Anda di halaman 1dari 3

T E K S

P E N G A C A R A

M A J L I S

M A K A N

M A L A M

Mengumumkan ketibaan|Yang Berbahagia|Prof. Tan Sri Dato Wira| Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Syahabudin,| Naib Canselor| Universiti Kebangsaan Malaysia| diiringi Prof. Dr. Noriah Binti Mohd Ishak,| Pengarah Pusat PERMATApintar Negara. (Gamelan) Para hadirin diminta berdiri. Nyanyian lagu Negaraku. (Negaraku) Para hadirin dipersilakan duduk. Yang Berbahagia| Prof. Tan Sri Dato Wira| Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Syahabudin,| Naib Canselor| Universiti Kebangsaan Malaysia,| Yang Dihormati| Prof. Noriah Binti Mohd Ishak|, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara,| Yang Berusaha| Dr. Melur Binti Md Yunus|, Timbalan Pengarah Pusat PERMATApintar Negara,| profesor-profesor,| mentor-mentor penyelidikan,| instruktor-instruktor,| guru-guru pengiring| dan pelajar-pelajar sekalian.| Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya,| dapat kita bersua| di majlis perasmian dan makan malam bagi program| Future Scientist Conference| for the Gifted and Talented Students.| Kami, wakil pihak Pusat PERMATApintar Negara| mengucapkan selamat datang| kepada hadirin dan hadirat sekalian. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Bagi memberkati majlis kita pada malam ini,| dijemput| saudara Mohd Ikmal bin Abdullah untuk membacakan doa. Dipersilakan. Amin Ya Rabbal Alamin. Moga diberkati majlis ini hingga ke penghujungnya.

Buat pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian,| persidangan ini pertama kali dianjurkan| oleh pihak Pusat PERMATApintar Negara.| Tujuan persidangan ini dianjurkan adalah| untuk mendedahkan pelajar-pelajar| kepada pembentangan hasil penyelidikan| yang dijalankan sepanjang tahun| oleh pelajar tahap 2 Program Pendidikan PERMATApintar Negara.| Pada waktu yang sama,| pelajar-pelajar juga dapat menambah ilmu pengetahuan| melalui bengkelbengkel penyelidikan| yang bakal diadakan pada hari kedua. Tanpa membuang masa,| dijemput Prof Dr. Noriah Bt Mohd Ishak,| Pengarah Pusat PERMATApintar Negara| untuk menyampaikan ucapan beliau.| Dengan segala hormatnya dipersilakan.|

Terima kasih diucapkan kepada| Prof Dr. Noriah| atas ucapan beliau sebentar tadi.

Kini, dijemput pula| Prof. Tan Sri Naib Canselor| untuk memberikan sepatah dua kata| dan seterusnya merasmikan| Future Scientist Conference| for the Gifted and Talented Students tahun 2012. Sekali lagi, dijemput Prof. Tan Sri Naib Canselor| untuk membunyikan gong| sebagai simbolik perasmian| Future Scientist Conference| for the Gifted and Talented Students tahun 2012.| Dipersilakan. (Persembahan video oleh Kelab Multimedia) Terima kasih diucapkan kepada Prof. Tan Sri Naib Canselor atas kesudian merasmikan majlis kita pada malam ini. Siakap sudah gelama pun sudah Keli saja belum lagi Bercakap sudah mendengar pun sudah Makan saja belum lagi Sebelum hadirin sekalian menjamu selera, dijemput sekali lagi, Mohd Ikmal Bin Abdulah untuk membacakan doa. Amin Ya Rabbal Amin. Makan malam dihidangkan. Selamat menjamu selera. (Gamelan)

Hadirin sekalian,| majlis kita akan diserikan lagi| dengan persembahan oleh pelajar-pelajar Program Pendidikan Permata Pintar Negara. Persembahan pertama merupakan persembahan tradisional| oleh ahli Kelab Seni Tari dan Muzik| dan saudari Shubatra a/p Nahentara Raj.| Persembahan ini merupakan medley tarian| yang menggabungkan tarian tradisional Melayu Johor, Zapin| dan tarian tradisional India Bharatanatyam. Saksikanlah! (Persembahan tarian) Seterusnya, bagi melengkapkan acara pada malam ini,| dijemput kumpulan Akoustika PERMATA| untuk mendendangkan tiga buah lagu iaitu Sahabat,| Im Yours dan lagu Anak Kampung, buat pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, sahabat merupakan lagu nukilan salah satu ahli kumpulan akoustik ini iaitu saudara Safwan bin Ibrahim (Persembahan Akoustik)

Sekarang,| kita saksikan pula persembahan nyanyian solo daripada saudari Nur Azzyati Ghazali| dengan lagu Standing in The Eyes of the World| dan disusuli pula dengan deklamasi sajak |bertajuk Kita adalah Pejuang Bangsa oleh saudari Nur Alya Abdul Razak Tuan-tuan dan puan-puan,| terimalah persembahan penutup untuk majlis kita malam ini iaitu tarian sewang. Makan sudah, persembahan pun sudah. Majlis kita sudah menghampiri penghujungnya. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi. Terima kasih diucapkan kepada Prof. Tan Sri Naib Canselor,| VIP-VIP, |tetamu-tetamu jemputan|, instructor-instruktor, guru-guru pengiring| dan pelajar-pelajar sekalian| kerana sudi hadir| bagi menjayakan majlis kita pada malam ini.| Sekian saja daripada saya Junaid bin Ibrahim| dan saya Nur Izzati Huda Binti Zulkarnain.| WabillahSelamat Malam dan Selamat Maju Jaya. Terima kasih. (VIP keluar-Gamelan)

Anda mungkin juga menyukai