Anda di halaman 1dari 51

ELEKTRONIK BERDIGIT

PENGENALAN

Dengan perkembangan bidang Elektronik Berdigit:


Saiz peralatan alat elektronik semakin kecil, bacaan pengukuran lebih tepat dan cepat dan fungsi peralatan semakin canggih dan kompleks. Ianya banyak digunakan secara meluas dalam bidang perindustrian, perubatan dan pelayaran. Contoh peralatan: Komputer, kalkulator, kamera digital, telefon mudah alih, pemain cakera DVD, termometer, alat pengesan tekanan darah dan sebagainya.

Secara umunnya cabang pengukuran kuantiti dalam elektronik terbahagi kepada 2 jenis iaitu :anolog dan berdigit. Sistem elektronik anolog digunakan untuk mengukur aras cecair pada sesuatu tangki. Sistem anolog rringkas dan menggunakan jarum penunjuk bagi menunjukkan bacaan . Sistem elektronik berdigit digunakan untuk mengukur aras yang sama. Sistem elektronik berdigit menggunakan peranti ingatan dan alat pempamir terdiri daripada CRT dan LCD.

Litar Analog Hitachi J100 casis pemacu dengan frekuensi boleh laras. Kebanyakan peralatan elektronik analog seperti penerima radio, dibina dengan dari gabungan pelbagai jenis litar asas. Litar analog menggunakan julat voltan yang selanjar(berayun) berbanding litar digital yang menggunakan voltan tetap.[3] Jumlah litar-litar analog yang diketahui buat masa ini adalah sangat besar, terutamanya sebuah litar boleh ditakrifkan daripada sekecil-kecil komponen tunggal hingga ke litar yang mengandungi ribuan komponen. Litar analog juga kadangkala dipanggil sebagai litar linear walaupun kesan bukan-linear digunakan di dalam litar analog seperti di dalam litar pencampur, litar pemodulat dan lain-lain. Contoh litar analog adalah seperti ; tiub vakum, litar penguat dan litar pengayun. Amat jarang dijumpakan litar yang sepenuhnya analog di dalam peralatan moden masa kini. Pada masa ini litar analog menggunakan litar digital mahupun pemprosesan mikro untuk meningkatkan prestasi. Litar jenis ini dikenali sebagai 'isyarat campuran' berbanding analog mahupun digital.

DIGITAL HYBRID COMPUTER

Kelebihan-kelebihan alatan berdigit berbanding dengan analog


(A )

(B) (C) (D) (E) (F) (G)

Sistem berdigit lebih mudah untuk direka. Penyimpanan maklumat lebih mudah. Ketepatan bacaan terutama pada skala rendah. Operasi boleh deprogram Litar berdigit mempunyai kesan herotan yang minimum. Senang dibaca kerana meempamer nombor sebenar. Lebih banyak litar berdigit terdapat di dalam cip IC.

SISTEM NOMBOR

PENGENALAN

Alat elektronik masa kini menggunakan sistem paparan berdigit untuk menunjukkan angka dan huruf.Contohnya seperti jam elektronik,meter elektronik,komputer,kalkulat or dan alat lain.Paparan berdigit menggunakan sistem perduaan atau disebut sebagai litar logik.

SISTEM PERDUAAN
Sistem perduaan mengandungi dua angka yang mewakili dua keadaan: 1.Angka 0 mewakili keadaan rendah,mati,dibuka atau kitar negatif 2.Angka 1 mewakili keadaan tinggi,hidup,ditutup dan kitar positif.

Isyarat digit merupakan kumpulan denyutdenyut yang mempunyai aras sama atau sebaliknya.Kod 0 dan 1 inilah digunakan untuk membentuk huruf A hingga Z dan angka 0 hingga 9.

SISTEM NOMBOR PERDUAAN SECARA


RINGKAS:

-Sistem nombor perduaan yang hanya mempunyai dua keadaan iaitu:tinggi/rendah atau 1 dan 0

Jadual ini menunjukkan perbandingan simbol nombor perpuluhan dan simbol nombor perduaan.Kita akan mempelajari sistem nombor perduaan dengan lebih lanjut pada bab yang akan datang.

PEMBENTUKAN DIGIT PERPADUAN

Angka biasa boleh ditunjukkan secara digit perduaan.Pembentukanny a melalui pembahagian angka biasa dengan angka dua.Setiap pembahagian akan meninggalkan baki satu atau sifar.Susunan baki pembahagian ini dikenal

Hanya dua digit yang digunakan untuk menunjukkan nilai nombor tersebut iaitu 0 dan 1. Sistem ini juga dinamai sistem nombor dasar dua (N2). Bilangan objek Nilai perduaan (N2) Nilai perpuluhan (N10) Tiada objek (kosong) 0 0 1 1 10 2 11 3 100 4 101 5 110 6 111 7 1000 8 1001 9 1010 10 1011 11 1100 12

Kaedah menukar nombor perpuluhan N10 ke nombor perduaan N2: i. Bahagikan nombor perpuluhan dengan dua secara berulang-ulang sehingga nilainya menjadi sifar. ii. Nombor perduaan yang dikehendaki, diambil daripada nilai baki hasil bahagi nombor-nombor tersebut. iii. Contoh nombor perpuluhan 4210 ditukar ke nombor perduaan.

LITAR LOGIK

Suatu litar menentukan sama ada isyarat input boleh melalui hingga ke output disebut get logik.Digit perduaan 1 dan 0 ,dua keadaan berperanan menentukan kendalian sesuatu litar.Kod perduaan merupakan sebutan lain bagi digit. Konsep elektronik boleh berada pada satu atau dua keadaan munasabah bagi sesuatu masa.Contoh keadaan itu adalah seperti satu mentol.Ia boleh menyala atau padam dan dipengaruhi oleh perkara berikut 1.Aliran arus ke mentol dan dalam litar 2.Punca bekalan(bateri) 3.Suis(dihidup atau dimatikan)

Perkara perkara tersebut saling berkait bagi menentukan keadaan mentol yang boleh diwakili oleh digit 1 dan 0 atau logik 1 dan logik 0.Keadaan itu boleh disampaikan secara jadual penentuan.

Mentol Digit/logik

menyala 1

Padam 0

1.Mentol akan menyala jika kedua-dua suis A dan B dihidup,kerana ia adalah litar sesiri.

2.Mentol tidak menyala jika satu suis sahaja dihidupkan dan satu lagi dimatikan.
3.Konsep benar dan tidak benar digunakan untuk menentukan keadaan suiis-suis dan mentol untuk kenyataan berikut:

(A)Lbenar apabila suis A DAN B dalam keadaan benar.


(B)L=A DAN B=Logik DAN

Mentol menyala jika suis A ATAU B dihidupkan.

Konsep benar atau tidak benar digunakan untuk menentukan keadaan suis-suis serta mentol bagi kenyataan berikut:

(A)L benar apabila suis A ATAU b dihidupkan.


(B)L=A ATAU B=logik ATAU

SISTEM ALJABAR
Sistem aljabar dicipta oleh George Boole (1815-1864).Tujuan untuk membantu masalah bernombor hasil penggunaan logik 1 dan logik 0.Konsep ini berasaskan keadaan benar atau tidak benar dari segi kendalian yang mempunyai sedikit perbezaan dengan aljabar biasa.

Litar get logik boleh dibuat menggunakan: (A)Suis (B)Transistor (C )litar bersepadu
Peringkat awal sistem logik menggunakan rangkaian litar bersuis,dan melibatkan bilangan suis yang banyak.Kerumitan timbul dari segi pemasangan dan sistem kendaliannya. Get mempunyai pangkalan input dan pangkalan output.Ada satu input ,satu output dan dua input. Get berelektronik bertindak mengalir ATAU memutuskan arus yang ditentukan oleh punca bekalan voltan.Keadaan output pada get ditunjukkan secara: Ada voltan=1

Tiada voltan=0

Get TAK ialah get yang paling asas. Ia berlainan daripada getget yang lain kerana mempunyai satu masukan sahaja. Get TAK berfungsi menukar keadaan di keluarannya menjadi songsang daripada keadaan di masukan. Jika masukan adalah logik `0, maka keluaran adalah logik `1, dan sebaliknya. Simbol get TAK adalah seperti dalam Rajah 2.8 (a).

Get DAN ialah get logik yang mempunyai dua atau lebih masukan dan hanya satu keluaran. Simbol bagi get DAN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.10 (a). Bagi get DAN, keluarannya adalah pada logik `1 hanya apabila keduadua masukannya pada logik `1. Keadaan ini boleh juga ditunjukkan oleh jadual kebenaran seperti dalam Rajah 2.10 (b).

Satu lagi get asas ialah get ATAU. Get ATAU mempunyai dua masukan atau lebih dan hanya satu keluaran, sama seperti get DAN. Simbol bagi get ATAU adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.14 (a). Bagi get ATAU, keluarannya akan menjadi `1 jika salah satu atau kedua-dua masukannya berada pada tahap logik `1. Fungsi ini dapat juga ditunjukkan oleh jadual kebenaran seperti dalam Rajah 2.14 (b).

Merujuk Rajah 14.5(B)litar get ATAU terdapat dua input A dan B disambung kepada suis-suis A dan B,manakala outputnya disambungkan kepada mentol L.

Rajah 14.5(C )pula menunjukkan jadual keebenaran get ATAU. 1.Lampu L akan menyala jika outputnya pada keadaan logik 1. 2.Lampu L akan padam jika outputnya pada keadaan logik 0. 3.Lampu L menyala jika satu daripada suis 1 atau 2 dihidup. 4.Sistem aljabar Boole get ATAU ditanda dengan + .Oleh itu get ATAU ditulis seperti berikut: (a)L=A+B (b)L=A ATAU B

Get TAK ATAU adalah hasil kombinasi get TAK dengan get ATAU seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21 (a). Simbol get TAK ATAU adalah sama dengan get ATAU kecuali terdapat get TAK yang diwakili oleh bulatan kecil pada keluarannya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21 (b).

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai