Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis Yang Berusaha Puan Lee Yoke Yee, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya,

Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-ketua Unit,

Pensyarah-pensyarah Kanan,

Pensyarah-pensyarah,

Staf-staf sokongan,

para Juri, para peserta dan seterusnya tuan-tuan dan puanpuan sekalian.

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat keizinan dan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun di dewan ini sempena majlis perasmian pertandingan Inovasi peringkat Zon Sabah buat kali ke.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota yang terlibat dan bertungkus lumus untuk menjayakan pertandingan Inovasi zon sabah bagi tahun 2013 ini.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Tema pertandingan Inovasi pada tahun ini adalah

Inovasi adalah proses apabila sesuatu idea baru diterjemahkan ke dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi. Ia boleh ditafsirkan sebagai cetusan idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan dan mampu menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada.

Pada Hari ini, inovasi bukan sahaja menjadi kunci kejayaan kepada sesebuah organisasi, malah ia juga berperanan melonjakkan kemajuan sesebuah negara dan mengukuhkan kedudukan negara tersebut di dalam ranking daya saing global. Inovasi yang dihasilkan bukanlah bertujuan menyertai pertandingan atau mendapat pengiktirafan semata mata, sebaliknya tumpuan hendaklah diberi kepada galakan inovasi berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam itu sendiri.

YAB Perdana Menteri DATUK SERI NAJIB RAZAK pernah menyatakan bahawa INOVASI merupakan satu agenda penting dalam transformasi semua sektor awam (GTP). Beliau menyatakan salah satu nilai asas bagi melengkapkan tiang utama adalah Membudayakan kreativiti dan Inovasi Petikan ucapan YAB Mahu tidak mahu para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. Saya tidak mahu budaya automation menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaianpenyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

Saya ingin mencadangkan supaya kita semua haruslah member komitmen dalam membudayakan inovasi melalui perancangan yang komprehensif dan berterusan yang tidak hanya untuk menyertai pertandingan sahaja. Adalah wajar bagi kita meningkatkan program inovasi secara berterusan. Mekanisma yang sedia ada hendaklah aktif dan berupaya menggerakkan usaha-usaha inovasi. Kita hendaklah terus berusaha meningkatkan kecekapan dan berpegang kepada falsafah penambahbaikan yang berterusan, iaitu hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini.

Sebagai mengakhiri kata-kata, dengan lafaz BISMILLAH saya dengan ini MERASMIKAN Majlis pertandingan Inovasi zon sabah bagi Tahun 2013. Diharapkan semua warga dapat memperlihatkan satu usaha dan daya saing yang tinggi serta memberikan komitmen yang berterusan ke arah mencapai matlamat pertandingan ini melalui pendekatan yang kreatif dan berinovatif.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai