Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, kesedaran umat Islam di negara kita hari ini tentang halal haram dalam kehidupan semakin meningkat.

Tetapi tanpa ilmu yang cukup tiada faedahnya. Kefahaman masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan, jual-beli dan perbankan masih di tahap yang amat lemah. Terutamanya berkenaan Riba yang merupakan 'ibu dosa' dalam semua urusan ini dan yang berkaitan dengannya. Risalah ringkas ini diharap dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, InsyaAllah.. Nabi mengingatkan kita bahawa: Ertinya: "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta". [HR: At-Tirmizi] Umar bin Al-Khattab mengingatkan: Ertinya: "Jangan kamu berjual beli di pasar kami, kecuali setelah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya". [HR: At-Tirmizi] Rasulullah juga memberi amaran:

HUKUM RIBA Imam An-Nawawi berkata: Telah Ijma seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi.[Rujuk AlMajmu, 9/391].

Kerana ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang, kerana ia adalah emas. Walaupun ia telah dibentuk menjadi rantai, gelang, cincin dan sebagainya, ia tidak akan terkeluar daripada sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat Nabi saw seperti Ibn Umar, Ubadah bin as-Somit ra dan disokong oleh ramai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus, Prof. Dr Mohd Said Ramadhan al-Buti dan ramai lagi.
[Rujuk pandangan mazhab empat dalam; AlMabsut 14/4; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444; At-Tamhid 2/246; Al-Umm, 2/32; Takmilah al-Majmu' oleh AsSubky, 10/83; Mughni al-Muhtaj, 2/25; al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 6/60]

Firman Allah :

bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Pendapat Kedua: Harus. Satu kumpulan minorti ulama berpendapat bahawa emas tulen apabila telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin, ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah. Pandangan minoriti ini di katakan adalah pandangan Mu'awiyah ra [Rujuk
riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dalam kitab al-Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279; AlBayhaqi 5/280, tapi Abu Ad-Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu kepada Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan].

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan (tidak pula) dianiaya. [Al-Baqarah : 278-279]. Berkata Abu Hanifah rhm pula: Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan. [Rujuk At-Tabari,
Hamisyh An-Naisaburi, 4/73].

Ertinya: "Apabila riba dan zina (menjadi) zahir secara meluas, tandanya adalah mereka telah menghalalkan (bagi turunnya) azab Allah ke atas mereka".[HR Al-Tabarani,
sahih].

Jual beli emas dan perak terdedah kepada hukum riba jika dilakukan tanpa ilmu. Untuk penjelasan tentang permasalahan ini, saya petik tulisan sahabat saya, Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman (UIA). a- Hukum membeli barangan emas secara ansuran. Pendapat Pertama: Haram.

Ibn Abd al-Barr dalam al-Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas samada dalam bentuk at-Tibr' (serbuk) dan apa saja, hukumnya tetap dilarang daripada berlaku sebarang tafadhul (tambahan timbangan berat), demikian juga hukum bagi perak. Oleh itu haram membelinya secara ansuran dan hutang. Al-Khatib asy-Syarbini rh dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal. Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, tetapi semua empat mazhab menolak hujah ini kerana, rantai emas itu, walaupun telah di

Ibn Taymiah dan Ibnu al-Qayyim.

[Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 untuk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat untuk pendapat Ibn Taymiah 2/632, tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula].

Hasilnya, menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan). Ia disokong oleh Prof Dr Mahmud Akkam dari Syria dan As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dengan alasan ianya tergolong dalam perkara "Umum al-Balwa" (Perkara maksiat yang kurang mudharat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang). Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn ar-Rusyd alMaliki (w 595 H) berkata: "Perhiasan emas dan perak sudah terkeluar daripada katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual

dan membelinya walaupun secara tangguh. [Rujuk: Bidayah al-Mujtahid 2/103]. Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763H) pula berkata: "Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan)." (Rujuk: al-Mubdi' 4/149) Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith: Pandangan kumpulan kedua tertolak dangan hadis soreh, sabda Rasulullah saw;
- - - (( ... - ))... .

Ertinya: Nabi bersabda, Pertukaran (jual beli) emas dengan emas dan perak dengan perak, sama ada bentuk serbuknya Tibr atau Ain nya. Maka tidak mengapa (harus) untuk menjualnya secara terus tanpa tangguh, adapun jika dengan bertangguh maka tidak dibenarkan.
(Riwayat Abu Daud, Kitab al-Buyu, Bab As-Sarf, no 3349). Tibr: Ketulan atau serbuk emas

yang belum dibentuk. Ain: emas yang telah dibentuk. [Lihat: Al-Misbah Al-Munir]. Hadis ini menafikan adanya hukum yang berbeza bagi emas apabila bentuknya berbeza dan berlainan. Maka dengan ini jelas, tertolak pandangan minoriti tadi, malah pandangan mereka tertolak secara tidak lansung apabila Abu ad-Darda dan Sayyidina Umar menolak pandangan Muawiyah. Banyak lagi dalil jumhur daripada pelbagai hadis, ianya boleh dirujuk di dalam kitab az-Ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah, Dr Abd Rauf Bin Muhd Al-Kamali [Tesis PhD di Univ
Imam, Riyadh dengan tahap Mumtaz, 2/558].

Kesimpulan dan pandangan terpilih: Hukum barang kemas yang diperbuat daripada emas dan perak adalah sama sebagaimana haramnya jualan emas tanpa dibentuk secara ansuran. Ini kerana ia tetap bersifat emas sepenuhnya pada pandangan majoriti ulama dan setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit. Maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqaabud ( diserah dan diterima dalam satu masa), boleh tafadhul (boleh tidak sama kuantitinya) kerana tidak sama jenis. b- Cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade-in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita. Jelas menurut perbahasan hukum bahawa trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas tadi. Ia mesti punyai dua syarat berikut: [Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya
al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain], iaitu:

i) Mutamathilan- mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar Khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Ini

berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba al-Fadl akan berlaku. ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan diterima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Maka mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba an-Nasiah akan berlaku. Mungkin ada yang akan bertanya, jika 'trade-in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu? Jawabnya: Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah adalah: "Juallah dengan sempurna, ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi" Kesimpulannya: Seseorang yang ingin melakukan 'trade-in mestilah menjual terlebih dahulu kepada pekedai emas itu, kemudian mengambil duit harga rantai lama itu. Contoh: Seutas rantai emas lama bernilai RM2000 dan beratnya 200 gram, maka ia mesti dijual dulu dan selepas menerima duit RM2000, pilihan rantai baru dibuat. Jika nilainya lebih mahal, boleh ditambah sewaktu dibuat pembayaran. Pembeli membayar terus dan mengambil rantai baru itu. Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
[http://www.zaharuddin.net/index.php?option= com_content&task=view&id=286&Itemid=95]

www.dartaibah.com (Siri 14)

Hukum JualBeli Emas


Ansuran & Trade 'In'
Dipetik dari buku:

Wang, Anda dan Islam


Oleh: Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman (UIA).
www.zaharuddin.net

Susunan:

Al-Faqir ilaLlah;

www.abuanasmadani.com www.abuanasmadani.blogspot.com
25 Syawal 1432H / 23 Sept 2011M Sumbangan untuk Pondok Sg. Durian boleh disalurkan melalui akaun MADRASAH MUHAMMADIAH No akaun: 03-072-01-011811-6 (BIMB)

Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai