Anda di halaman 1dari 2

Refleksi.

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat rujukan beberapa jenis Tafsir Al-Quran Bahasa Melayu seperti, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Hanya maksud ayat sahaja saya perolehi. Kehendak tugasan untuk mencari asbabun nuzul, pengertian ayat dan kaitan maksud ayat dengan isu semasa memerlukan saya membuat lebih daripada usaha itu. Penguasaan Bahasa Arab saya agak terhad. Merujuk kitab-kitab bahasa arab adalah pilihan terakhir. Koleksi Tafsir milik peribadi suami membuatkan saya seperti tikus melihat besi. Saya sedar seperti sudah menjumpai beberapa maksud ayat yang amat luas. Malu bertanya sesat jalan, perasaan untuk mengetahui lebih mendalam maksud surah dalam tugasan yang diberi membuatkan saya merujuk kepada yang lebih arif iaitu Ustaz Hanit Osman di samping itu bersoal jawab dengan rakan sekumpulan agar tidak tersasar dari tajuk soalan. Maklumat yang diperoleh dirujuk pula kesahihannya kepada pensyarah mata pelajaran iaitu Al Fadhil Ustaz Harun Bin Haya. Saya berasa terhutang budi kepada para ulama yang menyusun dan mengarang kitab tafsir al-quran seperti Saya dapat mengenali jenis-jenis . beberapa jenis tafsir al-quran dan fungsi setiapnya. Semasa proses menyiapkan tugasan ini saya begitu teruja dengan ilmu tafsir al-quran. Walaupun saya hanya mengkaji 8 ayat sahaja tetapi penerangan dan maksudnya terlalu luas dan sungguh menyeronokkan. Saya seolah-olah tenggelam dalam dunia ilmu. Banyak lagi yang saya belum tahu dan saya berazam untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi jika diizinkan Allah. Menyiapkan tugasan seperti ini bukan sahaja saya memperoleh markah tetapi ia benarbenar meningkatkan iman. Susah payah Nabi Ibrahim menjalani kehidupan sebagai seorang Nabi patut dicontohi. Berbagai-bagai dugaan yang ditempuhi baginda sehingga Allah berikan gelaran Ulul Azmi. Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi juga diuji Allah, masakan saya seorang insan biasa perlu tabah dan sabar menjalani ujian kehidupan.

Surah Anbia ayat 57-65 ini meningkatkan motivasi saya sebagai individu muslim

untuk berdakwah. Perancangan, hujah ilmiah dan keberanian inilah metodologi utama
sepanjang dakwah Nabi Ibrahim. Usia baginda yang masih muda tidak disia-siakan malah menjadi penggerak ke arah kebenaran. Belia sebenarnya aset penting gerakan dakwah.

Akhir sekali, saya sangat gembira menyiapkan tugasan seperti ini dan saya berharap dapat menggunakan maklumat yang diperolehi sebaik mungkin untuk dicurahkan pula kepada anak murid kelak.

Disediakan oleh: NOR AZA BINTI YAHYA 830909-02-5094

Anda mungkin juga menyukai