Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT PROGRAM j-QAF 2013 NAMA SEKOLAH / KOD SEKOLAH SIRI KEM BESTARI

SOLAT TARIKH PELAKSANAAN / HARI MASA TEMPAT SASARAN PELAJAR(TAHUN) JUMLAH KEHADIRAN / (%) JUMLAH TIDAK HADIR JUMLAH FASILITATOR JUMLAH KOS (RM) SUMBER KOS Sek Keb Panglima Adnan NBE 2067 Kem 1 dan Kem 2 23 dan 30 .03.2013 ( Tahap 1 ) 13.4.2013 dan 28.6.2013 ( Tahap 2 ) Selepas waktu persekolahan ( 2.00 5.00 ptg ) SK PANGLIMA ADNAN Semua Pelajar Tahap 1 dan Tahap 2 95% 5% 14 orang RM 2480.00 1. PERUNTUKAN JPNS 2.

KEKUATAN PROGRAM

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna. 2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat solat fardhu. 3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. 4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna secara bersendirian atau berjemaah. 5. Merekod pencapaian murid dalam KBS secara jujur setiap kali selepas pelaksanaannya. 6. Mengeratkan ukhuwah Islamiyyah.

KELEMAHAN PROGRAM

1. Bilangan fasilitator yang tidak mencukupi . 2. Masalah kekangan masa akibat kepadatan aktiviti sedia ada yang telah disusun dalam takwim sekolah. 3. Sebanyak 28% murid yang masih lagi belum menguasai bacaan dalam solat dengan lancar 4. Kebanyakan murid yang lemah bacaan solat adalah dalam kalangan mereka yang lemah al-Quran. 5. Berlaku sedikit kesilapan teknikal semasa slot tayangan video,menyebabkan tayangan mula lambat.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Akan melibatkan guru matapelajaran lain sebagai fasilitator KBS pada kem yang akan datang. 2. Murid yang cemerlang mengusai pelakuan dan bacaan solat perlu dilibatkan sebagai fasilitator dalam program KBS 3. Membuat persediaan yang lebih awal supaya tidak berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan pembaziran masa 4. Memberi penekanan yang lebih kepada murid yang belum menguasai bacaan dalam solat pada kem yang akan datang. 5. Murid yang lemah perlu diutamakan dan dibimbing sendiri oleh GPI dan j-QAF dalam setiap aktiviti kumpulan.

CATATAN

Dari pemerhatian kem solat 1 dan kem solat 2 yang dilaksanakan,menyaksikan para peserta telah menunjukkan minat dan respon yang baik. Pelbagai pendekatan dan tunjuk ajar telah digunakan dan disampaikan oleh fasilitator untuk memantapkan para peserta tentang cara cara berwuduk dan solat dengan sempurna khususnya.

DILAPORKAN OLEH : ( Azuhan b Che Othman

DISAHKAN OLEH : . (Pn. Saniah bt Abdul Samad )

Penyelaras KBS SK Panglima Adnan

Guru Besar SK Panglima Adnan

Anda mungkin juga menyukai