Anda di halaman 1dari 11

BOLA KERANJANG

PENGENALAN Satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.Bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (penalty). PERMULAAN

Bermula sejak tahun 1892. Dicipta oleh Dr. James Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam gelanggang sesebuah bangunan.

James Naismith menggunakan bola digunakan untuk permainan bola sepak kerana saiz bola cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajarpelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball. Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan. Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut. Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892. Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian, bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti, dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada. Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari 1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.

PERUBAHAN DALAM PERMAIANAN


Selepas James Naismith mencipta bola keranjang, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan dalam permainan tersebut. Pada tahun 1893, gegelang besi yang dipasangkan beg jaring digunakan untuk mengantikan bakul. Korda diletakkan bersama jaring supaya bola dapat jatuh ke tanah.

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1 Untuk sekolah menengah pertandingan ini dijalankan mengikut undangundang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan peraturanperaturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan. 1.2 Untuk sekolah rendah pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) dan undang-undang yang dicadangkan sesuai dari Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) serta peraturan-peraturan AM MSSS yang sedang dikuatkuasakan. 2. JENIS PERTANDINGAN 2.1 2.2 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah Masa bermain ialah 12 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan rehat selama 5 minit. Di samping setiap separuh masa dibahagikan kepada 2 waktu dengan masa rehat 1 minit antaranya. Masa pertandingan dijalankan mengikut peraturan FIBA yang terkini. Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pertandingan disambung semula selama 3 minit setelah 2 minit berehat. Jika keputusan seri lagi, pertandingan bersambung semula selama 3 minit sehingga keputusan kemenangan diperolehi. Masa 2 minit terakhir dalam waktu ke 4 atau masa tambahan, apabila berjaring atau pengadil meniup wisel, masa pertandingan perlu diberhentikan. Permainan terpaksa ditangguhkan kerana hujan atau sebab-sebab lain, pertandingan akan disambung semula pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak pengelola. Segala mata yang diperolehi dan masa yang telah digunakan dikekalkan.

2.3

2.4

2.5

3.

PENDAFTARAN 3.1 Pasukan yang hendak mengambil bahagian dikehendaki menghantar tidak lebih dari 12 nama pemain bagi tiap-tiap kumpulan umur. Butirbutir yang dikehendaki dalam borang penyertaan itu perlu diisi dengan penuh. Setiap pemain mesti mengisi borang pengesahan pemain dan di tandatangan oleh guru besar atau pengetua sekolah masing-masing.

3.2 Penukaran pemain yang telah didaftarkan perlu diberitahu dengan butir-butir yang lengkap dan ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua ataupun Pengerusi Pertandingan Daerah sebelum pertandingan pertama dimulakan. 3.3 Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding,dengan didaftarkan dalam peringkat umur Bawah 18 Tahun dengan kadar dua orang dalam setiap pasukan berdasarkan Peraturan Am MSSM Edisi 2005 dengan syarat belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah bantuan kerajaan atau swasta yang berdaftar dan bergabung dengan MSSS. 3.4 Pengurus dan Jurulatih MESTI daripada kalangan guru/kakitangan pendidikan 4. SISTEM PERTANDINGAN

System pertandingan yang dijalankan secara liga atau cara kalah mati adalah seperti betikut : 4.1 Liga 4 kumpulan (A,B,C dan D) minimum 12 pasukan

Tidak terlibat (MSSS 9 pasukan sahaja) 4.2 Liga 3 kumpulan (A,B dan C)

4.2.1 Pusingan Pertama a. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaiyu A, B dan C Pertandingan akan dijalankan secara liga. b. Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan di tempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan Naib Johan Ketiga - kumpulan A - kumpulan B - kumpulan C

c. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan-cabutan undi. d. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan yang lain hendaklah diundi. 4.2.2 Pusingan kedua a. Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap setiap kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian b. c. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama, Dari 3 pemenang 1, satu akan ditempatkan di kumpulan lain.

d. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari pemenang 1 kumpulannya. e. Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. 4.2.3 Pusingan Akhir a. Pemenang 1 Kumpulan X akan melawan Pemenang 1 Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. b. Pemenang 2 Kumpulan X akan melawan Pemenang 2 Kumpulan Y untul menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 4.3 Liga 2 Kumpulan (A dan B) 4.3.1 Pusingan Pertama a. Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan Naib Johan dan Tempat Ketiga tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan B. Pasukanpasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cabutan undi.

c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah diambil kira kedudukannya dan pasukan yang lain hendaklah diundi.

4.3.2 Pusingan kedua (Separuh Akhir) a. Pemenang 1 Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 kumpulan B (Kumpulan X) dan Pemenang 1 Kumpulan B akan melawan Pemenang 2 kumpulan A (Kumpulan Y) b. Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati. Separuh Akhir

Pemenang 1 Kumpulan A -----------------

Akhir

(Kumpulan X) Pemenang 2 Kumpulan B -----------------

------------Johan ---------------

Pemenang 1 Kumpulan B ----------------(Kumpulan Y) Pemenang 2 Kumpulan A ------------------------------

4.3.3 Pusingan Akhir a. Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

c. Kalah Kumpulan X akan melawan Kalah Kumpulan Y untul menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 4.4 Liga 1 Kumpulan Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. 4.5 Bagi sukan tertentu Sistem Pertandingan hendaklah mengikut Sistem Pertandingan yang ditetapkan sukan berkenaan. Sila rujuk Peraturan Am (6) MSSS 5. CARA MEMUTUS KEPUTUSAN 5.1 Cara Liga 5.1.1 Cara memberi mata Menang Kalah Menarik diri 5.1.2 2 mata 1 mata 0 mata

Jika dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang akan

ditentukan seperti berikut: a. Keputusan permainan antara dua pasukan yang terlibat akan menentukan kedudukan mereka. b. Jika jumlah mata yang diperolehi dan yang di jaring oleh pihak lawan adalah sama anatra dua pasukan, maka pemenang akan ditentukan oleh purata jaringan. 5.1.3 Jika lebih dari dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata).

b. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai purata jaringan yang tertinggi akan dikira menang (cuma mengambil keputusan antara pasukan yang sama mata). c. Jika masih seri, kedudukan akan ditentukan dengan mengambil kira purata jaringan dari keputusan semua permainan yang dimain dalam kumpulan. Jika ada apa keraguan, rujuk peraturan FIBA. d. 6. PAKAIAN Jika masih seri, cabutan undi akan dibuat.

6.1 Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian seragam dengan satu set berwarna gelap dan satu lagi berwarna putih. 6.2 Untuk pertandingan, maka mana-mana pasukan yang disebutkan dahulu di jadual pertandingan dikehendaki memakai pakaian berwarna putih sementara lawannya berwarna gelap. 7. PENGADIL

7.1 Jawatankuasa teknik Bola Keranjang MSSS bertanggungjawab atas perlantikan pengadil-pengadil yang bertauliah untuk mengadili semua perlawanan. 7.2 Pengadil-pengadil yang bertugas mestilah meneliti kelayakan pesertapeserta sebelum permainan dimulakan. 8. GELANGGANG/ALATAN Rujuk undang-undang Bola Keranjang antarabangsa (FIBA) 9. KELEWATAN Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan. Keputusan yang dicapai sebelum itu tidak akan diambil kira. 10 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1

Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

10.2

Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja dari pertandingan-pertandingan semua keputusan yang dimainkan oleh pasukan/peserta itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/peserta yang berkenaan. Mana-mana pasukan/peserta/sekolah/daerah yang telah mengesahkan penyertaan sesuatu pertandingan tetapi menarik diri akan dikenakan denda sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) atau digantung penyertaan selama setahun atau keduaduanya sekali.

10.3

11.

Bantahan

11.1 Sekiaranya selepas tamat perlawanan pasukan yang ingin membuat bantahan, ketua pasukan hendaklah menandatangani di ruang protest dalam score sheet supaya bantahannya dapat dipertimbangan. 11.2 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah disertakan kepada setiausaha pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada 20 minit selepas perlawanan dengan bayaran RM200.00. 12. JURI RAYUAN

Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum). Mereka terdiri daripada : 12.1 12.2 12.3 12.4 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya. Setiausaha Agung MSSS atau wakilnya. Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSS. Dua atau empat orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut. LEMBAGA TATATERTIB

13.

13.1 LEMBAGA Tatatertib Permainan Negeri Terdiri daripada : 13.1.1 Yang DiPertua MSSS

13.1.2 Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya 13.1.3 Naib yang diPertua 13.1.4 Setiausaha Agung MSSS 13.1.5 Pengerusi Teknik Permainan berkenaan

Lembaga ini bertanggungjawab untuk : a. Mengambil tindakan mengenai perlanggaran peraturan pertandingan yang berkenaan bagi semua perkara semasa kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut : i. ii. Memberi amaran. Mengantung dari pertandingan berikutnya bagi jangka masa tertentu. Menyingkirkan kejohanan/pesta. daripada keseluruhan

iii.

a. Menghantar laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada Lembaga Tatatertib MSSS selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dan membuat syor atau cadangan mengenai jenis tindakan yang sewajarnya. Kes-kes yang lebih berat yang melibatkan displin pegawai-pegawai hendaklah dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib MSSS untuk tindakan selanjutnya. 14 PINDAAN DAN TAMBAHAN PERATURAN.

14.1 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor Darul Ehsan berhak meminda atau menambah peraturan dan undang-undang di atas. 15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua yang tidak disebutkan di dalam peraturan ini, akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola Permainan Negeri yang berkenaan mengikut kuatkuasa Peraturan dasn Undang-Undang Permainan itu.

Anda mungkin juga menyukai