Anda di halaman 1dari 27

Mengendalikan dan Menggunakan Bahan dan Alatan dengan Betul, Cermat, Selamat dan Berwaspada

Karen Lim, Loh Yi Qi 6 PISMP SN/PJ/BC (amb. Jan 2011)

Teknik Menggunakan Pipet

Penyimpanan pipet pada rak pipet

Basuh buret dgn air paip dan bilas dgn air suling diikuti dgn larutan yang akan diisikan. Isikan buret dgn larutan sehingga melebihi 1cm hingga 2cm drp paras tanda maksima. Pastikan buret diapitkan menegak pd kaki retort. Pastikan bahagian jet buret dipenuhi dgn larutan sebelum memulakan eksperimen. Ini dilakukan dengan membuka injap buret dan membiarkan sedikit larutan mengalir keluar. Jika terdapat gelembong udara di bahagian jet ketuk perlahan-lahan untuk menghilangkannya.

Teknik Mengendalikan Buret

Untuk mengeluarkan larutan dari buret, tangan kiri mesti mengelilingi bahagian injap stopcock seolah-olah mengenggamnya. Pada masa yang sama ibu jari dan jari telunjuk dengan sokongan jari tengah digunakan untuk memusing stopcock

Menuang larutan dr botol reagen

Pastikan label botol reagen itu sama dengan larutan bahan kimia yang diperlukan. Pegang botol dengan cermat dengan labelnya mengarah kemuka kita. Pegang tabung uji dengan tangan sebelah lagi. Tabung uji hendaklah dipegang dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Tanggalkan penutup botol reagen dengan jari kelengkeng dan pegang penutup botol dengan jari kelengkeng dan tapak tangan. Jangan letakkan penutup di atas meja.

Tuang larutan secara perlahan-lahan ke dalam tabung uji dari tepi botol jauh dari label. Ini dapat mengelakkan labelnya daripada menjadi kotor. Biarkan larutan itu mengalir perlahan-lahan ke dalam tabung uji sehingga cukup. Jangan sekali-kali menuangkan larutan yang berlebihan ke dalam botol itu semula. Ini akan mencemarkan seluruh larutan yang lain. Sumbatkan botol itu dengan penyumbatnya. Letakkan kembali botol itu di tempat asalnya.

Menyiring larutan menggunakan rod kaca

Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal.

Pengendalian Bahan Kimia

Balutkan sebarang luka yang terdapat di badan anda. Jangan buka penutup ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi bakteria atau mikroorganisma yang sedang membiak di dalamnya. Jangan simpan ceper petri atau tabung uji yang mengandungi mikroorganisma atau bakteria di dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan makanan.

Pengendalian Mikroorganisma

Semua permukaan kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains. Jangan makan semasa menjalankan eksperimen dengan bakteria. Basuh tangan dengan sabun yang banyak selepas eksperimen dengan mikroorganisma/ bakteria.

Membincangkan Keselamatan dari Aspek Pencegahan Kemalangan dan Rawatan Kecemasan

Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di tempat yang mudah dilihat dan dibaca. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan eksperimen. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan.

Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap makmal. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah mencukupi. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah diganti dengan segera. Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci dan jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod yang lengkap mesti disimpan.

Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains kecuali untuk tujuan eksperimen. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama, semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dan tingkap mesti dikunci.

Pitam atau pengsan


Pastikan mangsa boleh bernafas dengan baik. Longgarkan pakaian mangsa yang ketat. Jika pernafasan atau nadi berhenti, bantuan pemulihan pernafasan perlu dijalankan serta merta dan pada masa yang sama dapatkan bantuan ambulan. Perhatikan tahap kesedaran berdasarkan bukaan mata, lisan dan pergerakan. Periksa kadar pernafasan dan nadi secara teratur. Periksa dan rawat sebarang luka yang serius.

Tindakan semasa Kecemasan

Jangan beri sebarang benda melalui mulut kepada mangsa yang tidak sedar. Hidukan mangsa dengan garam ammonia. Apabila mangsa sedar, tenangkan dan periksa mangsa dan nasihatkan mangsa berjumpa doktor. Apabila mangsa telah sedar, beri minum minuman panas. Siasat punca yang menyebabkan pengsan. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan. Selimutkan mangsa.

Kejutan Elektrik
Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan pindahkan mangsa daripada bersentuhan dengan sumber elektrik. Jangan sentuh mangsa tanpa perlindungan sehingga anda pasti mangsa tidak bersentuh dengan sumber elektrik. Jika tidak dapat menghentikan arus elektrik serta merta, berdiri di atas benda kering seperti kayu, getah atau kertas tebal atau sebarang bahan penebat, cuba pisahkan mangsa daripada sumber elektrik menggunakan sebarang bahan bukan pengalir yang kering seperti kayu.

Periksa bahagian badan mangsa jika terdapat tanda melecur. Letakkan kain yang disteril di atas tempat melecur dan balut dengan pembalut luka. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Bawa mangsa berjumpa doktor dengan serta merta.

Kecederaan Mata
Semua kecederaan mata adalah kes serius dan perlu dapatkan rawatan perubatan serta merta. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan botol pencuci mata serta merta atau basuh dengan aliran air sejuk sehingga rasa sakit reda. Jangan cuba meneutralkan mata dengan asid atau alkali. Nasihatkan mangsa agar tidak menggosok matanya. Jangan gunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata. Jangan cuba mengeluarkan objek asing seperti kaca daripada mata. Hantarkan mangsa untuk mendapatkan rawatan serta merta. Tutup mata dengan kain kasa yang tebal dan lembut.

Melecur disebabkan Api


Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di bawah air mengalir sehingga kesakitan reda. Jika kawasan melecur tidak boleh direndam dalam air sejuk, tuamkan dengan ais. Jangan cucuk bahagian yang melecur atau melepuh. Jika kebakaran menyebabkan luka, tutup bahagian melecur dengan kain kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum mendapat rawatan doktor.

Melecur disebabkan bahan kimia


Basuh secukupnya dengan air. Dapatkan rawatan doktor selepas memberi rawatan kecemasan. Rawatan kecemasan untuk melecur ringan adalah seperti dalam Jadual di bawah.

Jangan sapukan sebarang losyen, minyak angin atau sebarang bahan kimia di tempat yang cedera.

Anda mungkin juga menyukai