Anda di halaman 1dari 11

RUMUSAN :

PENDEKATAN, KEADAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI.

PENGENALAN. Sesetengah daripada golongan pendidik menganggap bahawa istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah mempunyai definisi yang sama sahaja, walaupun pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah -istilah itu adalah berbeza sama sekali. Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran.

Konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik perlulah jelas dengan konsep keempat-empat istilah tersebut supaya mereka tidak tersalah erti dan silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang menyebabkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurnakan. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dan seterusnya dapat melaksanakan proses Pembelajaran dan Pengajararan dengan sempurna. Secara keseluruhannya, Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah mengikut keperluan semasa. Maka muncul satu pendekatan baru yang menyahut cabaran masyarakat moden yang lebih progresif iaitu Pendekatan Humanistik. Walau bagaimanapun, pendekatan Tradisional masih lagi wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia masa kini.

Di Malaysia, Pendekatan Humanistik dan Tradisional telah digabungkan berserta dengan Pendekatan Tingkahlaku dan juga Pendekatan Sistem. Pendekatan Humanistik lebih menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang penglibatan individu tersebut secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitik Hellison beratkan (1973) pembangunan dalam sosial dan emosi Physical

individu. Mengikut

bukunya Humanistic

Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri (self esteem), merealisasikan diri (self-actualization), kefahaman diri (self-understanding) dan pertimbangan sosial (social

consideration).

Pendekatan pemilikan

Tingkahlaku adalah Matapelajaran.

menumpukan

perhatian

kepada

kandungan

Ia muncul dari aplikasi psikologi

operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner (1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Menurut Skinner (1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang
2

merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub (1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenal pasti kemahiran kemasukkan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, reka bentuk strategi

pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif.

DEFINISI PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI.

Menurut Edward M. Anthony (1963) Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-

unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sama ada sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran iaitu; konkrit ke abstrak. mudah ke kompleks. keseluruhan ke sebahagian. umum ke spesisifik (deduktif).

Manakala, Pendekatan mengajar dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari dan kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan

pembelajaran, dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan

murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan

bahan seperti penggunaan ICT perlu diterapkan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Edward M. Anthony (1963) Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

JENIS KAEDAH

1) Kaedah Tradisional.
Tugasan Membaca buku teks. Kuliah. Berucap dengan kuat. Tumpuhan Perbendaharaan. Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula ( review ) Ujian, kuiz dan peperiksaan.

2) Kaedah Inkuiri ( Penemuan ).


Mengutamakan 5 Prosedur; P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat

P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan

3) Kaedah Kumpulan.
Perbincangan kumpulan Kuliah perbincangan Kerja jawatankuasa Main peranan Sesi Buzz Sumbangsaran Wawancara Konferen

4) Kaedah Penyelesaian Masalah.


Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan Lawatan

Kelebihan.
Menggalakan interaksi antara pelajar. Memupuk ahap pemikiran kognitif yang tinggi. Menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan.
Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru.
5

Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5) Kaedah Kolaboratif. o Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. o Pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah iaitu sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti

pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. o Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. o Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen,

berinteraksi dan kepimpinan.

6) Kaedah Koperatif.
Murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan. Murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.

Murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. Murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi

penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi Contohnya teknik sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, Untuk menentukan

main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain.

keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur. Kebolehan. Kecerdasan. Minat.

Teknik Simulasi.
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olokolok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik Main Peranan.


Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah.
Murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru

dan lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur

Teknik Tekan Tubi.


Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.
Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis. Latihan

seperti ini boleh memperkukuhkan fakta, konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik Demonstrasi.
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenal pasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Cara ini, murid dapat

melakukan aktiviti dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan Model Hidup, Model Simbolik dan Model Persepsi. Contoh guru boleh

mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik Sumbangsaran.
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat

menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu; Topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. Kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada kebijaksanaan memilih pendekatan, kecekapan merancang kaedah dan teknik, berdasarkan objektifnya. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan yang berteraskan kepada Domain Psikomotor iaitu merujuk kepada perkembangan motor. Domain Kognitif kemahiran manipulatif atau

merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam

perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek . Manakala, Domain Afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu. Objektif psikomotor menekankan perkara berikut; Kemahiran yang khusus Boleh diukur. Boleh dicapai. Munasabah. Masa mencukupi.

10

1). Penerangan. Semasa. Maklum Balas.

2). Praktik. Pengelolaan.

5 Aspek Langkah Mengajar

3). Pelakuan. Tunjuk Cara. Tepat. Berulang

4). Permaian atau Pertandingan.

5). Penyeliaan atau Pembetulan.

11

Anda mungkin juga menyukai