Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AMALI PENDIDiKAN KESELAMATAN PKE 3102

1.0 Pengenalan. Amali Pendidikan Keselamatan PKE 3102 telah dijalankan seperti butiran di bawah : Tarikh Masa Tempat : : : 28 Sept 2013 2.30 petang 5.30 petang. Astaka Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Bil. Peserta : 23 orang peserta PPG unit PJ 1 dan PJ 2 Ambilan Februari 2013, Semester 4 Pensyarah : En. K. Raja A/K M. Kanapathy. En. Bisshukri bin Matrop Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Amali ini bertujuan menilai tahap pemahaman peserta tentang alat pemadam api dan kemahiran mengendalikan alat pemadam api ketika memadamkan kebakaran.

2.0

Perjalanan Amali PKE 3102 2.1 Sebelum Amali PKE 3102 ini seperti yang dimaklumkan oleh Encik Raja pada

asalnya ialah projek lawatan ke Balai Bomba Seremban 2. Oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan maka projek ini diubah kepada amali pengenalan alat pemadam api dan amali memadam kebakaran. Satu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan untuk menguruskan perjalanan projek lawatan itu dengan lancar. Namun disebabkan oleh kekangan yang timbul, satu lagi kertas kerja telah diwujudkan untuk menukar projek lawatan ke Balai Bomba ke amali pengenalan alat memadam api dan latihan memadam kebakaran. Ahli jawatankuasa yang ditubuhkan telah mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali untuk memastikan amali ini berjalan lancar dan sempurna. Memandangkan kami agak sukar berjumpa kerana tempat tinggal yang jauh maka mesyuarat ini dijalankan melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Syukurlah apa yang dibincangkan telah dilaksanakan dengan baik.

Jawatankuasa Alatan telah menyediakan minyak diesel, tong, kayu dan bendera penanda arah angin untuk digunakan ketika amali nanti. Encik Raja sendiri juga telah menyediakan beberapa tong alat pemadam api untuk kegunaan amali tersebut. Terima kasih tidak terhingga kami kepada kerjasama yang ditunjukkan oleh Encik Raja.

2.2.

Semasa Pada jam 2.30 petang para peserta telah berkumpul di Astaka dan

mendengar taklimat daripada Encik K. Raja dan Encik Bisshukri tentang amali yang akan dijalankan. Ujian amali akan dijalankan dalam bentul dua sessi iaitu : 2.2.1 Anatomi alat pemadam api 2.2.2 Demonstrasi memadamkan api. Para peserta dinilai dalam bentuk kumpulan iaitu Unit PJ 1 akan dinilai oleh Encik K.Raja, manakala Encik Bisshukri akan menilai peserta Unit PJ 2. Pada penilaian pertama para peserta perlu menamakan 10 bahagian yang terdapat pada alat pemadam api. Antara bahagian yang perlu diketahui ialah :

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X.

Pressure gauge. Discharge locking pin. Discharge lever Discharge nozzle Discharge hose Discharge orifice Caryying handle Hose holder Body Data plate.

Setelah selesai sessi anatomi alat pemadam api para peserta kemudiannya bersedia melakukan demonstrasi memadamkan api. Apabila melakukan demonstrasi memadamkan api para peserta perlu menguasai langkah-langkah melakukan pemadaman api dengan betul. Demontrasi memadamkan api berjalan dengan lancar. Semua peserta berjaya melaksanakan amali ini dengan baik tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini.

2.3

Selepas.

Amali ini berakhir pada jam 5.30 petang. Semua peserta berjaya melakukan amali ini dengan baik. Setelah mendengar taklimat ringkas daripada Encik K. Raja dan Encik Bisshukri sessi amali pada petang itupun selesailah. Semua peserta kemudiannya bergotong-royong mengemas dan membersihkan semula kawasan astaka yang telah digunakan untuk amali ini. Gambar-gambar sepanjang sessi amali ini turut disertakan.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh

Disemak oleh

_____________________ (FITRI AZIZ BIN SAHLAN) Setiausaha Projek Amali PKE 3102 PJM 1&2 PPG Ambilan Feb 2012

____________________________ (EN. K. RAJA A/L M. KANAPATHY) Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar

LAMPIRAN

Alat memadam api

Anatomi alat memadam api

Peserta mendengar taklimat

Demontrasi memadam api.

Anda mungkin juga menyukai