Anda di halaman 1dari 10

Bismillahir-Rahmanir-Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sejahtera

Saudara dan saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha En. Shaari bin Osman Timbalan Pengarah Institut Perguruan Darulaman, Yang Berusaha Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Cemerlang IPDA Tuan Haji Khalid bin Abdullah, Yang Berusaha Tuan-Tuan dan Puan-Puan Ketua-Ketua Jabatan Yang diraikan penerima-penerima anugerah cemerlang 2007, Para pensyarah, staff akademik dan bukan akademik Institut Perguruan Darulaman

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, pada petang ini kita dapat meraikan sekali lagi Majlis Anugerah Cemerlang IPDA 2008.

Terlebih dulu, saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah, iaitu seramai 81 orang, di mana 16 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 17 orang menerima Anugerah Anjakan Gaji 2007, 19 orang menerima Anugerah Kenaikan pangkat Mulai 2007, seorang penerima Anugerah Tamat Pengajian Sarjana, 9 orang penerima Anugerah Seri Setia IPDA, 3 orang penerima Anugerah Pembentangan Kertas Kerja, 10 orang penerima Anugerah Penulisan Jurnal IPDA 2007, seorang penerima Anugerah Penulisan Teks dan Bahan Ilmiah, dan 2 orang penerima Anugerah Khas Sumbangan Komuniti.

Saya yakin bahawa pemilihan telah dibuat dengan tepat dan semua penerima telah menjadikan kualiti sebagai asas kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas masing-masing sepanjang tahun 2007.

Tuan-tuan dan puan-puan

Inilah masa dan ketikanya untuk kita melihat PIPP lebih jauh dari sasaran masa dan matlamatnya. PIPP menjadi asas kepada pemerkasaan pendidikan untuk perjalanan dan gagasan perjuangan kita 50 tahun yang akan datang.

Begitulah petikan ucapan daripada YB. Dato Seri Hasihamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia sempena Perutusan Hari Guru Tahun 2008. Petikan ucapan daripada beliau wajar diberi perhatian oleh semua warga pendidik dalam usaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan, seterusnya menerusi peningkatan

profession keguruan, maka misi nasional dapat disempurnakan. Melalui pendidikan, seharusnya masyarakat menyedari betapa pentingnya membantu anak-anak muda memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan dalam usaha merealisasikan misi nasional ini.

Profession keguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profession ini merupakan profession yang paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Guru juga merupakan golongan terpilih yang berdada di barisan hadapan dalam menjayakan dan menyempurnakan misi nasional.

Sesungguhnya, para pendidik hari ini, telah memainkan perana penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Para pendidik hari ini telah berjaya membuktikan

bahawa mereka dapat mengimbang kewujudan integrasi nasional yang menja min keamanan dan kesejahteraan negara.Tanpa guru, penerapan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama, maka perpaduan kaum tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, elemen penting yang hendak dicapai dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan integrasi nasional tidak akan terpenuhi.

Tuan-tuan dan puan-puan

Justeru itu, IPDA sebagai sebuah institusi perguruan harus mampu memainkan peranannya secara berkesan agar dapat menghasilkan produk guru yang berkualiti, yang diperkirakan mampu untuk

meralisasikan segala hasrat dan aspirasi kerajaan. Kerjabuat yang berkualiti dari pihak IPDA akan menghasilkan produk yang berkualiti.

Dewasa ini, manusia begitu prihatin mengenai mutu atau kualiti dalam semua aspek kehidupan. Semua orang mengejar kualiti. Demikianlah halnya dengan perkhidmatan pendidikan negara yang kini sedang pesat membangun dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Semua perkembangan ini memerlukan para pendidik negara bersedia untuk menghadapi dan menyahut cabaran terutama dalam aspek memberikan pendidikan yang berkualiti disemua peringkat pendidikan.

Tuntutan sosial terhadap para pendidik bagi mencapai satu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang hendaklah dilihat secara positif. Seluruh wara pendidikan termasuk kakitangan sokongan bukan akademik juga mestilah sama-sama berkongsi visi bagi mencapai matlamat negara untuk mrenjadikan pendidikan negara kita bertaraf dunia.

Penghasilan kerja yang berkualiti menuntut berlakunya anjakan paradigma dalam diri kita. Seperti yang telah kita maklum bahawa paradigma adalah satu set tatacara kita melakukan penilaian terhadap

maklumat-maklumat dan kemudiannya menjadi pegangan hidup. Paradigma berguna dalam banyak hal tetapi ia juga boleh menjadi penghalang sesuatu peluang daripada kita hanya kerana rangka rujukan kita (paradigma) tidak menyedari kewujudan peluang-peluang tersebut. Hidup dalam satu paradigma seperti melihat dari sebuah jendela yang sama hingga akhirnya kita hanya melihat segemen yang kecil sahaja daripada keseluruhan dunia. Mengubah paradigma samalah seperti menemui jendela baru di mana kita lihat semua perkara baru atau perkara-perkaray ang lama tetapi dengan berbagai cara dan dari beberapa sudut yang berlainan.

Budaya kerja cemerlang yang berteraskan kualiti bertujuan meningkatkan produktivi dan daya saing. Bagi mencapai maksud ini tiga aspek iaitu pengurusan, kualiti dan kawalan kualiti mestilah disepadukan bagi mewujudkan kepastian kualiti. Kepastian kualiti bermaksud kualiti produk memenuhi jangkaan pelanggan. Kepastian kualiti dapat dicapai konsep Tanpa Cacat (Zero Defect) dapat direalisasikan. Terdapatnya wawasan organisasi yang jelas bagi semua orang; mempunyai budaya perancangan

strategik berdasarkan maklumat; semua ahli organisasi mestilah komited dalam melaksanakan tugas; dan bersedia mengubah serta mewujudkan sistem pengesanan yang berkesan, cekap dan berterusan, merupakan parsyarat bagi Konsep Tanpa Cacat (Zero Defect)

Menurut mereka yang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan, sesuatu gagasan yang pada kebanyakan orang dilihat sebagai mustahil, tetapi tidak bagi mereka. Sesuatu yang dianggap sukar dan berat bagi orang lain, bagi mereka yang cemerlang, ianya merupakan cabaran yang sedia dihadapi. Inilah kunci kejayaan mereka yang cemerlang. Kita juga mampu menjadi seperti mereka. Kita hanya perlu mengubah paradigma dan meningkatkan motivasi kendiri dengan smenagat jaya yang baru.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari

Kalau rotan dipanjat benalu Sekerat disimpan dalam bakul Kalau beban sudah ke bahu Berat ringan wajib dipikul Tinggi bukit gilang gemilang Air laut tenang-tenangan Budi sedikit tidakkan hilang Itu menjadi kenang-kenangan

Akhir kata, sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Cemerlang IPDA 2008 yang telah bertungkus-lumus memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar. Saya berharap agar semua

kakitangan IPDA dapat menjadikan aspekkualiti sebagai teras dalam perkhidmatan mereka untuk memacu kecemerlangan dalam sistem pendidikan guru di Malaysia.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai