Anda di halaman 1dari 3

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

S
ABAR
Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung
menyeret kepada kemaksiatan).

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu


dan bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya
kamu beroleh kemenangan."(Surah Ali Imran ayat 200)

dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang


bermaksud:

"Dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,


kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar."

Allah SWT menyuruh kita supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-
orang yang sabar kerana orang yang sabar dalam menghadapi semua cubaan dan
rintangan hidup itu akan diberikan balasan oleh Allah dengan pahala yang berlipat
ganda. Siapa itu yang dikatakan orang yang sabar? Dalam ayat selanjutnya
dijelaskan.

"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna


Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun.(Sesungguhnya kami berasal dari Allah dan kepada-
Nya kami akan kembali.)" (al-Baqarah ayat 156)

Di sini jelas, bahawa Allah akan mencukupkan pahala bagi orang yang sabar itu
tanpa batas. Kalaulah kita menyelidiki ajaran agama kita, dengan mendalam dan
terperinci, mengenai kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perjuangan sejarah, untuk
menegakkan Islam adalah hasil dari kesabaran yang ada pada baginda.

Baginda sabar menghadapi rintangan walaupun orang kafir mengerjakan dengan


melontarkan najis unta kepada beliau, waktu baginda mengerjakan solat, baginda
bersabar dalam kemiskinan, walaupun tidak ada beras yang akan ditanak oleh
isterinya namun ibadahnya tidak pernah kurang, bahkan suatu waktu sekembalinya
dari masjid selesai menunaikan solat subuh, sampai sahaja di rumah, baginda
SABAR____________________________________________________________

bertanya kepada isterinya, "Apakah ada sarapan pagi atau tidak," Lalu isterinya
menjawab "tidak". Baginda bersabda, "Baiklah aku berpuasa pada hari ini."
Baginda berpuasa sunat kerana tidak ada apa yang akan dimakan. Dalam sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya sangat mengkagumkan seorang mukmin, sebab segala keadaannya


adalah baik, dan mungkin tidak terjadi yang demikian kecuali bagi seorang
mukmin yang jika dia mendapat nikmat dia bersyukur, maka syukur itu sangat baik
baginya dan bila menderita kesusahan dia bersabar, maka sabar itu sangat baik
baginya". (Hadith riwayat Muslim)

Allah Ta'ala berfirman :


" Hai sekelian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu".
(Mafhumnya: Ali-Imran - Ayat 200)

Allah Ta'ala berfirman lagi :


" Sesungguhnya orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana ianya amat banyak". (Mafhumnya: Az-Zumar - Ayat 10)

Dan lagi firmanNya :


" Kami akan memberikan cubaan sedikit kepadamu semua seperti ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta dan jiwa, kemudian sampaikan berita gembira kepada
orang-orang yang sabar". (Mafhumnya: Al-Baqarah - Ayat 155)

Huraian Hadith

Dari Abu Yahya iaitu Shuhaib bin Sinan r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda:
Mafhumnya,

" Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua itu
adalah kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian tidak ada pada orang lain
melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapat
kelapangan hidup, iapun bersyukurlah, maka hal itu adalah kebaikan baginya,
sedang ia ditimpa kesukaran-yakni bencana-ia bersabar dan ini adalah kebaikan
baginya". (Riwayat Muslim)

Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a. berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: mafhumnya,

" Tidak suatupun yang terkena seseorang muslim - yang berbentuk kepayahan, dan
yang berupa kesakitan, dan juga kesedihan yang akan datang dan yang lampau,
mahupun berupa hal yang menyakiti hatinya - yakni sesuatu yang tidak menurut
kehendak hatinya, ataupun kesedihan - segala macam dan segala waktunya,
SABAR____________________________________________________________

walaupun terkena duri pada anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi


kesalahannya dengan sebab apa yang ditanggungnya - yakni yang sesuai dengan
kepayahan yang diperolehinya". (Muttafaq 'alaih - sepakat)

Huraiannya:

-----------

1. Sabar yg taat kpd ALLAH SWT ialah seperti kerjakan solat, kita kena sabar.
Mengaji juga kena tekad & sabar, krn anak kunci ilmu ialah kesabaran. Imam
Syafie r.a. pernah menyebut, "Syarat utk mendapat ilmu itu hingga sampai
mengkhatamkannya ialah memanjang masa belajar." Iaitu dgn lain perkataan,
belajar dlm jangkamasa yg panjang. Bukan setakat mrngaji 3/4 bulan, dah kata
pandai.

2. Sabar tatkala datang cubaan. Ulama tasauf kata kalau kena bala, kita patut
bersyukur sebab bala atas bumi ini akan mengifaratkan dosa kita di akhirat
kelak. Eg, sedang kita berjalan2, tiba2 terhantuk kepala pd tembok hingga
benjol di dahi, kita patut bersyukur `Alhamdulillah'. Yg dahi benjol tu ialah satu
rezeki krn ALLAH SWT akan kifaratkan dosa kita. Dosa yg telah kita buat jika
dibalaskan dgn api neraka, lalu nak dibandingkan dgn sakit dahi benjol tu,
memang tak padan. Tapi ALLAH SWT gugurkan dosa kita krn sakit dahi benjol
tu.

3. Sabar atas meninggalkan durhaka kpd ALLAH SWT. Iaitu sabar menahan nafsu
amarah sebab nafsu kita semua teringin pd benda2 jahat.

Anda mungkin juga menyukai