Anda di halaman 1dari 2

MINGGU : 3 KURSUS : SCE 3103 MENEROKA BAHAN KELAS : 2 PISMP SN (SJKC) Sumber Mineral Sumber mineral adalah sumber

yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut;

Petroleum Gas Asli Bijih Timah Emas

1.1Petroleum Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain. 1.2 Bijih Timah Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik. 1.3 Gas Asli Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contoh: Gas untuk memasak 1.4 Emas

MINGGU : 3 KURSUS : SCE 3103 MENEROKA BAHAN KELAS : 2 PISMP SN (SJKC) Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain. Sumber dari : http://sumber-malaysia.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai