--------------------------------------------------------------------------
1 Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam
1.2 Suruhan Allah terhadap orang bukan Islam yang berminat kepada Islam
- Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta
perlindungan
- Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka
- Hendaklah dihantar ke tempat yang aman
1.3
ialah orang bukan Islam yang ingin meminta perlindungan
1.7 Strategi dakwah kepada orang bukan Islam yang berminat dengan ajaran Islam
- Menunjukkan contoh teladan yang baik
- Berusaha menyampaikan ajaran Islam dengan
- cara yang berkesan seperti mengunakan televisyen, radio, internet, buku dll.
Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 2
--------------------------------------------------------------------------
- Ujudkan suasana yang aman dan menjaga hubungan baik dengan mereka
1.8 Alat teknologi moden berdakwah di Malaysia
- Televisyen
- Radio
- Internet
- Bahan cetak – surat khabar
- Bahan bacaan- buku agama
1.12 Cara membuktikan kepada orang bukan Islam bahawa agama Islam adalah agama
kedamaian
- Mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan seharian
- Bergaul dengan kawan-kawan bukan Islam dengan cara yang baik
- Tidak bertindak kasar terhadap mereka
2.5 Bukti menunjukkan bahawa Rasulullah seorang yang mengasihi dan menyayangi
umatnya
- Baginda sangat mengambil berat tentang kebajikan umatnya
- Baginda sangat belas kasihan kepada orang mukmin
- Baginda sangat berharap umatnya mendapat hidayat Allah swt
Peristiwa dakwah Rasulullah saw ke Thaif bersama Zaid bion Harisah untuk
berdakwah kepada Bani Thaqif, baginda telah disambut dengan caci dan hamun serta
dilontar dengan batu sehingga berdarah kakinya. Malaikat Jibrail datang menawarkan
diri untuk menghempapkan bukit Thaif ke atas penduduknya tetapi Rasulullah saw
menolak tawaran tersebut dan berdoa
Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 5
--------------------------------------------------------------------------
3.1 Terjemahan:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah
tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya.
Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 7
--------------------------------------------------------------------------
3.5 Sebab Allah memerintah supaya memelihara mata daripada melihat perkara haram
- Kerana perbuatan itu boleh merosakkan hati
- Mata digunakan untuk melihat ayat-ayat Al-Quran dan kebesaran Allah swt
3.6 Rasulullah melarang daripada duduk ditepi jalan. Sekiranya perlu juga untuk duduk
di tepi jalan, kita hendaklah menjaga adab-adab tertentu.
Adab-adab tersebut ialah :
- Menundukkan pandangan,
- Tidak menyakiti orang lain,
- Menjawab salam,
- Menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar.
Ketika bersama dengan perempuan bukan Islam - seluruh tubuh badan kecuali
muka dan kedua tapak tangan
Ketika bersama dengan lelaki bukan muhram - seluruh tubuh badan kecuali muka
dan kedua tapak tangan
Hidayat Pancaindera
Hidayat manusia dapat mengenali dan membezakan sesuatu melalui pancaindera
iaitu pengelihatan atau pendengaran - umpamanya kanak-kanak mendengar suara
ibu bapanya melalui deria pendengaran.
Hidayat agama
Hidayat yang menyelamatkan seseorang daripada kesesatan kepada kebenaran
dan beriman kepada Allah. Hidayat ini mendorong seseorang melakukan kebaikan
dan meninggalkan kejahatan.
Hidayat taufik
Hidayat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada sesiapa yang dkehendaki.
4.12 Perbandingan di antara orang yang berilmu yang beramal dengan orang yang berilmu
tidak beramal
Orang yang berilmu yang beramal boleh menjadi hamba Allah yang soleh
Orang yang berilmu yang tidak beramal lalai dan menderhaka kepada Allah
Orang yang berilmu yang beramal disayangi Allah
Orang yang berilmu yang tidak beramal dimurkai Allah
4.13 Membandingkan antara ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah
- Ilmu fardu ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam bagi
menyempurnakan kehidupan dunia dan agamanya
Contohnya ilmu tentang cara mengerjakan solat, puasa dan membaca Al-Quran
- llmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam. Kewajipan
tersebut akan gugur apabila sebahagian umat Islam melakukannya.
Contohnya ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan dan perundangan
6.1 Terjemahan
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan
(ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,
supaya mereka memikirkannya.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang
Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Tilawah Kefahaman al-Quran 16
--------------------------------------------------------------------------
ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
6.3 Perbandingan antara bukit dan orang yang ingkar kepada Allah
- Perbandingan keingkaran manusia menerima al-Quran sebagai pegangan hidup
dengan sifat bukit yang hancur berkecai apabila al-Quran diturunkan ke atasnya
- Perbandingan ini adalah sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati
dan bersikap kasar
- Peringatan ini juga ditujukan kepada orang yang tidak khusyuk ketika membaca
al-Quran. Sekiranya bukit mendengar ayat-ayat Allah swt maka akan hancur
berkecailah bukit tersebut kerana takut kepada Allah
Al-Musawwir
Al-Hakim
6.7 Cara makhluk selain daripada manusia tunduk dan patuh kepada Allah.
- Sentiasa bertasbih kepada Allah
- Sentiasa mengikut segala ketentuan dan peraturan yang telah ditetap oleh Allah
-
6.8 Langkah untuk menjadi orang yang menghayati al-Quran.
- Istiqamah dalam membaca al-Quran
- Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian
- Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran
- Membaca Al-Quran dengan bertajwid dan bertarannum