Anda di halaman 1dari 2

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu

bahasa. Terima kasih kepada saudara/i pengerusi majlis, kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, pensyarah-pensyarah yang dihormati dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Selamat petang dan salam sejahtera. Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam adalah untuk memberikan kupasan berpandukan tajuk syarahan saya iaitu BAHASA ITU WAHANA PERPADUAN. Bahasa menurut kamus dewan bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Wahana pula bermaksud saluran atau perantaran yang memungkinkan sesuatu dilakukan atau disampaikan. Manakala, perpaduan adalah keadaan atau hal berpadu iaitu persatuan. Dalam konteks ini, konsep bahasa atau perpaduan merujuk kepada bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu. Persoalannya, mengapakah bahasa itu dikatakan alat atau medium untuk merapatkan perpaduan antara rakyat dalam negara ini? Bagaimanakah cara untuk merealisasikan konsep ini? Marilah bersama-sama saya,merungkai persoalan ini satu per satu dengan lebih teliti dan lagi mendalam. SIDANG HADIRIN SEKALIAN, Indahnya, bahasa melayu begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa, bahasa melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara gilang-gemilang ini. Sejarah membuktikan bahawa bahasa melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Menurut Masariah (2003), bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik yang berlaku antara negara-negara pada masa itu. Dalam kitab sejarah melayu, disebutkan bahawa para pedagang bertungkus-lumus mempelajari bahasa melayu untuk menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan juga masyarakat tempatan yang telah lama menggunakan bahasa ini. Memandangkan bahasa melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan persuratan, maka bahasa melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Bahasa melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak merdeka lagi apabila perkara ini termaktub dalam perkara 152

perlembagaan Malaysia sehingga sekarang menjadi penyatuan masyarakat negara di bawah bumbung integrasi. Sebagai contohnya, surat-surat rasmi kerajaan ataupun swasta dikeluarkan menggunakan bahasa melayu. Malah, borang-borang pendaftaran juga diperbuat sedemikian. HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN, Dalam sektor pendidikan pula, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa penghantar dalam sistem persekolahan tidak kira sama ada sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan. Perkara ini telah dilaksanakan mulai tahun 1983 berdasarkanLaporan Razak. Tambahan pula, asasasas pelajaran seperti 3M iaitu membaca, menulisdan mengira dititikberatkkan disamping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. Tumpuan dan penekanan adalah untuk menjuruskan pelajar-pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan. Bahasa melayu telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yangmerdeka. Menurut, Professor Dr Teo Kok Seong, maruah bangsa Malaysia terletak pada martabat bahasa melayu yang menjadi lambang kedaulatan pemerintahan dan negara. Halini kerana bahasa melayu telah mendukung peranan penting sebagai bahasa peradabandan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman kesultanan melayu Melaka, bahasa melayu digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti undang-undang. Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Bismarck dan Machiavelli yang membina negara bangsa mereka dan kuku besi, helah dan darah. Memartabatkan bahasa melayu kebangsaan harus dijadikan sebagai ramuan dalam kehidupan rakyat sejati ini. SIDANG DEWAN SEKALIAN, Disini saya ingin menegaskan bahasa penggunaan bahasa kebangsaan bergantung pada sikap individu terhadap bahasa terbabit. Dari semasa ke semasa, pelbagai kegiatanharus diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat tentang bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan kita. Penggunaanya akan memperkukuhkan perpaduan kaum, sebaliknya peminggiran bahasa akan menyebabkan kemantapan perpaduan kaum akan berkurang. Akhir kata dari saya, anak jati negeri Pahang untukmenjadi bangsa yang dihormati dan disegani, bahasa perlulah dijulang tinggi. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai