Anda di halaman 1dari 2

Aug 5, '05 3:44 PM

PSIKOLOGI PERSONALITI
for everyone

Pengenalan
Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap,

gaya, dan personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza – beza, maksudnya

tidak ada individu yang benar – benar sama dari sifat – sifatnya dan setiap individu

adalah unik, tetapi berkongsi sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain.

Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri keperibadian seseorang individu itu,

dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain.

Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza. Personaliti

seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak

berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka

mempunyai tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain – lain. Penekanan kedua

terhadap istilah berbeza. Pola – pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa

setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.

Definisi Personaliti
Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait

rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut

tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu

seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang
membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh itu, personaliti akan

memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.

Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti


Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor,

antaranya ialah :

• Perwarisan.

• Pengalaman.

• Budaya.

Anda mungkin juga menyukai