Anda di halaman 1dari 9

KEGIATAN TRADISIONAL EKONOMI NELAYAN

SENARAI KANDUNGAN BIL ASPEK M/S

1 TAJUK 2 SENARAI KANDUNGAN 3 PENGHARGAAN 4 OBJEKTIF KAJIAN 5 KAEDAH KAJIAN 6 HASIL KAJIAN 7 RUMUSAN 8 LAMPIRAN 9 RUJUKAN

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan cepat dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh guru saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Zaharudin bin Abd Rahman iaitu guru saya kerana telah banyak membimbing dan memberi nasihat kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Zambri bin Ahmad dan Puan Sakinah binti Ali kerana telah memberikan saya sumbangan dari segi kewangan dan juga memberikan saya semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan saya terutamanya Mohamad Afiq Fathan bin Mohamed Fathi yang telah banyak memberi bantuan dan bertukar-tukar pendapat bagi menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN Sepanjang tempoh kajian sejarah tentang kegiatan ekonomi trdisional nelayan dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian akan dilakukan. Kajian-kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif. Pertama sekali, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang kegiatan ekonomi tradisional ini. Selain itu,saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai cara yang digunakan untuk menangkap ikan selain menggunakan alat pemancing. Kajian ini juga membolehkan saya mengetahui sumbangan yang diberikan oleh para nelayan terhadap masyarakat ataupun keluarga. Akhir sekali, kajian sejarah ini juga dapat membantu saya menguasai kemahiran mencari, merekod, mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai nelayan.

KAEDAH KAJIAN

1- KAEDAH TEMU BUAL Dalam melaksanakan kajian ini, saya juga telah berkesempatan untuk menemu bual seorang nelayan , Encik Zambri bin Ahmad . Sebelum itu, saya terlebih dahulu berbincang dengan guru dan rakan - rakan mengenai bentuk soalan yang ingin ditanya. Ini untuk memudahkan saya menemu bual nelayan tersebut.

2- PEMERHATIAN DAN LAWATAN Lawatan dan pemerhatian adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengkaji sesuatu di luar kelas. Saya telah membuat lawatan sekitar kawasan Kuah iaitu perkampungan nelayan.

3- KAEDAH RUJUKAN Saya telah membuat rujukan berdasarkan kerja kursus yang telah dijalankan oleh kakak saya dan juga telah membuat rujukan melalui internet sebagai maklumat tambahan. .

HASIL KAJIAN

MAKLUMAT ASAS Jenis Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah aktiviti nelayan yang dijalankan oleh Encik Zambri bin Ahmad di Kuah, Langkawi.

Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi. Aktiviti nelayan ini telah dimulakan oleh Encik Zambri bin Ahmad mulai tahun 1998 . Oleh yang demikian beliau telah mengendalikan aktiviti nelayan ini hampir 15 tahun lamanya. Pada masa tersebut, beliau melakukan aktitivi nelayan ini untuk kepentingan sendiri dan keluarga seperti untuk masakan dan untuk dijual di kedai di kawasan perkampungannya. Beliau telah mengusahakan aktiviti sebagai nelayan sekitar pulau langkawi sehingga beliau mendapat hasil yang memuaskan.

Lokasi/Tempat Kajian Lokasi di Kuah berkediaman No.466, Kampung Padang Lalang, Mukim Kuah, Langkawi. Beliau yang berusia 50 tahun dan isterinya 45 tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar Bandar. Bandar terdekat ialah Bandar Kuah . Jarak rumah beliau dengan pekan Kuah ialah kira-kira 15km.

Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan Aktiviti nelayan ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Zambri Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Zambri Bin Ahmad kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan aktiviti nelayan di perkampungan ini.

Latar Belakang

Tujuan dijalankan Encik Zambri bin Ahmad pada mulanya melakukan aktiviti nelayan ini untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri dan keluarga. Kemudian, beliau menjual hasil tangkapan tersebut tersebut ke kedai-kedai di Pekan Kuah. Beliau menjual semua jenis ikan yang menjadi hasil tangkapan beliau. Antara jenis ikan tersebut adalah ikan kembung, ikan parang, ikan jenahak dan ikan kerapu. Beliau menjual kira-kira 10 kg ikan setiap kali penjualan dilakukan ke kedai pada setiap hari.

Peralatan/kaedah yang digunakan Dalam bidang nelayan, beliau telah membeli sebuah bot yang berharga kira-kira RM 35000.00 untuk kemudahan beliau melakukan kerja beliau sebagai seorang nelayan. Beliau menggunakan bot beliau untuk turun ke laut.Selain itu, beliau menggunakan 2 cara untuk menangkap ikan iaitu menggunakan alat pancing dan juga menggunakan jala.

Tempat Kawasan Encik Zambri bin Ahmad berasa sangat beruntung kerana tempat beliau meletakkan bot beliau berdekatan dengan kawasan rumah beliau.Ini adalah kerana kerja pengawasan beliau keatas bot beliau menjadi mudah .

Kos Pengendalian Encik Zambri bekerja seorang diri sebagai nelayan, jadi dia tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar upah pekerja. Selain itu, beliau tidak menyewa mana-mana bot kerana beliau mempunyai bot sendiri.

Sumbagan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat. Sumber pendapatan utama dan sampingan Dengan aktiviti penangkapan ikan ini, para nelayan memperoleh memperoleh kira-kira RM1500 sebulan sebagai pendapatan sampingan. Nelayan hanya mengedar dan menjual hasil tangkapannya kepada penjual ikan di Pekan Kuah.

Penerusan Tradisi Keluarga Menjadii nelayan ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya.

Peluang Perkerjaan Dengan menubuhkan jeti nelayan, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di jeti tersebut. Antara perkerjaaan yang boleh didapati di jeti tersebut adalah mengangkat ikan keluar dari bot dan menjual ikan di jeti tersebut dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhimasa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat.

Prospek

Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta. Pihak kerajaan memberi bantuan kepada para nelayan dalam bentuk subsidi, kewangan dan sebagainya. Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti nelayan agar dapat mengurangkan tahap pengangguran.

Reaksi/ Penerimaan Masyarakat. Masyarakat di kampung ini menjadi nelayan untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian. Kadangkala, ada juga ia menghasilkan produk sepertiikan goreng, ikan bakar dan sebagainya yang dihantar ke kedai-kedai di Felcra Bukit Kepong.

Saranan dan harapan. Encik Zambri bin Ahmad berharap agar dapat memperluaskan lagi kegiatan penangkapan ikan tersebut. Selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti pekerjaan. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga alatan-alatan menangkap ikan tersebut agar dapat diteruskan oleh anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar masalah-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan.

RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira 6 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang perikanan di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai