Anda di halaman 1dari 3

Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik Strategi merupakan satu langkah dimana perancangan dibuat dengan teliti dalam melaksanakan

sesuatu perkara. Dalam pengajaran matapelajaran pendidikan islam, strategi merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik Pendekatan Pendekatan menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat, falsafah atau suatu pengajaran , tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Kaedah Ia merupakan satu perncangan yang sistematik secara keseluruhan untuk

menyampaikan bahan pengajaran. Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Dengan itu pendekatan boleh memungkinkan penggunaan beberapa kaedah. Berbagai faktor boleh mempengaruhi penyampaian bahan pengajaran seperti jenis pelajar, latarbelakang dan sebagainya. Teknik Teknik adalah apa yang dapat dilihat di dalam bilik darjah. Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteksnya dengan kaedah yang digunakan. Seperti menggunakan makmal bahasa arab untuk mengajar bahasa arab merupakan suatu teknik. Namun apa yang penting adalah pemilihan seseuatu teknik mestilah berasaskan kepada kaedah yang telah dipilih juga pendekatan yang dibina. Akhir sekali, keberkesanan penyampaian suatu bahan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai (Azman Wan Chik,1987)

Pendekatan dan kaedah yang di pilih dalam pelaksanaan makro teaching. Pendekatan deduktif Pendekaan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan

pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu.dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran itu akan dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran itu diteruskan dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberi untuk menuju kepada suatu fakta. Konsep deduktif 1. Mempelajari sesuatu berdasarkan hokum 2. Satu produksi fakta yang membentuk satu penyataan umum 3. Menganalisis fakta yang membentuk generalisasi 4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada Pelaksanaan pendekatan ini dapat diterapkan semasa set induksi, dimana, guru menyatakan tajuk terlebih dahulu kemudian memimpin murid untuk memahami isi

pelajaran berdasarkan hukum atau prinsip yang telah diberikan pada awal pembelajaran.

Kaedah yang digunakan untuk mengajar bidang adab dan akhlak islamiah bagi tajuk adab bercakap dengan ibubapa. Kaedah soaljawab. Kaedah soal jawab ini adalah satu kaedah yang merangsang pemikiran. Menyoal merupakan sebahagian daripada setiap interaksi pengajaran pembelajaran antara guru dan murid. Namun, strategi-strategi penyoalan masih kurang difahami oleh guru-guru, kebanyakan guru hanya mengemukakan satu atau dua jenis soalan.

Dalam pengajaran makro teaching yang telah dijalankan, kaedah penyoalan dilakukan hampir separuh sesi pengajaran dengan digabungkan dengan kaedahkaedah lainnya. Sebagai contoh, dalam set induksi guru bersoal jawab dengan murid tentang audio visual yang telah ditayangkan.

Kaedah permainan Permainan merupakan satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Dalam pengajaran mikro teaching adab dan akhlak islamiah untuk tajuk adab bercakap dengan ibubapa, guru menggunakan kaedah permainan ini dalam langkah ke 3 dalam sesi pengajaran Iitu permainan kotak beracun. Dalam permainan ini, sebuah kotak akan diberiakn kepada murid yang duduk di meja dan akan bertukar tangan dari seorang murid kepada murid yang lain. Dalam kotak tersebut ada beberapa ayat ringkas yang akan dicabut oleh murid yang terpilih. Apabila muzik dimulakan, kotak akan digerakkan dan apabila muzik dihentikan, murid terakhir yang memegang kotak tersebut akan membuat cabutan dan membaca ayat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai