Anda di halaman 1dari 2

Doa ibu bapa di kala anak sedang periksa Posted by Jamaliah Malia on 9:11 AM Peperiksaan SPM tinggal beberapa

hari sahaja lagi. Tentunya anak-anak kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut, peperiksaan yang akan menentukan nasib mereka. Kalau baik keputusan boleh teruskan pengajian ke peringkat tinggi di universiti pilihan, tetapi kalau keputusan kurang memberangsangkan terpaksalah kita cari pilihan lain untuk meneruskan pengajian. Semestinya semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Sebab itu ibu bapa sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk hantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tusyen supaya anak-anak mereka benar-benar bersedia semasa peperiksaan nanti. Sebenarnya usaha kita bukan terhenti setakat itu sahaja. Malah semasa anak-anak di dalam dewan peperiksaan ibu bapa masih boleh membantu anak-anak dengan amalan-amalan dan doa-doa memohon supaya anak-anak mereka dipermudahkan menjawab semua soalan dengan betul dan tepat. Antara amalan-amalan yang boleh di buat oleh ibu bapa adalah seperti berikut. Malah ianya boleh dilakukan di mana sahaja samada di rumah mahupun di pejabat.
Ambil

wudhuk Menghadap kiblat


Baca Baca Baca Baca

syahadah 3 kali Al Fatihah 10 kali 3 Qul 1 kali suruh Insyirah 1 kali atas nabi 10 kali

Selawat Baca

surah Yasin 1 kali

Baca

Surah Insyirah 100 kali

Niatkan dalam hati supaya Allah S.W.T permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang. Sesungguhnya antara doa yang mujarab adalah doa ibu bapa terhadap anaknya.

Anda mungkin juga menyukai