Anda di halaman 1dari 3

Bendi ditanam menerusi biji benih

Nama saintifiknya Abelmoschus esculentus L dari keluarga Malvaceae.

Bendi ialah sejenis sayuran buah disukai penduduk di Malaysia serta di kawasan beriklim tropika dan berhawa sederhana. Pokok ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan ditanam merata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, rebus atau goreng) dan
dibuat jeruk.

Biji bendi boleh dibuat serbuk kopi sementara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses menjadi serat.

Bendi di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak ditanam di Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Pada 2008, bendi ditanam di Johor seluas 390 hektar dan daripada jumlah berkenaan 90 hektar ditanam di Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Bendi banyak dijual di pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Sayuran ini mempunyai kandungan air, protein, lemak, karbohidrat, serabut, kalsium, zat besi, karotina, asid askobik dan fosforus. Pokoknya berbatang tegak, berwarna hijau dan mempunyai banyak cabang, satu hingga dua meter tinggi. Daun bendi berwarna hijau, berbentuk palmate dan mempunyai susunan alternate. Tangkai daun berwarna hijau atau kemerahan. Bunga bendi besar, kelopak berwarna kuning dengan warna merah tua di tengah. Jenis buahnya yang popular berwarna hijau, berbentuk bersegi dan berbulu.

Pokok berkenaan sesuai ditanam pada suhu 24 hingga 32 darjah Celsius dengan taburan hujan 300 milimeter (mm) semusim. Berbagai-bagai jenis tanah termasuk tanah gambut, beris dan tanah bekas lombong sesuai untuk tanaman ini. Keasidan tanah (pH) 5.5 hingga pH 6.5. Kawasan dibajak dan digembur dan batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan sehektar (tanah gambut), 1 hingga 3 tan sehektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan sehektar bagi tanah mineral. Jenis bahan tanaman digunakan adalah biji benih dan keperluannya tiga kilogram. Rawatan biji benih menggunakan racun thiram pada kadar 3 gram bagi setiap 1,000 gram biji benih. Jarak tanaman adalah 90cm di antara pokok dalam sebaris atas batas 1.5m di antara baris. Kepadatan tanaman ialah 5,487 pokok dengan proses menyulam pokok mengambil masa seminggu selepas menanam. Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM8,000 hingga RM10,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama .

Jenis serangga atau penyakit adalah bintik daun, pengorek buah, kepinding buah dan ulat lipat daun. Masa kutipan hasil sekitar 50 hingga 55 hari selepas menanam. Tempoh kutipan hasil antara 3 hingga 6 bulan. Buahnya rapuh dan berwarna hijau muda.

Anda mungkin juga menyukai