Anda di halaman 1dari 11

Bab 1 : Tamadun Awal manusia Soalan 1 : Raja dianggap sebagai pemimpin yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan sesebuah

tamadun a. Jelaskan pernyataan di atas dengan mengambil contoh peranan raja dalam tamadun awal manusia Tamadun Mesopotamia F1 H1a H1b F2 H2a F3 F4 F5 F6 F7 H7a H7b Tamadun Mesopotamia diperintah oleh sistem raja yang berbentuk teokrasi iaitu pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hokum agama dan bersifat ketuhanan. Raja telah dianggap sebagai wakil tuhan Raja juga pemilik Negara kota. Raja Naramsin telah memaksa penduduk akkad menyembahnya sebagai tuhan Raja juga menjadi ketua pentadbir, Raja juga sebagai ketua tentera, Raja juga adalah ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan. Raja juga bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga untuk memegang jawatan di Ziggurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.

Tamadun Mesir F8 F9 F10 F11 F12 F13 Raja berkuasa mutlak dan dianggap suci Jawatan Firaun diwarisi secara turun temurun Raja sebagai ketua pendeta Raja adalah pemilik tanah Raja atau firaun adalah ketua hakim Raja juga adalah ketua pahlawan

Tamadun Indus F14 F15 F16 Tiada bukti tentang kewujudan raja Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti keagamaan

Tamadun Hwang Ho F17 F18 F19 F20 Raja berkuasa secara langsung dikawasan pusat pentadbiran Mempunyai kewibawaan politik , ekonomi dan social Dianggap penerima mandat dari tuhan Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah berketurunan pemerintah agama

b. Dengan merujuk kepada struktur organisasi social masyarakat Dinasti shang, huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho F1 Struktur organisasi masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas. F2 Lapisan bawah terdiri golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, H2a Mereka mendiami kawasan luar Bandar, iaitu di sekeliling kota. F3 Terdapat juga golongan Artisan yang mahir dalam teknologi gangsa H3a terutamanya bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan. F4 Oleh sebab itulah golongan pembesar sahaja mampu memiliki tentera dan senjata gangsa. F5 Golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan. F6 Golongan yang paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. F7 Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. H7a Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera yang berjalan kaki. F8 Golongan petani pula adalah sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. F10 Golongan inilah yang membentuk kumpulan artisan H10a yang mencipta seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar. F11 Golonag hamba pula adalah berfungsi sebagai tentera paksaan H11a selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban upacara penyembahan.

Soalan 2 ; a. Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi F1 F2 H2a F3 F4 F5 H5a F6 H6a Kod undang-undang Hammurabi adalah undang-undang yang tertua di dunia. Kod tersebut mempunyai 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan. Hukuman dan denda yang dikenakan berbeza mengikut lapisan masyarakat yang berlainan Undang-undang Hammurabi adalah berdasarkan prinsip bahawa hukuman ke atas penjenayah adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya. Undang-undangnya menekankan prinsip perikemanusiaan serta hak individu. Undang-Undang Hammurabi ditulis pada tiang-tiang besar dan tinggi ia memudahkan rakyat dapat mengetahuinya.

b. Apakah kesan-kesan pengamalan Kod Undang-Undang Hammurabi kepada tamadun Mesopotamia F1 Undang-Undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri. Ia dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat. Kod undang-undang ini telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang iaitu dari tahun 3500 S,M hingga tahun 539 S. M.

F2 H2a F3

c. Selain Kod Undang-Undang Hammurabi , Jelaskan sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia F1 H1a H1b H1c H1d H1e H1f Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada system pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan resit, nota dan surat kredit. Tulisan juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan. Hasil kesusasteraan yang terkenal bagi tamadun Mesopotamia ialah Epik Gilgamesh, karya sastera yang tertua di dunia. Epik ini mengalami falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

F2 H2a H2b H2c H2d H2d

Tamadun Mesopotamia juga merupakan penyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, memdarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Kemahiran dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun. Semasa pemerintahan Kerajaan Assyria perkembangan ilmu perubatan telah menjadi perhatian utama. Kerajaannya amat mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan. Semua jenis herba dan ubat-ubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan. Terdapat sebuah Perpustakaan Diraja yang ini mengandungi lebih kurang 22 000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia. Perpustakaan ini telah ditubuhkan oleh pemimpin Ashurbanipal ( 668 627 S.M di Bandar Nineveh Kebanyakkan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat, dan doumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah. Tamadun Mesopotamia menyumbangkan penciptaan roda untuk memudahkan urusan pengangkutan. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaan roda membolehkan ornag Sumeria mencipta kincir air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping dapat mengawal banjir. Tamadun Sumeria juga telah menyumbang ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak 3000 S.M. Mereka telah mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah India serta wilayah lain di kawasan Laut Mediterranean.

F3 H3a H3b H3c H3d H3e H3f

H3g H3h

F4 H4a H4b H4c

H4d

F5 H5a H5b F6 H6a H6b

Tamadun Mesopotamia telah memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat. Mereka juga telah mencipta arca dan tiang batu. Contohnya arca Patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu ini dapat dilihat dalam seni bina Ziggurat. Tamadun Sumeria juga telah menyumbangkan contoh kepimpinan yang berwibawa. Raja Sargon telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu Empayar pertama di dunia. Raja Sargon telah berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.

Soalan 3 : a. Huraikan sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia F1 H1a Sumbangan utama tamadun Mesir ialah dalam bidang seni bina, iaitu Piramid. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep iaitu saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada firaun Djoser ( 3150S.M ) Beliau juga telah membina Piramid Sakkara iaitu pyramid yang tertua dan merupakan binaan batu yang tertua. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Mesir juga mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan dan penggunaan kertas. Ini berlaku kerana hasil kepandaian orang Mesir mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak terdapat di sepanjang sungai Nil di Mesir. Penciptaan kertas ini telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa. Tamadun Mesir telah meninggalkan khazanah mereka dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroiglif. Keagungan tamadun Mesir dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat denganb begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu. Kerajaan Mesir telah mewujudkan system pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberi pendidikan sejak kecil lagi Instiutusi penduidikan di letakan dibawah urusan rumah ibadat dan diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih

H1b F2 F3 F4 H4a F5

H5a H5b F6 H6a H6b H6c

F7

F8 H8a H8b H8c H8d

F9

H9a H9b

F10 F11

F12

Ilmu Geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid. Ilmu perubatan juga berkembang dengan pesat dalam tamadun Mesir. Ia telah melahirkan ramai pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumikan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir. Buku catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua ditemui adalah pada tahun 1600 S.M yang telah diasalin beberapa kali oleh para jurulatih Diraja sejak zaman berzaman. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang Fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini. Tamadun Mesir amat bergantung kepada Sungai Nil yang menjadi nadi masyarakat Mesir. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir mengawal banjir sengai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah berjaya membina tembok pengairan sepanjang 123 Kilometer bagi menebus guna kawasan padang Pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir memperkenal;kan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

b. Jelaskan system kepercayaan masyarakat tamadun Mesir Purba F1 F2 H2a H2b H2c F3 H3a F4 F5 H5a Masyarakat Mesir percaya kepada konsep Politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan Setiap tuhan Mesir selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ) Ra-Atum ( Tuhan langit dan Amun ( Tuhan Angin ). Orang Mesir juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati. Mayat tersebut diiringi barangan barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya. Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

Soalan 4 : a. Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia nyatakan jenis-jenis system tulisan yang telah dicipta Tulisan Tamadun Sumeria F1 H1a H1b H1c H1d Tulisan Cunieform Perkembangan ilmu pengetahuan telah menyebabkan kewujudan system tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar. Ia berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa tersebut bahan untuk membuat kertas belum dijumpai di Mesopotamia. Tulisan di Tanah liat ini berbentu pepaku

Tulisan Tamadun Mesir F2 H2a Tulisan tamadun Mesir dikenali sebagai Tulisan Hieroglif. Tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan symbol yang berdasarkan bunyi.

Tulisan Tamadun Indus F3 Tulisan Tamadun Indus adalah berbentuk Piktograf. H3a Tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan belum dapat ditafsirkan lagi sehingga ke hari ini Tulisan tamadun Hwang Ho F4 H4a H4b H4c H4d H4e Tulisan Cina adalah Ideogram Amalan penilikan tulang telah membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan. Tulisan tamadun Hwang Ho adalah berbentuk ideogram iaitu tulisan yang berbentuk symbol. Tulisan ini kebanyanannya mempunyai gambar seperti kanak kanak, bulan, matahari dan sungai. Tulisan ini telah mengalami perubahan dan berubah kepada bentuk yang lebih Kompleks

b. Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu F1 Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir H1a terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian H1b dan juga pengutipan cukai. F2 Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

F3 F4 H4a F5 F6 H6a H6b Soalan 5 :

Tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan. Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan resit, nota dan surat kredit. Tulisan juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan. Hasil kesusasteraan yang terkenal bagi tamadun Mesopotamia ialah Epik Gilgamesh, karya sastera yang tertua di dunia. Epik ini mengalami falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

a. Huraikan ciri-ciri keistimewaan kedua-dua Bandar tersebut F1 F2 F3 H3a H3b Hc F4 F5 F6 H6a F7 F8 Petempatan kekal yang wujud di Lembah Indus telah menyebabkan terbentuknya bandar yang terancang. Bandar di Indus terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat pemyimpan hasil pertanian. Bahagian kedua adalah terdiri kawasan perumahan. Bandar-bandar adalah dirancang dengan sebegitu rapi terutamanya dari sudut susur aturnya yang sistematik. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentu segi empat setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambungan antara satu sama lain. Setiap Bandar mempunyai system kumbahan yang terancang. Bandar-bandar di sini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

b. Jelaskan sebab-sebab masyarakat tamadun Indus dapat membina Bandar yang terancang F1 Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang sperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan gabungan kepakaran seperti sudut letak bandarnya dan dari segi pengisiannya. Kefahaman terhadap ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukkan. Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.

F2 H2a H2b F3

F4 H4a F5 H5a F6

Ini adalah hasil pertembungan tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan Mesir yang membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalanraya yang lurus. Masuarakat Lembah Indus juga telah berusaha meningkatkan meningkatkan mutu bahan binaan iaitu batu bata bukan lagi dihasilkan dengan pemanasan cahaya matahari. Batu-bata yang dihasilkan adalah menggunakan kepakaran tenologi baru melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Soalan 6 : a. Huraikan ciri-ciri pengkhususan kerja yang terdapat dalam system organisasi social masyarakat Hwang Ho F1 F2 H2a F3 H3a F4 H4a F5 F6 F7 H7a Kewujudan sistem sosial telah menyebabkan terbentuk pengkhususan pekerjaan. Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera yang berjalan kaki. Golongan petani pula adalah sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan. Golongan inilah yang membentuk kumpulan artisan yang mencipta seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar. Golonag hamba pula adalah berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban upacara penyembahan. Struktur organisasi masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas. Lapisan bawah terdiri golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan luar Bandar, iaitu di sekeliling kota. Terdapat juga golongan Artisan yang mahir dalam teknologi gangsa terutamanya bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan.

b. Huraikan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia F1 H1a H1b Pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Terdapat sedikt perubahan terutamanya gelaran raja telah ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan maharaja dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke 20. Salah satu sumbangan ekonomi yang penting ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, amat mengambil berat terhadap pembangunan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan telah diteruskan pada zaman pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Pembangunan pertanian telah membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Para petani juga mula mencipta kaedah baru dalam pertanian seperti mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Sistem tulisan juga merupakan sumbangan terpenting tamadun Hwang Ho. Ia berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini. Pengunaannya adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakkan. Tulisan ini diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan tulisan ini juga berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun. Unsur kepercayaan masyarakat Hwang Ho yang masih kekal sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang. Ia dijalankan sejak zaman Shang, dan terus diamalkan mengikut kesesuaian masa. Unsur pengorbanan manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsure makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan. Konsep Ying dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 ari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun. Raja menggunakan kelendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian. Salah satu sumbangan tamadun Hwang Ho ialah pengamalan falsafah Perang Sun Tzu. Di dalam karyanya the Art of War yang membicarakan selok belok perang dan bagaimana menangi musuh telah di ulang cetak ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

F2 H2a H2b H2c H2d H2e F3 H3a H3b H3c F4 H4a H4b H4c F5 H5a H5b F6 H6a H6b

Anda mungkin juga menyukai