Anda di halaman 1dari 4

Tanda-Tanda Sikap Isteri Curang Dan Tips

(sumber internet: http://busuk.org/ping/view/242217)

1. Dia sering mencurigai anda contoh:memeriksa email atau telefon anda seperti mana yang dia lakukan dibelakang anda 2. Dia memadamkan mesej atau daftar setiap panggilan/ memadamkan setiap mesej di peti e-mail 3. Dia mula menyimpan nombor telefon dan telefon yang di akaunkan kepada nama syarikat/tanpa pengetahuan anda 4. Dia selalu berasa emosi dengan anda/perkara kecil pun anda menjadi pergaduhan 5. Dia membeli seluar dalam/bra atau baju baru 6. Dia memulakan membuat E-mail baru tanpa pengetahuan anda 7. Dia sering keluar bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa jam 8. Dia mengambil lebih banyak masa dengan komputer daripada anda termasuk apabila anda sudah tidur 9. Dia melarang anda membuka email nya dengan alasan terlalu peribadi 10.Dia menunjukan reaksi kurang selesa dengan anda 11.Dia sering hilang tumpuan ketika berbicara dengan anda 12.Dia akan mengatakan macam mana kalau saya sudah mati 13.Dia lebih banyak mendiamkan diri dan termenung bila anda perhatikan dan memarahi anda bila menegurnya 14.Apabila suami menyambut telefon milik isteri, tetapi talian ditutup oleh pendail. 15.Dia menyambut telefon dan berpura-pura rakan wanita yang menghubungi kemudian bercerita dengan nada suara yang lembut 16.Dia akan menghubungi kekasihnya apabila anak-anak atau anda sudah nyenyak tidur(anda mungkin tengah berdengkur).Jika dia terdesak kerana anda belum tidur dia akan memberi *Ehem* semua suami tentu paham kan.(nafkah batin lah) 17.Dia mengatakan ada yang tidak kena pada dirinya/tidak berasa sehat dan masuk tidur(perbuatan yang kerap) 18.Dia kerap masuk tidur awal dengan alasan penat/letih bekerja siang 19.Dia akan memarahi/sangat marah sentuhan intim daripada anda dan dia mengatakan penat dan dia tidak selesa 20.Dia akan tidur membelakangkan anda / tidak memeluk anda seperti biasa

21.Dengan secara tidak sengaja dia memanggil anda sayang & darling padahal selama ini dia memanggil anda abah, abang atau nama/termasuk ketika membuat hubungan badan 22.Dia akan mengeluarkan loghat yang lain ketika berkata-kata/maksud:cara dia bercakap 23.Dia asyik bercakap tidak mahu anak lagi/tidak mahu mengandung 24.Dia akan mula bersubahat dengan rakan wanita kononnya meminta izin untuk membawa dirinya keluar 25.Dia mula membandingkan anda dengan orang lain 26.Dia sering menceritakan rakan sekerjanya (lelaki) kepada anda 27.Dia sering bertanya adakah anda ada teman wanita/curiga 28.Dia sering bertanyakan alamat-alamat tempat tinggal kawan anda/untuk memudahkannya dating dengan kekasihnya 29.Keadaan suasana rumah tidak teratur/barang-barang tidak berkemas/tidak mengemas rumah 30.Dia mengeluarkan barangan mainan anak-anak daripada kereta 31.Dia mendapat calar kecil dibahagian leher atau belakang 32.Dia berhenti melakukan hubungan badan buat tempoh yang lama 33.Dia tidak ingin anda melihat tubuhnya dalam tempoh seminggu atau lebih/kerana mungkin ada kesan tanda merah ditubuhnya(love bite) 34.Dia membenarkan anda keluar dan anda boleh balik rumah pada lewat petang 35.Dia mengambil cuti kerja tanpa pengetahuan anda 36.Dia keluar rumah bila tengah malam/semasa anda tiada dirumah 37.Dia menyimpan barangan kecil yang anda tidak pernah belikan atau yang dia pernah beli dan tunjukan kepada anda 38.Akhir-akhir ini anda sukar membawanya untuk keluar makan tengahari sewaktu rehat/alasan sibuk 39.Dia kurang berminat aktiviti bersama anak-anak/beriadah dan sebagainya 40.Dia akan menolak pelawaan jika anda membawanya ke pusat membelibelah/tempat biasa kamu pergi bersama dengan beberapa alasan 41.Dia akan membawa beberapa helai seluar dalam di dalam beg tangan 42.Dia keluar rumah harum semerbak bagai bidadari namun pulang kerumah seperti pekerja binaan banggunan(contoh) 43.Dia mula berminat dengan muzik-muzik yang memang anda tahu dia tidak meminati muzik itu

44.Dia mula berminat mengenai bola sepak tetapi berlainan kelab dengan anda/sebagai contoh: anda meminati manchester united dan isteri anda dengan tiba-tiba meminati pasukan chelsea( ada kemungkinan ) 45.Dia tidak ingin anda membasuh baju-baju/pakaian miliknya 46.Anda menghidu wangian lain di pakaian isteri selain wangian miliknya atau milik anda 47.Dia mula bekerja lebih masa namun tiada bayaran masuk kedalam akaun gajinya/anda diminta merekodkan tarikh tersebut tanpa pengetahuannya dan cuba bertanya bila waktu dia buat kerja lebih masa (anda berpura-pura lupa) 48.Anda terserempak dia dirumah dimana hari yang sepatutnya dia bekerja 49.Dia akan mengubah setiap perangai orang dirumah dengan tiba-tiba 50.Dia akan menunjukan minat kepada benda pelik-pelik yang selama ini anda tidak tahu 51.Anda terjumpa CD lagu penyanyi lelaki dalam simpanannya 52.Ada beberapa kesan lipstik melekat pada tisu muka di dalam beg tangan/dalam jumlah lebih dari 3/dia akan menyapu bekas lipstik untuk membuat ciuman 53.Anda merasa curiga dan menyergahnya di depan pintu rumah/apabila isteri balik dalam keadaan mencurigakan dan tangan si isteri akan bergetar-getar ketakutan apabila anda memegang tangannya 54.Apabila isteri anda pulang kerumah anda memeluk dan cuba menghidu bau badan isteri/periksa kalau ada bau yang pelik atau wangian lain sebelum si isteri pergi mandi/jika dia marah? confirm ada jantan lain 55.Dia tidak melayani anda dengan baik tetapi sering menyanyikan lagu-lagu cinta 56.Pada hujung minggu dia asyik membawa anda bertengkar namun bila hari esok dimana hari bekerja dia kelihatan ceria dan semangat pergi ke tempat kerja 57.Apabila dia tahu mengandung dia cepat-cepat ingin gugurkan kandungan/dengan alasan belum bersedia mahu anak lagi 58.Anda merasa pelik isteri datang haid pada hari yang bukan sepatutnya/kemungkinan dia menggurkan anak itu dan tidak mahu anda tahu milik siapa anak itu.(mungkin si isteri tidak dapat memastikan siapa ayah bayi itu anda atau kekasihnya) 59.Dia akan tergesa-gesa menutup komputer dirumah apabila mengetahui anda tibatiba pulang 60.Dia mula mengubah suai dirinya dengan baju baru dan mencantikan diri namun masih melayan anda dengan buruk

61.Anda memeriksa hutang kad kredit isteri berlambak namun barangan yang dibawa pulang tidak sama nilai dengan yang ada 62.Anda memeriksa beg tangan/dompet isteri dan terjumpa bil pembelian dari kedai/shoping mall dimana tarikh dan masa dimana isteri patut pergi bekerja,kerja lebih masa atau kerja dihujung minggu./anda di nasihatkan merekod hari dimana isteri anda kerja lebih masa 63.Anda terjumpa BIL/CEK HOTEL/RUMAH PENGINAPAN dalam beg tangan , dompet atau dimana sahaja termasuk dalam pakaian 64.Anda terjumpa kepingan kertas atau bil pembelian yang tertera no telefon, email atau alamat /walau nama wanita sekalipun di atas kertas itu ANda mestilah siasat perkara itu 65.Ketika dia asyik bermain komputer tidak salah jika anda cuba mematikan suis elektrik utama.Lihat reaksinya, adakah dia akan panik? jika ada masa dan peluang anda boleh menyerbu komputer itu dan periksa apa yang dilawati oleh si isteri 66.Dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda 67.Dia akan menyimpan set pakaian yang cantik-cantik , barang kemas yang berasingan daripada pakaian dan barang kemasnya yang lain 68.Dia akan menyusun set pakaian, alat solekan, barang kemas , kasut dan lain-lain lagi termasuk beg tangan , jam atau seluar dalam mengikut kedudukan yang teratur mengikut hari apa yang dia akan gunakan.Mengenai ini anda harus memerhatikan susunan tersebut dengan teliti dan merekod kan setiap susunan tersebut.Jika anda dapati salah satu pakaian itu tiada dalam susunan dan anda tidak melihat pakaian tersebut digunakan oleh isteri anda mahupun telah di cuci memang sah pakaian atau benda itu dia gunakan untuk berjumpa seseorang.Biasanya, perempuan ini sangat cerewet tentang harta benda miliknya dan jika di pinjam dia akan memberitahu anda atau melenting seorang diri. 69.Dia akan segera mencuci seluar dalam apabila pulang dari kerja atau baru pulang dari keluar rumah yang pada biasanya memang jarang orang mencuci seluar dalam setibanya pulang ke rumah.(datang haid 100% dikecualikan) 70.Dia akan berhubung melalui sms atau telefon didalam tandas dan tahap bunyi telefon akan di padamkan

Anda mungkin juga menyukai