Anda di halaman 1dari 2

*Kimpalan Kimpalan ialah satu proses penyambungan logam.

Penyambungan logam bermaksud dua logam disambung antara satu sama lain. Penyambungan boleh berlaku dengan melebur atau tidak melebur kedua-dua logam yang hendak disambung. Proses kimpalan dengan meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan lebur, sementara kimpalan dengan tidak meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan tidak lebur. Ia adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi. Kimpalan Arka adalah jenis kimpalan lebur Kimpalan arka ialah satu proses penyambungan logam yang menggunakan haba. Haba terhasil daripada arus elektrik dialir melalui elektrod ke logam asas. Hujung elektrod dan bahagian logam yang hendak disambung itu menjadi lebur.

Setiap projek yang dijalankan mestilah mempunyai objektifnya yang tersendiri. Begitulah juga dalam projek kimpalan arka ini. Objektif bagi kimpalan arka yang dijalankan adalah seperti berikut : Menghasilkan kimpalan jenis larian kumai yang kemas. Menghasilkan kimpalan jenis sambungan temu yang kemas dan kukuh. Melatih diri berdisiplin ketika menjalankan aktiviti mengimpal. Memupuk diri supaya bertimbang rasa. Melahirkan pekerja mahir yang berdedikasi tinggi. Menghasilkan sambungan-sambungan logam melalui kerja mengimpal yang kemas dan kukuh. Melatih diri supaya sentiasa menjaga keselamatan diri. Membuat kimpalan biasa membentuk kumai. Mengimpal sambungan temu.

Anda mungkin juga menyukai