Anda di halaman 1dari 8

Majlis Gemilang SEMEKSI 2009

Mengumumkan Perarakan masuk para penerima anugerah

Mengumumkan Perarakan masuk tenaga akademik smk.sikuati

Mengumumkan Perarakan masuk pegawai2 utama

Mengumumkan ketibaan,
Y.Bhg. En.Jame .Alip . Pengarah bahagian sukan, seni dan
kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berbahagia, En.Jamie Alip, Pengarah Bahagian sukan,seni


dan kokurikulum KPM, Y.berusaha En.liasin bin kaloh, pengetua
smk.sikuati,. Penolong2 kanan, smk.sikuati
Para Pengetua, Guru-guru Besar, Ketua2 jabatan, Guru-guru, Tuan-
tuan dan puan-puan, para pelajar Serta Hadirin dan hadirat
sekalian.
..............................................................................
Bersyukur kita ke hadirat Tuhan yang maha kuasa kerana dengan
izinNya kita dapat bersama-sama hadir ke Majlis Gemilang
SEMEKSI 2009 kali ini.
...........................................................................................................
.

Seri murni hiasan tamu,


Indah mekar tepian muara;
Hari ini kita bertemu,
Moga kekal menjalin mesra.

Untuk memulakan majlis kita pada pagi ini , marilah kita sama-
sama berdiri unruk menyanyikan lagu negaraku dan lagu sekolah,
hadirin dipersilakan berdiri.
Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk

Hadirin dan hadirat sekalian, bagi memberkati majlis pada pagi ini
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.Joe mahathir
madros untuk membaca doa.dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala sukacitanya


menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha En.liasin bin kaloh
PENGETUA SMK.SIKUATI. untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan yang


telah disampaikan oleh TUAN PENGETUA itu tadi.

Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan, Y.Bhg .En.Jame Alip Pengarah bahagian sukan,
seni dan kokurikulum KPM
Untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis
gemilang SEMEKSI 2009. majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Demikianlah tadi ucapan bermakna yg disampaikan oleh y.bhg


tuan pengarah, saya percaya ucapan beliau tadi telah banyak
memberikan suntikan semangat kepada kita bagi memperjuangkan
kecemerlangan akademik demi keluarga, bangasa dan negara.
Dengan ucapan daripada Y.bhg itu tadi maka rasmilah sudah
majlis gemilang Kita pada pagi ini.
SESI PENYAMPAIAN ANUGERAH

Hadirin dan hadirat sekalian, SMK.Sikuati, bukan saja berjaya


melahirkan pelajarnya dalam bidang korurikulm, malahan
kecemerlangan ini diteruskan dalam bidang akademik dan ada di
antaranya sudahpun berjaya meneruskan perjuangan ke menara
gading. Pada hari ini sekali lagi kita akan menyaksikan pelajar-
pelajar cemerlang SMK.sikuati dinobatkan dengan anugerah
kecemerlangan selaras dengan pencapaian yg telah mereka julang
dalam perjuangan akademik mereka.

PENYAMPAIAN ANUGERAH SESI 1

ANUGERAH KEHADIRAN PENUH FEB-JUN 2009.

Dengan ini majlis dengan segala takzimnya menjemput dan


mempersilakan .Pn.Idawati Nordin, Ketua Jabatan Sains Dan
Matematik bagi menjemput dan mengiringi Y.Berusaha En.Joe
Mahadir Madros, Penolong Kanan Kokurikulum Smk.Sikuati
untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Penerima-penerima anugerah bagi kehadiran penuh bermula Feb-


Jun 2009 ialah:... (rujuk senarai)

Majlis Mengucapakn Terima kasih Kepada PK Kokum di atas


penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Anugerah Berikut adalah Anugerah Pelajar terbaik


mengikut Mata Pelajaran:

Dengan itu majlis dengan segala takzimnya menjemput dan


mempersilakan En.Ridzuan Basni, Ketua Jabatan Bahasa,
Mengiringi Yang Berusaha. Pn.Rosnie Mapaun , Penolong Kanan
HEM SMK.Sikuati untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Untuk itu, majlis seterusnya menjemput En.Jonias Sulindap,


Ketua Jabatan Teknik dan Vokasional untuk mengumumkan
penerima2 anugerh. Dipersilakan.

Seterusnya, Dijemput En.Sawi Linus, Ketua Jabatan Sains Sosial


dan Kemanusian, bagi mengumumkan penama2 penerima
anugerah, dipersilakan.

Terima kasih kepada PK-HEM kerana sudi menyempurnakan


penyampaian anugerah sebentar tadi.

Kita tenangkan dahulu, majlis kita pada pagi ini, dengan


mendengar persembahan nyanyian daripada adik Nathalia Charles
dengan membawakan lagu, ”standing in the eyes of the world”.
Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan daripada adik natahlia charles, untuk


pengetahuan hadirin skalian, adik natalia merupakan johan bintang
semeksi dan pernah menyertai dan memenangi pertandingan2
nyanyian di luar sekolah.
PENYAMPAIAN ANUGERAH SESI 2

Baiklah, Kita teruskan Majlis kita pada pagi ini dengan Anugerah
Terbaik Mengikut Mata pelajaran.

Dengan itu majlis dengan sukacitanya menjemput dan


memperislakan EN.Jonias Sulindap, Ketua Jabatan Teknik dan
vokasional mengiringi Y.berusaha En.jonip ligon, Penolong kanan
pra universiti SMK.Sikuati bagi penyempurnakan penyampaian
anugerah.Dipersilakan.

Anugerah SESI kedua adalah


ANUGERAH JABATAN SAINS DAN MATEMATIK. dan
JABATAN BAHASA

Dengan itu dijemput Puan Idawati Nordin ketua jabatan Sains dan
matematik untuk mengumumkan penerima2 anugerah.dipersilakan.

Seterusnya dijemput, En.Ridzuan Basni, Ketua Jabatan Bahasa


untuk mengumumkan penerima2 anugerah.dipersilakan.

Terima kasih kepada PK.pra uneversiti SMK.Sikuati, kerana sudi


menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian :


ANUGERAH GEMILANG KESELURUHAN TINGKATAN
,PMR, SPM DAN STPM 2008.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.sawie


linus ketua jabatan sains sosial dan kemanusiaan mengiringi
Y.Berusaha En.Mohd.rozlan elias , Penolong kanan pentadbiran
SMK.Sikuati kudat.untuk menyempurnakan penyampaian
Anugerah. Dipersilakan
Penerima-penerima anugerah ini ialah:.. (lihat senarai)

Terima kasih diucapakan Kepada PK.Pentadbiran di atas kesudian


menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian


ANUGERAH PENCAPAIAN PENUH 100% DAN
PENINGKATAN PRESTASI PMR, SPM DAN STPM

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Pn.Sabariah mojupin, P.kanan sesi petangSMK.Sikuati, mengiringi
Y.Berusaha En.Liasin Kaloh, Pengetua SMK.Sikuati,untuk
menyempurnakan penyampaian Anugerah. Dipersilakan

Penerima-penerima anugerah ini ialah:.. (lihat senarai)

Terima kasih diucapakan Kepada Pengetua di atas kesudian


menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Majlis diterusakan lagi dengan PENYAMPAIAN ANUGERAH-
ANUGERAH KHAS:

Dengan itu, Majlis dengan segala takzimnya menjemput dan


mempersilakan Y.Berusaha En.Liasin kaloh, Pengetua
SMK.Sikuati dan Y.Berusaha En.Rozlan Elias untuk mengiringi
Y.Berbahagia En.Jame Alip, Pengarah Bahagian sukan, seni dan
ko-kurikulum KPM, Untuk menyampaikan Anugerah.dipersilakan.

ANUGERAH KHAS

Adalah..

(SILA LIHAT SENARAI)

Anugerah Khas Pengetua: (Tokoh Pelajar) dinobatkan kepada.....


(baca biodatanya semasa perjalanan dari tempat duduk hingga
turun pentas)

Anugerah khas Ibubapa (Tokoh Ibubapa) dinobatkan kepada...


(baca biodatanya semasa perjalanan dari tempat duduk hingga
turun pentas)

Hadirin sekalian, sebagai tanda kenang-kenangan majlis dengan


sukacitanya mempersilakan pengetua smk.sikuati bagi
menyampaikan cenderahati kepada Y.Berbahagia Pengarah.

DUICAPAKAN jutaan terima kasih kepada Y.Berbahagia


Pengarah kerana sudi menyempurnakan penyampaian anugerah
dan cenderahati sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dengan berakhirnya acara itu tadi maka tamatlah acara kita pada
pagi ini, kami bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua hadirin khususnya kepada Yang Berbahagia En.
Jamie Alip , Pengarah bahagian sukan, seni dan ko-kurikulum
KPM,Kerana sudi bersama kita sehingga ke akhir Majlis. kami
juga memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang majlis ini
berlangsung, terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah
berlaku.

Sekian, sehingga berjumpa lagi pada lain masa,

Saya sudahi majlis ini dengan serangkap pantun..

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

DENGAN INI, diumumkan perarakan keluar dewan... oleh


pegawai-pegawai utama, didahului oleh Y.Berbahagia Tuan
Pengarah. Majlis mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai