Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA

DEFINISI KERTAS KERJA


Kertas ialah bahan untuk menulis atau mencatatkan

sesuatu perkara.
Kerja bermaksud kegiatan yang bertujuan

menghasilkan atau menyediakan sesuatu.

Oleh itu, kertas kerja bermaksud

Hasil usaha tentang sesuatu yang ditulis atau dicatatkan di dalam kertas untuk dibentangkan kepada orang ramai atau kumpulan dalam seminar atau bengkel

Kertas kerja perlulah diserahkan terlebih dahulu untuk disemak dengan teliti bagi menentukan cadangancadangan yang disebutkan diluluskan ataupun sebaliknya.

Kertas kerja haruslah disediakan dengan baik & rapi,

terutamanya bagi projek-projek yang memerlukan


perbelanjaan yang besar.

GAYA BAHASA KERTAS KERJA


Ciri-ciri umum kertas kerja ceramah :

1. Tajuk
2. Nama penceramah 3. Nama institusi

4. Abstrak (sinopsis/ringkasan)
5. Pengenalan 6. Perkaedahan

7. Keputusan
8. Perbincangan 9. Rujukan

10. Lampiran

Ciri-ciri umum kertas kerja projek / kajian : 1. Tajuk

2. Rasional
3. Objektif/matlamat 4. Jangkamasa yang diperlukan

5. Kumpulan sasaran
6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian/projek

7. Kewangan-perbelanjaan yang diperlukan


8. Penubuhan jawatankuasa 9. Menentukan jadual tugas

10. Pelaksanaannya

CARA MENULIS KERTAS KERJA


a)

Tajuk

Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut.


Tajuk hendaklah merangkumi semua idea utama

yang hendak disampaikan.


Tajuk hendaklah ringkas, seelok-eloknya tidak melebihi 15 patah perkataan.

b) Nama penulis dan Institusi

Nama penulis hendaklah ditulis penuh.


Nama institusi, tempat, projek atau kajian dilaksanakan hendaklah ditulis juga. Nama penulis pula hendaklah dituliskan tanpa gelaran. Contoh : Mohamad Shahrul Amin bukannya Tan Sri Dr. Mohamad Shahrul Amin

c) Abstrak

Merupakan kandungan dan tujuan penulis kertas kerja tersebut


dibuat.

Abstrak tidak perlu ditulis terlalu panjang, memadai sekadar antara


100 hingga 150 patah perkataan.

d) Pengenalan

Memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk secara menyeluruh tetapi ringkas. Pendahuluan juga mengatakan apa yang hendak disampaikan atau diperkatakan dalam kertas kerja itu.

Pendahuluan biasanya dibuat lebih kurang dalam satu


muka kertas kerja sahaja.

e) Objektif

Matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja


tersebut. Merupakan idea penulis dan menentukan daya penarik kepada peserta untuk mendengar atau menilai isi kertas kerja berkenaan. Objektif ditulis mengikut pecahan dengan menggunakan nombor seperti 1.1.1, 1.1.2, 1.1.3, 2.1.2 dan seterusnya.

f)

Petikan

Segala petikan yang diambil dalam kertas kerja hendaklah disemak mengikut sumber asal dan dinyatakan sumbernya.

Kandungan petikan hendaklah sebagaimana yang asal, iaitu tidak dibuat sebarang pindaan atau perubahan.

g) Senarai Rujukan, Bibliografi dan Nota Rujukan

Senarai rujukan : bahan-bahan khusus yang menyokong sesebuah kertas kerja (khususnya kertas kerja ceramah). Setiap rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah dicatat dalam senari rujukan.

Bibliografi : nama-nama buku yang menjadi panduan yang mencatatkan bahan-bahan kerja yang menjadi latar belakang atau untuk bacaan lanjutan kepada pembaca yang berminat. Bibliografi dituliskan di bahagian akhir sesuatu kertas kerja.

Nota Rujukan : catatan bahan-bahan atau kerja-kerja

yang sukar diperolehi misalnya laporan yang terhad


sahaja. Walaupun senarai rujukan dan nota rujukan

berlainan sedikit dengan bibliografi tetapi cara menaipnya


adalah sama.

CARA MENAIP
Gunakan kertas taip berukuran A4. Tinggalkan jarak anggaran dua inci di sebelah tepi kiri kertas taip.

Jarakkan satu setengah inci di bahagian tepi sebelah


kanan dan juga di bahagian atas dan bawah.

1 inci

2 inci

1 inci

1 inci

KEBAIKAN KERTAS KERJA


1. Dapat memberi faedah dan pengetahuan kepada pembaca kerana ia mengandungi pelbagai bahan yang diperlukan daripada bahan ilmiah sehingga kepada bahan tentang sesuatu projek kerajaan/swasta yang besar.

KELEMAHAN KERTAS KERJA


1. Penghasilan penulisan kertas kerja mengambil masa

yang agak lama, tenaga yang banyak dan kos yang agak
tinggi juga. 2. Penekanan yang berlainan haruslah diberikan untuk menghasilkan contoh kertas kerja untuk membentangkan cadangan sesuatu projek dan juga kertas kerja sesuatu

projek/kajian. Perlu membuat penulisan yang tepat dan


teliti sesuai dengan tujuan kertas kerja.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai