Anda di halaman 1dari 6

Peperangan Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

& 4 Khalifah _Mohammad Hidir Baharudin

Pembebasan Mesir (Tahun 21 Hijrah)


Pembebasan Mesir 21H Awal Pembebasan Mesir Ekspedisi Mesir adalah lanjutan ekspedisi Syam. Letaknya geografi Mesir yang berdekatan dengan Hijaz iaitu di hujung benua Afrika akan menjadi perantara untuk kaum Muslimin berdakwah di benua Afrika dan akan menghalang Rom daripada berkubu di Mesir dan menyerang Hijaz. Penduduk Mesir sendiri ingin bebas daripada penindasan, dominasi, dan ekspoitasi pemerintahan Rom. Hadis Nabi s.a.w. mafhumnya berbunyi, Sesungguhnya Allah akan membebaskan Mesir untuk kalian setelah aku wafat. Oleh kerana itu, aku berpesan kepada kalian agar memperlakukan orang-orang Qibti dengan baik kerana mereka mempunyai hubungan kekeluargaan (dengan kita) dan mendapat perlindungan (jaminan daripada Islam). Cadangan awal untuk membebaskan Mesir berasal daripada Amr bin Al-Ash, sahabat Nabi s.a.w. yang pernah mengunjungi Mesir ketika masa jahiliyah. Tahun 18 Hijrah, saat Umar Al -Khattab sampai di Jabiyah untuk membuat perjanjian aman dengan penduduk Baitul Maqdis maka berlaku diskusi dan cadangan itu. Terdapat juga riwayat yang menyebut bahawa Umar mengarahkan Amr untuk membebaskan Mesir. Umar berkata, Mesir adalah bumi yang banyak menyimpan pembendaharaan harta. Jika engkau dapat membebaskan negeri itu, nescaya ia akan menjadi penolong untuk kaum Muslimin dan menambah kekuatan mereka."

Membebaskan Mesir

Peperangan Pada Zaman Rasulullah s.a.w. & 4 Khalifah _Mohammad Hidir Baharudin
Amr mempersiapkan 4000 orang tentera Islam dan 500 orang Arab Badwi menyertai memperkuatkan tentera Islam ketika perjalanan menuju ke Mesir. Amr terus bergerak hingga ke kota Arisy dan dapat menguasai kota itu tanpa berlawan pada tanggal 10 Dzulhijjah tahun 18 Hijrah. Amr meneruskan perjalanan hingga ke kota Farma (kota Suez sekarang) dan mengepung selama sebulan. Selepas sebulan berlakulah pertempuran di antara kedua-dua pasukan yang akhirnya dimenangi oleh pasukan kaum Muslimin. Peristiwa ini terjadi pada Muharram tahun 19 Hijrah. Seterusnya ke kota Majdal, lalu Shalihiyah, lalu Thumailat sampai ke Bilbis. Di Bilbis berlaku pertempuran yang diakhiri dengan kekalahan Rom. Arithun yang berada di kota ini melarikan diri ke Baitul Baqdis. Dalam sebuah riwayat menyebut 1000 tentera Rom terkorban dan 3000 yang lain ditawan. Antara yang ditawan ialah Armanusah, puteri Al-Muqauqis seorang Gabenor Rom dan Raja Qibti di Mesir. Amr lantas mengirim Armanusah pulang kepada ayahnya sebagai bentuk penghormatan dan tanda tingginya akhlak seorang panglima Islam. Amr seterusnya bergerak ke Ummu Danin yang sekarang ini sudah menjadi perkebunan Azbakiyah. Terjadi pertempuran hebat dan Amr menyedari akan kekurangan tentera kaum Muslimin. Khalifah Umar menghantar 12000 orang tentera yang setiap 3000 orang diketuai oleh Az-Zubair bin Al-Awwam, Ubadah bin As-Shamit, Maslamah bin Makhlad, dan Al-Miqdad bin Al-Aswad. Sesampainya 12000 tentera bantuan ini, ternyata Amr sudah mengusai Ummu Danin. Amr menunggu kedatangan tentera bantuan dan mengarahkan mereka berkubu di wilayah Heliopolis yang sekarang dikenal sebagai Ain Syams. Amr lalu menyeberangi Sungai Nil menuju Fayyum dan menguasai Bahnasa. Amr kembali ke kubu di Ain Syams dan mengarahkan pasukan Muslimin bersiap menghadapi tentera Rom. Amr mengumpan Rom untuk bertempur di luar kubu Babilon. Umpanan beliau mengena dan kedua-dua pasukan bertempur di gurun Abbasiyah. Strategi Amr antara lainnya ialah mempersiapkan tiga pasukan tentera kaum Muslimin, iaitu satu pasu kan berhadapan terus dengan musuh, satu pasukan bersembunyi di balik gunung menyerang hendap pasukan musuh, dan satu pasukan lagi berkubu dekat dengan kota Ummu Danin. Strategi ini menjadi mengakibatkan tentera Rom terkepung dan mereka terus berkecamuk dan bercerai berai. Sebahagian dibunuh dan ditawan dan yang lainnya sempat melarikan diri.

Peperangan Pada Zaman Rasulullah s.a.w. & 4 Khalifah _Mohammad Hidir Baharudin
Amr dan tentera selepas itu menuju dan mengepung kubu Babilon. Pengepungan itu memakan masa selama tujuh bulan kerana paras air Sungai Nil yang melimpah, minimumnya jumlah makanan dan senjata tentera kaum Muslimin dan kukuhnya banteng pertahanan kubu Babilon. Pertempuran demi pertempuran berlaku tetapi tiada satu pun yang menentukan pemenangnya. Kerana hal ini, Amr mengirim surat meminta bantuan Sang Khalifah dan Umar mengirim tambahan lagi 4000 tentera. Amr lalu menguatkan kepungan ke atas kubu Babilon. Ini disedari oleh Al-Muqauqis, penguasa kubu Babilon. Beliau berputus asa untuk terus bertahan dan mengajukan cadangan kepada panglima-panglima tentera beliau untuk membuat perjanjian damai dengan tentera kaum Muslimin. Sebahagian panglima-penglima tentera beliau bersetuju dan selebihnya tidak bersetuju. Al-Muqauqis keluar bersama panglima-panglima yang bersetuju dengan pendapat beliau ke Jazirah Raudhah dan menghantar utusan-utusan kepada Amr untuk menyatakan hasrat beliau. Amr kemudiannya memberi pilihan kepada utusan-utusan samada memeluk Islam atau membayar jizyah atau tetap berperang.

Para utusan kemudian kembali kepada Al-Muqauqis dan Al-Muqauqis bertanya kepada mereka keadaan tentera kaum Muslimin. Mereka menjawab, Kami benar-benar melihat kaum yang lebih suka mati daripada hidup. Lebih suka hidup sederhana daripada bermewah-mewah. Tidak ada satu pun diantara mereka yang menginginkan kesenangan dunia. Mereka duduk-duduk di atas tanah. Mereka makan di atas tunggangan. Khalifah kaum ini sama keadaan seperti mereka. Tidak diketahui siapa di antara mereka yang berpangkat tinggi dan siapa yang tidak. Tidak diketahui siapa tuan dan siapa hamba. Ketika waktu solat, tidak seorang pun daripada mereka terlmabat mengerjakannya. Mereka membasuh anggota badan mereka dengan air dan mereka begitu khusyuk mengerjakan solat. Mendengar penjelasan itu, Al-Muqauqis berkata, Demi zat yang layak disandari sumpah, andai orang-orang itu (tentera kaum Muslimin) menghadapi gunung, nescaya mereka dapat menghancurkan. Tidak ada satu kaum yang mampu melawan

Peperangan Pada Zaman Rasulullah s.a.w. & 4 Khalifah _Mohammad Hidir Baharudin
mereka. Jika kita tidak memanfaatkan kesempatan hari ini untuk berdamai dengan mereka tatkala mereka tertahan oleh Sungai Nil, nescaya mereka tidak akan menerima pendamaian daripada kita selepas hari ini, iaitu ketika bumi sudah membukakan jalan sehingga posisi mereka tidak lagi seperti sekarang (iaitu tertahan daripada menyerang kubu Babilon kerana paras air Sungai Nil yang melimpah).

Al-Muqauqis bersedia untuk berdamai dan membayar jizyah sebanyak dua dinar untuk setiap orang penduduk yang sudah baligh. Hal ini diketahui oleh Haraklius Raja Rom dan beliau tidak bersetuju dengan perjanjian damai ini. Beliau memerintahkan Al-Muqauqis untuk menarik balik perjanjian damai. Beliau kemudian memecat Al-Muqauqis daripada jawatannya. Amr mengetahui hal ini dan terus menyerang kubu Babilon. Ketika itu paras air Sungai Nil sudah menyusut. Menambah keazaman tentera kaum Muslimin ialah dengan tersiarnya berita kematian Heraklius pada bulan Mac tahun 641 Masihi. Tentera Rom yang berkawal menjaga kubu Babilon semakin berputus asa. Az-Zubair r.a. bersama pasukan beliau bertekad memanjat dinding-dinding kubu Babilon dan membuka pintu kubu dari dalam kota. Orang-orang Rom mengetahui bahawa tentera kaum Muslimin telah menembus kubu mereka dan mereka segera meminta perjanjian damai. Amr menerima permintaan perjanjian damai mereka. Dengan itu, kota Babilon jatuh ke tangan Islam.

Orang-orang Rom lalu keluar daripada kota Babilon membawa bekalan makanan dan pakaian secukupnya dan meninggalkan senjata dan barang-barang berharga lainnya. Peristiwa itu terjadi pada bulan Muharram tahun 20 Hijrah. Dengan jatuhnya kota Babilon maka Rom telah kehilangan sebahagian daripada negara Mesir yang dikuasai mereka. Amr r.a. bergerak ke Alexandria yang ketika itu merupakan ibu kota Mesir. Pembebasan Mesir dianggap tidak sempurna hinggalah terbebasnya Alexandria. Dalam perjalanan ke Alexandria pasukan Muslimin membebaskan Thurnuth, Naqyush,

Peperangan Pada Zaman Rasulullah s.a.w. & 4 Khalifah _Mohammad Hidir Baharudin
Salthis, dan Khairuwan dengan izin Allah s.w.t. Sesampainya di Alexandria, Amr mendapati kota Alexandria dilindungi kubu yang kukuh. Menyedari hal ini Amr membuat banteng pertahanan yang kukuh di hadapan kubu kota Alexandria. Amr juga memutuskan untuk bergerak di dalam pasukan kecil membuka wilayah-wilayah di dataran rendah sebelum musim hujan yang mengakibatkan banjir tiba. Amr bergerak mengelilingi Kariuan, Damanhur, Sakha, Tukh, dan Damsis yang mengambil masa setahun penuh. Amr kemudiannya kembali ke Alexandria.

Raja Rom yang baru Heraklunas

kembali mengangkat Al-Muqauqis sebagai penguasa Mesir. Al-Muqauqis diberi

kepercayaan untuk membincangkan hal pendamaian dengan kaum Muslimin. Akhirnya Rom sepakat berdamai dengan Islam. Perjanjian damai ini dikenal dengan nama Perjanjian Alexandria. Sedikit butiran Perjanjian Alexandria ialah;

1. Gencatan senjata antara kedua-dua pasukan ialah selama sebelas bulan, berakhir pada 28 September 642 Masihi iaitu akhir tahun 21 Hijrah. 2. Kedua-dua pasukan harus tetap berada di dalam kubu masing-masing dan tidak boleh melancarkan serangan sepanjang tempoh gencatan senjata itu. 3. Kaum Muslimin tidak boleh merosakkan gereja dan tidak boleh mencampuri urusan kaum Nasrani. 4. Tentera kaum Rom harus melalui jalan laut sepanjang perjalanan mereka menjaga barang dan harta Rom. Jika mereka melalui daratan, mereka mesti membayar jizyah setiap bulan selama mereka berada di Mesir. 5. Rom tidak boleh kembali merebut Mesir. 6. Kadar jizyah yang ditetapkan ialah dua dinar setiap tahun untuk setiap orang. 7. Orang-orang Yahudi boleh tinggal di Alexandria. 8. Sebagai jaminan atas semua janji-janji Rom kaum Muslimin berhak ke atas lima puluh tentera Rom dan lima puluh

Peperangan Pada Zaman Rasulullah s.a.w. & 4 Khalifah _Mohammad Hidir Baharudin
penduduk Rom.

Al-Muqauqis membawa surat perjanjian damai itu kepada Theodore dan Theodore mengirim kepada Raja Rom bernama Konstantin yang menggantikan Haraklunas.

Akan tetapi pada tahun 25 Hijrah Rom mengkhianati perjanjian damai itu. Konstantin mengirim pasukan yang besar ke Alexandria. Amr r.a. yang mengetahui hal ini mengusir tentera Rom dan merobohkan kota Alexandria. Sungguh pembebasan kali kedua ini diperolehi dengan jalan kekerasan. Amr bin Al-Ash r.a. diberi mandat untuk menjadi gabenor Islam di Mesir. Antara perubahan -perubahan yang dilakukan oleh Amr bin Al-Ash r.a. ialah;

1. Kebebasan agama untuk setiap penduduk. 2. Mengambil warga Mesir untuk menjawat jawatan di jabatan kerajaan. 3. Menguruskan hal kebajikan seperti membuat saluran-saluran air yang lebih terurus, membina jambatan dan kolam, menetapkan kadar timbangan, dan meringankan beban pajak. 4. Mengangkat qadi dan hakim untuk hal keadilan dan menetapkan undang-undang pajak bumi berkaitan pasang surutnya air Sungai Nil.

Anda mungkin juga menyukai