Anda di halaman 1dari 2

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA REFLEKSI AZLINA BINTI SAMITI 751211-01-6502 1CSN1106007

Pada 18 Ogos 2013, bermulalah tugasan projek SCE3109 yang meminta agar saya dapat menyediakan satu laporan lengkap berkaitan amali haba peneutralan, amali tindak balas penukaran natrium hidrogen karbonat, amali nilai bahan api dan amali kesan kepekatan ke atas sel EMF. Pada awalnya perasaan kurang keyakinan mulai timbul kerana tajuk-tajuk ini agak sukar untuk dilaksanakan. Namun berkat bimbingan pensyarah pembimbing iaitu Pn.Halina binti Kasmani dan En.Muhammad bin Basar , akhirnya saya dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan tugasan projek yang diberi. Dengan berbekalkan ilmu yang diberikan semasa interaksi serta bahan-bahan rujukan daripada buku dan sumber internet dan bantuan rakan-rakan kumpulan, maka siri-siri amali yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Rasa bersyukur mula terpancar apabila saya kini dapat menambahkan lagi ilmu didada dengan perlaksanaan amali-amali yang dijalankan serta ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah terbabit. Pertambahan ilmu ini amat penting bagi saya khususnya sebagai seorang guru sains yang sentiasa mengalami perubahan paradigma dunia pendidikan masa kini. Keadaan ini akan memberikan kekuatan kepada saya untuk menyahut cabaran dalam Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun saya pada awalnya agak lemah dalam penguasaan ilmu yang dicari namun tugasan yang perlu dilaksanakn mendorong saya mencari seberapa banyak maklumat yang perlu dikumpulkan untuk melaksanakan tugasan amali tersebut. Dalam pengumpulan maklumat melalui internet juga secara tidak langsung saya telah dapat menambahkan ilmu khususnya dalam tajuk pengaratan, penyaduran yang sangat berhubung rapat dengan topik sains tahun 4. Dalam perlaksanaan tugasan projek ini, banyak pertambahan ilmu sains telah diperolehi. Antaranya ialah: i) Banyak maklumat tambahan diperolehi sepanjang pengumpulan data tentang topiktopik amali melalui pembacaan buku dan internet.

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA ii) Perlaksanaan amali yang dilakukan secara tidak langsung telah memperkukuhkan lagi Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif khususnya sebagai guru sains sekolah rendah. iii) Mendalami sebahagian topik-topik yang dipelajari. iv) Mempelajari dan sentiasa memperbaiki kaedah penulisan laporan amali mengikut format penulisan yang betul khususnya dalam melaksanakan ujian PEKA di sekolah. v) Menjadi 'role model' kepada murid-murid dengan pertambahan ilmu sains yang dipelajari. vi) Menambah keyakinan diri yang tinggi untuk terus menjadi seorang guru sains yang sentiasa dikagumi oleh para pelajar Pada keseluruhannya, sepanjang perlaksanaan tugasan projek ini amat membantu saya sebagai pelajar Program Pensiswazahan Guru khususnya dan sebagai guru sains amnya dalam mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu sepanjang pencarian dan

pengumpulan maklumat. Sehubungan itu, besar harapan saya agar saya dapat menjadi seorang guru sains yang sentiasa tabah mengharungi cabaran era globalisasi masa kini dan seterusnya dapat mendukung enam Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai