meningkatkan keputusan ujian bulanan pelajar mendapat keputusan setuju sebanyak 70% atau 21 orang dan sangat setuju sebanyak 13% atau 4 orang. Item yang mendapat peratusan tertinggi sangat setuju ialah bagi penyataan penggunaan ABM merangsang perkembangan minda pelajar iaitu sebanyak 27 orang atau 90% meyatakan sangat setuju dan hanya 3 orang atau 10% menyatakan setuju. Analisis kajian juga menunjukkan 87% responden menjawab setuju dan hanya 3% menjawab tidak setuju bagi penyataan komunikasi antara guru dengan pelajar bertambah baik dengan menggunakan ABM. Bagi item 33 pula seramai 25 orang atau 83% menjawab setuju dan hanya 5 orang atau 17% menyatakan sangat setuju. Penyataan objektif pengajaran mudah dicapai dengan menggunakan ABM semasa pengajaran dan pembelajaran mendapat keputusan sebanyak 24 orang atau 80% setuju dan hanya seorang atau 3% menjawab tidak setuju. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa 24 orang atau 80% sangat setuju dan 6 orang atau 20% setuju dengan penyataan penggunaan ABM boleh menimbulkan minat pelajar untuk belajar.

Analisis bagi bahagaian C pula dibuat berdasarkan dapatan data untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup. Sebanyak 9 item soalan yang telah dikemukakan kepada responden dan analisis taburan bilangan responden adalah mengikut peratusan. TPG 1
f % f

Bil 1 2 3

Item OHP dan transparensi Kamera fotografi dan gambar Audio kaset dan kaset 2 6

JG 2
% f

KG 3
% f

KKG 4
% f

SG 5
%

7 20 80

18 24 6

60 80 20

10 -

33 -

24

12

radio 4 5 6 7 8 9 Televisyen, perakam dan program video Komputer peribadi dan perisian Carta dan rajah ABM Projektor slaid dan slaid Model Bahan sebenar 7 3 7 23 10 23 21 15 18 2 70 50 60 7 2 7 12 12 5 5 7 23 40 40 17 16 23 18 23 77 60 77 -

Jadual 7 : Analisis Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan Bagi Mengenal Pasti Kekerapan Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) Dalam Kalangan Bakal Guru Kemahiran Hidup. Jadual 7 menunjukkan analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan bagi mengenal pasti kekerapan penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) dalam kalangan bakal guru Kemahiran Hidup. Analisis mendapati seramai 18 orang atau 60% jarang-jarang menggunakan OHP dan transparensi manakala 10 orang atau 33% kadangkadang menggunakan dan hanya 2 orang atau 7% tidak pernah menggunakannya. Bagi kamera fotografi dan gambar adalah seramai 24 orang atau 80% jarang-jarang menggunakannya dan 6 orang atau 20% menyatakan selalu menggunakan ABM tersebut. Analisis ABM televisyen, perakam dan program video adalah sebanyak 21 orang atau 70% jarang-jarang menggunakan, 7 orang atau 23% selalu menggunakan dan hanya 2 orang atau 7% kadang-kadang menggunakannya. Seterusnya ialah komputer peribadi dan perisian iaitu sebanyak 23 orang atau 77% menyatakan kerapkali menggunakan dan sebanyak 7 orang atau 23% menyatakan kadang-kadang menggunakan ABM tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan carta dan rajah adalah seramai 15 orang atau 50% jarang-jarang menggunakan, 12 orang dan 40% kadang-kadang menggunakan dan 3 orang atau 10% tidak pernah menggunakan ABM tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagi projektor slaid dan slaid, penggunaannya adalah sebanyak 60% atau 18 orang kerapkali menggunakan dan 40% atau 12 orang kadang-kadang menggunakannya. Sebanyak 18 orang atau 60% jarang-jarang menggunakan, 7 orang atau 23% tidak pernah menggunakan dan 5 orang atau 17% kadang-kadang menggunakan ABM model dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya ialah ABM bahan sebenar, seramai 23 orang atau 77% kerapkali menggunakan, 5 orang atau 16% kadang-kadang menggunakan dan hanya 2 orang atau 7% jarang-jarang menggunakannya.

KESIMPULAN

13

Secara keseluruhannya terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi penggunaan Alat/Bahan Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan fizikal yang mencukupi dan memuaskan diperlukan bagi mempertingkatkan lagi tahap penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada faktor kemudahan fizikal, faktor sikap guru dan kemahiran guru menggunakannya serta kepentingan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga turut mempengaruhi amalan penggunaan ABM. Ini dibuktikan dengan beberapa dapatan kajian yang telah dianalisis mengatakan bahawa ramai guru mempunyai sikap dingin terhadap penggunaan ABM walaupun kemudahan ini mencukupi. Guru-guru lebih berminat menggunakan bahan dan alatan pengajaran yang terbatas kepada bahan yang mudah dibawa dan senang digunakan. Selain itu, terdapat segelintir guru yang beranggapan bahawa penggunaan ABM akan menambahkan beban tugas mereka dan ini menyebabkan tidak ramai guru yang dapat menggunakannya. Oleh itu, bakal guru Program Pendidikan Kemahiran Hidup haruslah mengambil berat tentang penggunaan ABM semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan adanya penggunaan ABM yang menarik dan bagus, ia dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat menerima rangsangan daripada guru dan menarik perhatian pelajar serta mengekalkan perhatian itu pada satu rangsangan. Maka dengan adanya kemudahan dan kecanggihan penggunaan ABM akan dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif pada masa akan datang.

14

Anda mungkin juga menyukai