Anda di halaman 1dari 7

PROFIL KEPIMPINAN DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)

KOMPETENSI FUNGSIAN

2013 All rights reserved

Kompetensi Fungsian JPN and PPD


Kepimpinan Pengajaran Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Kefahaman terhadap tingkah laku manusia dan motivasi untuk membangunkan potensi manusia sepenuhnya bagi mencapai matlamat organisasi

Pengurusan dan Pengagihan Sumber

Perancangan dan Hala Tuju Strategik

Keupayaan memimpin ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan peningkatan pembelajaran murid

Keupayaan mengurus sumber (dana, kemudahan fizikal, masa dan sumber pengajaran-pembelajaran) bagi menyokong matlamat organisasi dengan berkesan

Keupayaan menetapkan hala tuju strategik yang jelas, memantau prestasi pelaksanaan supaya operasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta dapat mengatasi halangan pencapaian matlamat.

Dasar Pendidikan
Kefahaman terhadap rasional dan falsafah yang termaktub dalam dasar dan pelan pembangunan pendidikan yang menentukan hala tuju dan tumpuan staf untuk membolehkan pelaksanaan tugasan dengan objektif untuk memaksimakan keberhasilan pembelajaran murid dan prestasi sekolah

2013 All rights reserved

Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia


Definisi: Kefahaman terhadap tingkah laku manusia dan motivasi untuk membangunkan potensi manusia sepenuhnya bagi mencapai matlamat organisasi 1. Berkeupayaan untuk memimpin dan mengarah seseorang untuk melaksanakan kerja secara berkesan dengan membina komitmen, dedikasi dan usaha daripada individu atau ahli pasukan 2. Berkeupayaan membina hubungan kerja yang formal dengan seorang individu atau dengan kumpulan kecil bagi tujuan melaksanakan tugas

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4

1. Berkeupayaan untuk memimpin dan mengarah, dan membahagi tugasan berdasarkan kefahaman mengenai kekuatan dan kelemahan seseorang 2. Berkeupayaan untuk membina hubungan baik dengan ahli pasukan dalam usaha untuk mewujudkan suatu persekitaran kerja yang terbuka dan telus yang berasas dari kepercayaan dan sokongan daripada pasukan kerja 1. Berkeupayaan membina budaya pembelajaran terarah kendiri dan persekitaran kerja yang menggalakkan pembangunan diri pihak lain 2. Berkeupayaan bekerja rapat dengan ahli pasukan untuk menentukan pelan pembangunan kerjaya dan membina potensi kepimpinan

1. Berkeupayaan untuk membina visi yang jelas tentang matlamat yang dikongsi bersama dan menjajar manusia ke arah hala tuju yang sama 2. Berkeupayaan mendorong manusia untuk berusaha meningkatkan prestasi dengan mewujudkan makna di dalam kerjaya 3. Berkeupayaan menyedia suatu proses sistematik yang dapat mengenal pasti dengan jelas bakat dan kebolehan, pembangunan kerjaya, dan potensi kepimpinan staf
3

2013 All rights reserved

Pengurusan dan Pengagihan Sumber


Definisi: Keupayaan mengurus sumber (dana, kemudahan fizikal, masa dan sumber pengajaran-pembelajaran) bagi menyokong matlamat organisasi dengan berkesan 1. Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber dalam bidang yang dilaksanakan 2. Berkeupayaan menawarkan penyelesaian berkaitan isu sumber semasa dan apabila iannya berbangkit 3. Berkeupayaan mengurus keadaan yang melibatkan sumber dalaman dan dalam lingkungan pasukan kerja

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4

1. Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber merentas pelbagai bidang, dan melangkaui skop kerja 2. Berkeupayaan mengenal pasti isu mendesak dan berupaya meletakkan keutamaan sumber dengan sewajarnya 3. Berkeupayaan mengurus keadaan yang melibatkan sumber merentas fungsi, dan berupaya mengimbangi keperluan jabatan sendiri dan keperluan organisasi keseluruhan 1. Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber merentas pelbagai bidang, dan melangkaui skop kerja sendiri 2. Berkeupayaan meletakkan keutamaan penyelesaian berdasarkan risiko dijangka dan analisis kos dan faedah, dan membuat keputusan dalam keadaan mendesak 3. Berkeupayaan mengurus keadaan yang memerlukan penyelarasan sumber yang melangkaui pasukan kerja sendiri, dan berkemungkinan melibatkan rundingan dengan pihak ketiga 1. Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber merentas pelbagai bidang kerja dengan pengetahuan mendalam dalam pelbagai bidang 2. Berkeupayaan menjangka isu berkaitan sumber dan meletakkan keutamaan penyelesaian untuk menghalang isu sumber berbangkit 3. Berkeupayaan mengurus keadaan yang memerlukan penyelarasan tahap tinggi dengan rangkaian yang luas, dan membina perhubungan jangka panjang dengan pihak ketiga untuk melaksanakan penyelesaian yang lestari
4

2013 All rights reserved

Perancangan dan Hala Tuju Strategik


Definisi: Keupayaan menetapkan hala tuju strategik yang jelas, memantau prestasi pelaksanaan supaya operasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta dapat mengatasi halangan pencapaian matlamat. 1. Berkeupayaan mengenal pasti isu-isu dalam bidang kerja yang tidak selari dengan matlamat organisasi serta memahami hubungkait sebab dan akibat 2. Berkeupayaan membangunkan penyelesaian jangka pendek secara terus dan jangka pendek berasaskan amalan yang wujud dalam organisasi

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4

1. Berkeupayaan mengenal pasti isu-isu dalam bidang kerja yang tidak selari dengan matlamat organisasi dan berinisiatif untuk mengkaji dengan mendalam dan mengenal pasti punca masalah sesuatu isu 2. Berkeupayaan menggubal pelan jangka panjang berasaskan amalan yang wujud dalam organisasi

1. Berkeupayaan mengenal pasti punca masalah dalam organisasi yang mungkin bersifat sistemik dan di luar kawalan terus seseorang 2. Mempunyai pengetahuan jelas dan berupaya mengenal pasti pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah, serta berupaya menyelesaikan isu-isu 3. Berkeupayaan menggubal pelan jangka panjang yang lestari berasaskan kefahaman mengenai amalan terbaik dalam organisasi-organisasi yang lain
1. Berkeupayaan mengenal pasti bidang yang memberi kesan negatif kepada sistem dalam cara yang tidak langsung. Isu-Isu ini melangkaui organisasi, dan jika diselesaikan, akan memanfaatkan organisasi dalam jangka panjang 2. Mempunyai pengetahuan mengenai amalan dan isu terkini berkaitan tugas yang dihadapi oleh organisasi lain seperti sektor swasta dan kementerian lain, serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan mengenai amalan terbaik untuk menyelesai masalah 3. Berkeupayaan untuk menjana penyelesaian baharu dan belum pernah diteroka, yang akan memberi faedah berterusan kepada sistem
5

2013 All rights reserved

Kepimpinan Pengajaran
Definisi: Keupayaan memimpin ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan peningkatan pembelajaran murid 1. Mengaplikasi pelbagai teknik pengurusan murid dan menerapkan dalam pemimpin pengajar budaya belajar secara kolaboratif dan kendiri untuk murid 2. Merancang pengajaran dan aktiviti secara bersasaran bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid merentas pelbagai tahap keupayaan pembelajaran 3. Menyediakan staf dengan asas kemahiran pengajaran dan sumber 1. Memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran di sekolah, membina suasana bermotivasi supaya guru sentiasa berusaha meningkatkan secara profesional kemahiran pengajaran dan penyampaian dalam bilik darjah termasuk menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam sistem 2. Membolehkan bahan pengajaran digunakan secara luwes dan khusus sesuai bagi tahap pembelajaran yang berbeza serta pelbagai jenis gaya pembelajaran/keupayaan. 3. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran yang baik untuk menilai pembelajaran murid dan kualiti guru 1. Melakukan penambahbaikan pengajaran secara berterusan di semua sekolah dengan memastikan penyampaian pengajaran yang baik dan khusus bagi sesuatu tahap dan profil demografi murid 2. Memberi ganjaran kepada kaedah pedagogi inovatif, menggalak dan membangunkan program pembelajaran dan pengajaran dengan sokongan masyarakat setempat 3. Membangunkan kaedah sistematik untuk menilai prestasi guru bagi memastikan kualiti pengajaran yang cemerlang di sekolah 1. Memberi panduan mengenai strategi pengajaran dengan memastikan perkongsian amalan terbaik, dan pelaksanaan kurikulum secara berkesan dari Kementerian ke sekolah 2. Menggalakkan inovasi dalam kaedah pedagogi 3. Berkeupayaan untuk mempengaruhi penggubal dasar bagi memastikan tenaga pengajar ditingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kaedah pedagogi, pengajaran dan pembangunan profesional

Tahap 4

Tahap 3

Tahap 2

Tahap 1

2013 All rights reserved

Dasar Pendidikan
Definisi: Kefahaman terhadap rasional dan falsafah yang termaktub dalam dasar dan pelan pembangunan pendidikan yang menentukan hala tuju dan tumpuan staf untuk membolehkan pelaksanaan tugasan dengan objektif untuk memaksimakan keberhasilan pembelajaran murid dan prestasi sekolah Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 1. Mempunyai pengetahuan tentang dasar pendidikan dalam skop kerja, dan menggabungkan kefahaman tersebut dalam amalan kerja

1. Menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap rasional dan objektif umum dasar pendidikan secara keseluruhan. Meletakkan keutamaan terhadap program dan inisiatif penting, dan menggabungkannya dalam amalan semasa memberi panduan kepada para guru

1. Menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap objektif dasar pendidikan dan berupaya untuk mengubahsuai berdasarkan keadaan, dan menyumbang kepada pembangunan dasar pendidikan melalui maklum balas secara profesional kepada penggubal dasar. 2. Berkeupayaan untuk menerangkan dengan jelas dasar dan amalan yang digunakan, serta memberi panduan kepada staf cara menggabung dasar kepada amalan. Berupaya untuk menterjemah dasar kepada inisiatif 1. Menunjukkan kefahaman yang jelas terhadap objektif dasar pendidikan, bertanggungjawab terhadap pembangunan pelan strategik jangka panjang dan menyumbang kepada pembangunang dasar pendidikan 2. Berkeupayaan untuk memahami hasrat dan rasional di sebalik kandungan dasar pendidikan, dan dengan yakin mempertahan dasar dan amalan

2013 All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai