Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN MENAIK TARAF DEWAN TERBUKA SK TANAH HITAM, CHEMOR 1.

0 PENDAHULUAN Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru SK Tanah Hitam, Chemor untuk menaik taraf Dewan Terbuka SK Tanah Hitam.

2.0 LATAR BELAKANG Dewan Terbuka SK Tanah Hitam, Chemor berada berhadapan dengan Blok

Pentadbiran. Dewan terbuka ini digunakan oleh para pelajar bukan sahaja dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, malah turut digunakan untuk semua majlis rasmi yang diadakan di sekolah. Dewan ini mula digunakan oleh para pelajar sekolah ini semenjak sekolah ini dibuka. Oleh itu, segala kemudahan di dewan terbuka ini haruslah lengkap dan selesa untuk digunakan oleh para pelajar.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberikan keselesaan kepada para pelajar 3.2 Mempelbagaikan penggunaan dewan terbuka ini. 3.3 Meletakkan taraf yang lebih tinggi bagi majlis-majlis yang diadakan di sekolah ini.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 4.1 Membina pentas utama. 4.2 Menghias pentas utama dengan langsir dan backdrop yang bersesuaian. 4.3 Memasang kipas angin. 4.4 Memasang karpet.

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 BATA PUTIH PASIR SIMEN KAPUR PERALATAN MENYIMEN KERETA SORONG PLASTER SIMEN BOTOL TIANG KONKRIT PENUTUP TIANG PENDAWAIAN RAILING LANGSIR KIPAS DINDING GERUDI SAGUHATI PEMBINAAN CAT KAIN LATAR PASU DAN BUNGA KARPET JUMLAH BAHAN/ ALATAN JUMLAH KOS RM 154.00 RM1040.00 RM 277.50 RM 10.00 RM RM RM RM RM 46.50 85.00 7.50 78.00 52.00

RM 150.00 RM 550.00 RM 340.00 RM 220.00 RM 250.00 RM 250.00 RM1000.00 RM 200.00 RM 500.00 RM5210.50

6.0 PENUTUP Oleh itu, kami memohon Persatuan Ibubapa dan Guru SK Tanah Hitam, Chemor meluluskan Projek Naik Taraf Dewan Terbuka ini dan meluluskan sumbangan keceriaan bagi projek ini agar dapat berjalan dengan lancar.

DISEDIAKAN OLEH,

.......................................... ASNIDA BT ABDULLAH Unit Kebersihan dan Keceriaan SK Tanah Hitam, Chemor

DISAHKAN OLEH

Anda mungkin juga menyukai