Anda di halaman 1dari 2

Bab 5: Keteguhan Iman Asas Kekuatan Jati Diri Latar Belakang Ayat : 1.

Dalam ayat 3-4 dan 8-10 Surah Al-Haj ini, Allah swt menceritakan bahawa antara cirri-ciri orang yang tidak beriman ialah orang yang mempertikaikan kekuasaan dan sifat Allah S.W.T. 2. Mereka membantah petunjuk daripada wahyu Allah swt sebaliknya mengikut jejak langkah syaitan yang durjana. 3. Justeru, Allah swt mejelaskan bahawa golongan tersebut beriman dengan tidak sebenar-benar iman, malah keiltizaman mereka terhadap Islam banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur kebendaan. Sebab Nuzul Ayat : 1. Ibn Abbas berkata : Satu rombongan badwi telah dating berjumpa dengan Rasulullah saw. Setelah memeluk Islam mereka kembali ke kampong halaman mereka. 2. Apabila tiba musim hujan, tanaman mereka menjadi subur dan isteri-isteri mereka pula melaghirakn zuriat yang sihat, mereka mengatakan bahawa agama mereka ini sangat baik.Lalu mereka berpegang teguh dengannya. 3. Sebaliknya, apabila tiba musim kemarau dan tandus, tanaman mereka tidak menjadi dan isteri-isteri mereka melaghirkan zuriat yang tidak sihat, mereka mengatakan bahawa agama baru mereka ini tidak baik.

4. Maka, Allah S.W.T menurunkan ayat ini untuk mengecam sikap mereka. Cara Menghadapi Ujian : Baca zikir. Bersabar dan beristiqamah. Beristighfar serta memohon keampunan daripada Allah. Berdoa untuk keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Bentuk-bentuk Ujian : Susah, sakit, pangkat, harta, syaitan, godaan wanita/lelaki.

Sabar Menghadapi Ujian Allah : Sabar adalah sifat yang boleh mengawal nafsu dan perbuatan seseorang supaya tidak membuat perkara yang tidak baik. Manusia perlu bersabar sama ada dalam keadaan susah, sakit, senang dan sihat. Umat Islam disarankan supaya bersabar dalam mematuhi suruhan dan larangan-Nya. Orang yang tidak memiliki kesabaran tidak akan cekal menempuh kehidupan dan mudah terjerumus ke lembah khurafat.

Kelebihan Sifat Sabar : 1. 2. 3. 4. Dapat mengelakkan pergaduhan. Dapat menjaga perhubungan. Dapat menjaga iman. Dapat mengawal nafsu.

Mengadakan kempen melalui poster ataupun media massa. Jauhi golongan yang mengamalkan khurafat.

Bahaya Khurafat Kepada Masyarakat : Merosakkan akidah. Mengundang kemurkaan daripada Allah S.W.T. Menggugat keharmonian masyarakat. Mudah percaya akan perkara-perkara tahyul.

Menjauhi Perkara Khurafat : Khurafat ialah kepercayaan dan amalan yang tidak berasaskan ajaran Islam. Orang yang tidak sabar dan lemah imannya akan mudah melakukan perkara khurafat apabila kecewa kerana gagal mengahdapi ujian daripada Allah S.W.T.

Keburukan Orang Yang Tidak Berpendirian : Lemah iman. Tidak tahan akan ujian yang diberikan. Mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir buruk. Hidup tidak berprinsip.

Contoh Khurafat : 1. Percaya bahawa sesuatu benda boleh membawa sial atau malapetaka atau bencana buruk. 2. Melenggang perut. 3. Meminta hajat daripada kubur yang dianggap keramat. 4. Lakukan upacara jampian dengan menggunakan simbol tertentu. Langkah-langkah Menghapuskan Khurafat : Memberi pendidikan melalui nasihat dan bimbingan agama. Menguatkuasakan undang-undang. Meroboh atau memusnahkan tempat pemujaan.

Pengajaran Ayat 1. Umat Islam mesti bersabar menghadapi ujian. 2. Umat Islam mesti sentiasa bertawakkal dan berdoa kepada Allah apabila diuji. 3. Orang yang ragu-ragu dengan ajaran Islam lebih mudah terpengaruh dengan perkara khurafat dan terdedah dengan kemungkinan murtad. 4. Mempercayai perkara khurafat boleh merosakkan iman. 5. Umat Islam mesti sentiasa menghayati dan memahami ajaran Islam.

Anda mungkin juga menyukai