Anda di halaman 1dari 4

PUTERA BESAR LAHIR KE DUNIA

SINOPSIS
Tuan Puteri Nur Lela telah memelihara putera kepada adindanya, iaitu Bujang Selamat. Bujang
Selamat telah dididik dengan sempurna. Pada masa yang sama. Tuan Puteri Nur Lela telah hamil anak
kedua. Semasa Tuan Puteri gering kerana hendak melahirkan anak, baginda sultan berasa amat risau lalu
memanggil kesemua tujuh bidan, bomoh, tabib, dan dukun untuk membantu. Tetapi sebelum itu, Tuan
Puteri telah berwasiat kepada baginda Sultan agar menjaga anakanda mereka, Tuan Puteri Lindungan Bulan
dengan baik. Setelah Tuan Puteri Lindungan Bulan dewasa kelak, dia haruslah dikahwinkan dengan Bujang
Selamat. Jikalau wasiat itu tidak ditunaikan oleh baginda Sultan, Bujang Selamat, dan Puteri Lindungan
Bulan, maka ketiga-tiga mereka akan disumpah. Setelah menyampaikan wasiatnya, Tuan Puteri Nur Lela
pun melahirkan seorang putera bersama-sama sebilah parang puting dalam keadaan yang luar biasa. Sejurus
selepas itu, Tuan Puteri Nur Lela pun mangkatlah. Semua rakyat jelata berdukacita. Manakala baginda
Sultan dan Tuan Puteri Lindungan Bulan pengsan kerana teramat sedih.

TEMA
Pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan anak.

PERSOALAN
Kelahiran seorang putera yang luar biasa.
Ajal dan maut di tangan Tuhan
Wasiat yang harus dipatuhi
Kesedihan kerana ditinggalkan insan yang disayangi

WATAK & PERWATAKAN


TUAN PUTERI NUR LELA

Merupakan permaisuri sultan. Baginda mempunyai seorang puteri bernama Tuan Puteri
Lindungan Bulan. Bersikap penyayang. Walaupun Bujang Selamat merupakan putera kepada adindanya,
namun Tuan Puteri menyayangi dan memeliharanya seperri anak sendiri. Tuan puteri juga mementingkan
ilmu dunia dan akhirat. Baginda mendidik Bujang Selamat dengan ilmu agama dan duniawi. Baginda juga
kuat semangat dan tabah. Baginda gigih berusaha sedaya upaya untuk melahirkan putera yang kedua
dengan selamat walaupun terpaksa menahan kesakitan. Mangkat selepas melahirkan Putera Besar.
Berwasiat agar anakandanya Puteri Lindungan Bulan dikahwinkan Dengan Bujang Selamat apabila cukuo
umur mereka berdua. Mengandungkan Putera Besar selama 12 bulan.

BAGINDA SULTAN BUJANG SELAMAT PUTERI LINDUNGAN


BULAN
 Seorang sultan di sebuah  Anakanda kepada adinda sultan  Puteri sulung sultan dan
negeri.  Dipelihara oleh Tuan Puteri Nur permaisuri Nur Lela
 Suami kepada Tuan Puteri Lela dan sultan  Dijodohkan dengan Bujang
Nur Lela.  Sepupu kepada Tuan Puteri Selamat , sepupunya sendiri
 Ayahanda kepada Puteri Lindungan Bulan  Amat menyayangi bondanya
Lindungan Bulan dan Putera  Berjaya menamatkan pengajian sehingga pengsan apabila
Besar. al-Quran, nahu, mantik, dan mendapati bondanya telah
 Memelihara anakanda makna sewaktu berumur 12 mangkat
saudaranya, Bujang Selamat. tahun. Selepas itu, mempelajari  Cantik, bersopan-santun, dan
 Seorang penyayang terhadap ilmu keduniaan berbudi bahasa.
isteri dan anak-anaknya.  Berguru dengan Tuan Kadi  Dijodohkan dengan Bujang
 Memenuhi wasiat  Dijodohkan dengan Tuan Puteri Selamat setelah dewasa
permaisurinya. Lindungan Bulan mengikut wasiat bondanya.
 Pengsan sewaktu melihat
permaisurinya mangkat.

PLOT
PERMULAAN / EKSPOSISI
Cerita bermula dengan Bujang Selamat, anakanda saudara sultan mempelajari ilmu al-Quran, nahu, mantik, dan lafaz
dengan Tuan Kadi sehingga tamat pengajian apabila Bujang Selamat berumur 12 tahun
PERKEMBANGAN
Cerita berkembang dengan kisah Tuan Puteri Nur Lela, permaisuri sultan hamil selama 12 bulan. Kandungan
permaisuri sudah cukup tempohnya untuk bersalin. Bidan ketujuh, isteri pembesar, tabib, dan dukun diperintahkan oleh
sultan untuk ke istana bagi membantu permaisurinya.
KONFLIK / PERUMITAN
Tuan Puteri Nur Lela mengalami kesulitan untuk bersalin dan baginda semakin gering. Lalu baginda mewasiatkan
kepada baginda sultan agar sekiranya baginda mangkat, peliharalah puteri sulung mereka dengan baikdan
mengahwinkannya dengan Bujang Selamat apabila cukup umur nanti. Jika baginda sultan mengingkari wasiat baginda,
nescaya akan ditimpa bencana.
PUNCAK / KLIMAKS
Tuan Puteri Nur Lela mangkat selepas melahirkan seorang putera yang diberi nama Putera Besar. Sultan dan anakanda
Puteri Lindungan Bulan pengsan.
PELERAIAN
Rakyat jelata turut bersedih. Apabila sultan dan Puteri Lindungan Bulan tersedar, mereka menangis kehibaan kerana
kehilangan orang yang tersayang. Puteri Lindungan Bulan dipujuk oleh pengasuh.

GAYA BAHASA
BAHASA Penggunaan bahasa berirama dalam cerita ini menambahkan keindahan. Tradisi penulisan prosa
BERIRAMA klasik memang memuatkan bahasa berirama. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran
yang jelas tentang sesuatu kejadian atau peristiwa. Terdapat lima kali penggunaan bahasa
berirama dalam cerita sama ada 2 baris serangkap, 6 baris serangkap, 7 baris serangkap, atau 9
baris serangkap.
 Contoh:
• Tiga bilah lantai terpatah
Tiga gelegar yang patah
BAHASA KLASIK  Contoh:
• Elang- burung helang
• Mengelit- terbang melayang
• Buntar- bulat di tengah-tengah
• Selangkas- suatu musim yang lengkap
BAHASA ARAB  Contohnya:
• Insya- Allah
• Kalbu
• Khatam
• Al- Quran
REPETISI Pengulangan perkataan atau frasa tertentu dalam cerita ini bertujuan untuk menekankan mesej
yang hendak disampaikan.
 Contohnya:
• ...masing-masing dengan kerjanya, ada yang mengambil air hangat, ada yang
mengambil air dan kayu, ada yang membakar rabun, ada yang menyembur
kunyit terus ke serata-rata tempat Tuan Puteri gering itu.
(Pengulangan frasa ada yang memberikan mesej saling bekerjasama @
bergotong-royong melakukan kerja)

ANAFORA Pengulangan di awal baris. Contohnya:


• Kalau diukur sama panjang,
Kalau dibidassama besar,
Kalau peroman sama baik
(Pengulangan perkataan kalau di awal baris)
SIMILE Kata-kata perbandingan yang menggunakan perkataan seperti, laksana, umpama, macam,atau
bak. Contohnya:
• Huru haralah bunyinya di dalam istana baginda laksana katak diharung oleh
pekik raung sawan inang pengasuh dan dayang-dayang.
BAHASA ISTANA Penggunaan laras bahasa istana amat bersesuaian dengan cerita golongan bangsawan.
 Contohnya:
• Gering – sakit
• Beta – saya
• Patik – saya
• Mangkat – meninggal dunia
• tuanku

LATAR TEMPAT LATAR MASA LATAR MASYARAKAT


 Istana sultan dan  Zaman dahulu, ketika  Golongan rakyat jelata yang bertugas
permaisuri Tuan masyarakat tradisional yang untuk raja serta taat setia yang tidak
Puteri Nur Lela mengamalkan sistem feudal berbelah bagi kepada sultan.
 Rumah Tuan Kadi, (sistem pemerintahan beraja)  Masyarakat yang mengajar ilmu
iaitu tempat Bujang pengetahuan kepada penduduk
Selamat menuntut terutama ilmu agama , iaitu Tuan
ilmu Kadi.

NILAI MURNI
AMANAH Kita hendaklah amanah, iaitu menunaikan segala wasiat atau amanat yang ditinggalkan
kepada kita. Sikap menunaikan amanah ini merupakan amalan yang terpuji.
RAJIN Kita hendaklah rajin menuntut ilmu pengetahuan, sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat.
Orang yang menuntut ilmu akan dihormati dan disanjung tinggi oleh golongan masyarakat.
KASIH SAYANG Kasih sayang merupakan suatu nilai yang amat tinggi. Pupuklah kasih sayang antara ibu
dengan anak, ayah dengan anak, dan suami dengan isteri demi kebahagiaan keluarga.
MENGHORMATI Amalan menghormati orang yang lebih tua daripada kita sama ada ibu bapa atau guru
ORANG TUA merupakan suatu amalan yang baik. Sikap sebegina harus diamalkan supaya menjadi teladan
kepada orang lain.
TOLONG- Semangat tolong-menolong dan bekerjasama seperti yang ditunjukkan oleh rakyat jelata
MENOLONG semasa Tuan Puteri Nur Lela sedang gering merupakan amalan yang patut diamalkan oleh
generasi muda.
PUTERI BULUH BETUNG

SINOPSIS CERITA
1. Raja Muhammad dan rakyat jelata menebas hutan rimba. Baginda menemukan serumpun pokok
buluh betung yang sangat tebal.
2. Raja Muhammad menebas rumpun buluh betung tersebut setelah rakyat sekalian gagal menebasnya
kerana buluh itu tumbuh semula.
3. Di tengah-tengah rumpun buluh itu, Raja Muhammad ternampak rebung buluh yang sebesar
tubuhnya. Baginda cuba menebas tetapi baginda mendapati ada seorang kanak-kanak perempuan
yang cantik di dalam rebung itu.
4. Raja Muhammad yang tidak mempunyai puteri terus mengambil kanak-kanak itu untuk menjadi
anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Buluh Betung.
5. Raja Muhammad dan permaisuri amat menyayangi Puteri Buluh Betung. Wajahnya semakin cantik
apabila umurnya meningkat remaja.
6. Berita Raja Muhammad mendapat anak daripada buluh betung diketahui oleh kakanda Raja
Muhammad iaitu Raja Ahmad.
7. Raja Ahmad datang ke istana untuk melihat rupa paras Puteri Buluh Betung yang cantik jelita itu dan
baginda turut terpegun.
8. Raja Ahmad keluar berburu di dalam hutan. Baginda gagal mendapatkan seekor binatang pun.
Sewaktu baginda pergi ke sebuah surau di dalam hutan, baginda berjumpa dengan seorang tua.
9. Orang tua itu memberitahu Raja Ahmad bahawa baginda akan mendapat anak lelaki yang dijaga
oleh seekor gajah yang besar bernama Bujang Sakalis. Kanak-kanak itu duduk di atas kepala gajah.
10. Raja Ahmad bercadang ingin mendapatkan kanak-kanak itu dengan menggunakan tipu muslihat.
Raja Ahmad melarikan kanak-kanak itu sebaik sahaja Bujang Sakalis menyiram badannya di sungai
manakala kanak-kanak itu diletakkan di tebing sungai. Bujang Sakalis yang kemudiannya sedar akan
ketiadaan kanak-kanak itu telah dihalau oleh rakyat Raja Ahmad ke dalam hutan.
11. Kanak-kanak lelaki tersebut dibawa ke istana dan dipelihara oleh Raja Ahmad dengan diberi nama
Merah Gajah.
12. Apabila dewasa, Merah Gajah dikahwinkan Puteri Buluh Betung.

Anda mungkin juga menyukai