Anda di halaman 1dari 2

Nama: _____________________________ Tarikh: __________

Men.2______
Latihan 2
Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang
diberikan.

a. kalau tidak ada helang, belalang menjadi helang


b. seperti api dalam sekam
c. pipit pekak makan berhujan
d. kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
e. seperti seludang menolak mayang
f. seperti gergaji bermata dua
g. laksana wau melawan angin
h. jauhari juga yang mengenali manikam
i. lidah bercabang bagai biawak
j. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

1. Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu,


menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu
sesuatu barang.

2. Kehendak orang atasan atau orang yang berkuasa tidak dapat


dihalang oleh orang bawahan.

3. Selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya.

4. Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah cuba berbuat


(melawan dll) orang atau sesuatu yang besar.
5. Perihal perbuatan yang disembunyikan tiada ketara pada orang
atau berlaku secara diam-diam.

6. Seseorang yang sangat rajin dalam suatu pekerjaan, tiada


peduli akan bahaya yang akan timbul pada dirinya.

7. Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada sua belah pihak


sehingga beroleh keuntungan daripada kedua-duanya.

8. Seseorang yang bertindak mengaku bahawa dirinya seorang


yang bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada lagi
orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu.

9. Megahkan atau menyombongkan diri.

10. Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya khusus pada


orang-orang tua sahaja tetapi ada juga pada orang-orang muda.

Anda mungkin juga menyukai