Anda di halaman 1dari 41

Konsep Sosiologi

Masyarakat

Pengkaji Barat (Antropologi dab Sosiologi)


Malinowski, Lucy Mair, Durkheim dan Radcliffe Brown
di Malaysia Taib Osman, Zainal Kling, Hood Salleh, Soerjono Soekanto dan selo Somardjan (Indonesia)

Mengapa perlu kaji Masyarakat?


1. Dapat memahami manusia secara keseluruhan
Tingkah laku individu dapat menggambarkan masyarakat. Jika kaji Manusia-kita perlu kaji perangai, tabiat dan biologi.

2. Dapat memahami cara hidup bermasyarakat


Dapat bertingkah laku sesuai dengan masyarakat itu Tidak terkejut bila berada dalam masyarakat tersebut.

3. Memupuk kerjasama dengan masyarakat 4. Merancang perkembangan dan gaya gerak masyarakat dengan tepat untuk pembangunan.

Definisi Masyarakat
1. Lucy Mair (1965)
Masyarakat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling berhubung secara kolektif dengan mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf.

2. Ralph Linton (1936)


Kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.

3. Mc Iver dan Charles H. Page (1972)


Satu sistem pemakaian dan peraturan kuasa dan saling bantu membantu kelompok-kelompok dan bahagianbahagian yang banyak, mengawal kelakuan dan kebebasan manusia. Sistem yang sentiasa berubahberubah dan kompleks inilah dipanggil masyarakat.

4. Lyson (1964)
Bentuk-bentuk pergaulan hidup keluarga, suku, bangsa, penganut agama, pensyarikatan dan sebagainya.

5. Aziz Deraman (1975)


Masyarakat itu adalah kelompok manusia, tua, muda, laki-laki, perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu petempatan yang sama.

6. Koentjaraningrat (1970)
Masyarakat adalah kesatuan hidup dari makhlukmakhluk manusia yang terikat oleh suatu sistem adat istiadat yang tertentu.

7. DAntonio dan De Fleur (1974)


Masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahliahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.

Pra-Syarat kewujudan Masyarakat

1. 2. 3. 4.

Terdiri daripada manusia Berhubung dengan bekerjasama Mempunyai kesatuan sosial Membina kebudayaan

Ciri-ciri Masyarakat
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Manusia yang hidup dalam satu kelompok Masyarakat Melahirkan Kebudayaan Masyarakat mengalami perubahan Anggota Masyarakat itu Berinteraksi Dalam Masyarakat terdapat Kepimpinan Stratifikasi Sosial (susun lapis Sosial) Sistem Sosial

1. Manusia yang hidup dalam satu kelompok


Manusia ----> Kelompok(hidup bersama) ---> Masyarakat Saling mengenali Saling bergantungan Kelompok-: Keluarga, jiran, kumpulan pekerja, golongan remaja, kampung, negeri

Pra-syarat untuk membina kelompok sosial:a. Individu sedar ia adalah sebahagian anggota kelompok --- > menjadi main peranan sebagai anggota kelompok
b. Ada hubungan timbal balik ----- > wujudlah kerjasama c. Faktor milik bersama seperti:- Kekeluargaan , sebangsa, senegara, sewilayah, ideologi. kuatkan ikatan kelompok

d. Bagaimana anggota kelompok mengendalikan kelompok mereka agar menjadi dinamik dan berkembang. - Individu yang hidup dalam kelompok mempunyai peranan masing-masing, jika gagal berperanan tidak wujud masyarakat kerana asa pembantukan masyarakat ialah manusia yang saling bekerjasama di antara satu sama lain.

2. Masyarakat Melahirkan Kebudayaan Kebudayaan adalah dihasilkan oleh manusia 3. Masyarakat mengalami perubahan Meliputi : Keahlian, ekonomi, politik, sosial, sedar / tidak sedar, sebab faktor dalaman / luaran, cepat / lambat.

4. Anggota Masyarakat itu Berinteraksi


Terdapat perlakuan berhubung dan bekerjasama lalu mencetuskan interaksi secara lisan, bertulis, bahasa diri Syarat wujud interaksi : berhubung (Kontak) dan berkomunikasi (interaksi dua hala)

Hubungan terbahagi kepada dua iaitu :I. Bersemuka


Dua atau lebih bertemu (berlaku komunikasi) - bertegur sapa, bersalaman dan berbual banyak berlaku di zaman primitif

II. Tidak bersemuka


Surat, radio, TV, telefon banyak di zaman moden

Kesannya cepat, mudah, tepat, libatkan audien yang ramai, jimat kos, jimat masa

5. Dalam Masyarakat terdapat Kepimpinan


Dalam masyarakat ada kepimpinan : Keluarga, ketua kampung, komuniti, daerah, negara Cara pilih : Keturunan (raja) : Terbuka (berasa pada pencapaian) Kepimpinan dalam masyarakat dibahagi kepada bidang-bidang:- Keluarga, politik, pentadbiran, keagamaan

6. Stratifikasi Sosial (susun lapis Sosial)


Terbahagi kepada tiga bahagian: Kelas (pemilikan harta kekayaan), Status (Peranan), Kasta (kelahiran).

Pembahagian stratifikasi Sosial Dalam Masyarakat


I II III

I Golongan atasan (Pemerintahan) II Golongan Pertengahan (Penjalan Tugas Pemerintahan) III Golongan Bawahan (diperintah)

Stratifikasi Sosial Melayu Tradisional

Diraja Bangsawan Rakyat Hamba

Kelas dan Status Mempunyai kaitan Individu kelas atsan boleh mendapat status tinggi apabila diberi peluang jawatan penting dlaam masyarakat (dermawan). Ada mobiliti Sosial

Kelas
Golongan kaya (atasan) Golongan sederhana (Pertengahan) Golongan Miskin (Bawahan)

- Status
- Pegawai Daerah - Penghulu - Ketua Kampung - Imam - Guru - Kerani - Penoreh Getah

Kasta
Mulia {
Brahmin

Ksyatria

Pertengahan {
Bawahan {

Vaisya

Tidak dapat tukar kasta

Sudra

Ciri ciri Sistem Kasta oleh Joseph s. Roncek & Ronald L. Warren
1. Seseorang berada terus tetap dalam kasta yang ia lahir 2. Boleh berkahwin hanya dari kasta yang sama. 3. Ada peraturan kasta dalam mengawal perhubungan di kalangan ahli kasta yang lain.

7. Sistem Sosial
Ting Chew Peh (1979) menafsirkan sistem sosial sebagai satu set peranan sosial yang menginteraksi dan kelompok sosial yang mempunyai nilai, norma dan matlamat yang sama. Ia mempunyai beberapa bahagian dan
saling berhubungan Mempunyai fungsi masing-masing

Seperti:- Keluarga dan kekeluargaan, sistem ekonomi (pertanian, perindustrian dll), pendidikan, kesenian, agama dan kepercayaan dan kepimpinan dan politik

KEBUDAYAAN
Penggunaannya hanya merujuk kepada tujuan tertentu, misalnya majlis dan upacara khusus. Penggunaannya hanya berkepentingan pada masa-masa tertentu, misalnya bagi tempoh majlis dan upacara itu sahaja. Penggunaannya mengabaikan unsur-unsur lain yang seharusnya disekalikan dalam pengguaan istilah kebudayaan seperti norma, nilai, sistem ekonomi dan sebagainya.

Definisi Budaya
1. Edward B. Taylor
Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi di antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, moral, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.

2. Joseph S. Roucek dan Ronald L. Warren


Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pola organisasi sosial, cara tingkahlaku yang dipelajari, ilmu pengetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan.

3. A.L Kroeber dan Clyde


Kebudayaan terdiri dari pola-pola tingkahlaku yang eksplisit dan implisit yang diperolehi dan disampaikan melalui simbol-simbol, ters kebudayaan terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi, terutamanya sekali nilai-nilai yang terikat dengannya.

4. Aziz Deraman
Kebudayaan itu ialah juga yang kita fikir, buat dan punyai dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang moral, adt istiadat dan apa juga cara hidup kita yang merupakan pengaliran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita.

6. Sidi Gazalba (1983)


Cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekumpulan manusia yang membentuk masyarakat.

7. Koentjaraningrat
Kebudayaan itu keseluruhan daripada kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tata kelakuan yang seharusnya diperolehi dengan cara belajar dan semuanya tersusun dalam kehidupan masyarakat.

Empat aspek penting berdasarkan definisi antropologi dan sosiologi kebudayaan ialah: Kelakuan dan usaha manusia Peraturan terhadap kelakuan dan usaha manusia Hasil daripada kelakuan dan usaha manusia dan Kelakuan dan usaha manusia bertujuan murni iaitu memajukan hidup mereka.

Garis Pemisah Kebudayaan dengan Bukan Kebudayaan


Tiga ciri penting: 1.Perlakuan manusia atau semulajadi 2.Dikongsi bersama atau hanya dilakukan oleh individu tertentu 3.Diiktiraf oleh anggota masyarakat sebagai cara hidup mereka

1. Perlakuan manusia atau semulajadi


Perluan manusia digolongkan kebudayaan seperti:
Membajak, berkebun, berpakaian, memasak, bertukang Ikhtiar / Usaha manusia Selo Somardjan Karya

Aspek semulajadi anugerah Tuhan seperti:


Rasa lapar, mengantuk, hiba, sedih, sakit, saiz fizikal, gembira - Bukan kebudayaan Automatik

*Tapi cara menggunakan atau menggayakan adalah kebudayaan


Contoh : Sakit.............. aduh!! Malu.......... muka merah, ketawa kecil / senyum

Alam Semulajadi
Tasik, laut, sungai, awan, hujan, pokok, bukit, gunung, udara, air - Bukan kebudayaan dan manusia tidak boleh cipta

*Cara manusia menggunakannya untuk memenuhi keperluan hidup digolongkan sebagai kebudayaan. Contoh: air sungai menternak ikan, membasuh Kayu / pokok rumah, perahu perabot *usaha daripada manusia dan ia dipelajari

Ciri Ciri Kebudayaan


Mengambarkan kebudayaan yang terbit daripada tingkah laku dan akal kita. Ia mengalurkan / mendorong manusia menyesuaikan kehidupan dengan persekitaran seperti bagaimana
Dikawal Mengawal Mencipta Menggunakan dunia sosial

1. Dipelajari
Setiap perkara perlu dipelajari tidak secar automatik kecuali perkara semulajadi. Proses mempelajari melibatkan :
Difusi Akulturasi Adaptasi Asimilasi Integrasi Integrasi

2. Sejagat
Bersifat sejagat Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok / masyarakat tetapi ia berbeza. 7 unsur yang terdapat dalam semua kebudayaan iaitu:
Peralatan dan kelengkapan hidup manusia Mata pencarian hidup dan sistem ekonomi Sistem sosial atau kemasyarakatan Bahasa Kesenian Sistem Pengetahuan Agama dan Kepercayaan

3. Dikongsi

Pelaksanaan itu diamal oleh sekumpulan manusia Contoh : Bahasa, Pakaian, Komputer dan TV

4. Diwarisi
Lanjutan daripada yang terdahulu Bersambung Kebudayaan sekarang adalah kesan yang terdahulu

5. Berubah
Sentiasa berubah dari segi bentuk, ciri, dan proses Sebab perubahan
Pertambahan anggota masyarakat Pertambahan keperluan manusia Penemuan dan ciptaan teknologi baru Konflik dalam masyarakat Perubahan alam sekitar

6. Simbolik
Kebudayaan itu simbolik tidak dapat dilihat dengan mata kasar Simbolik dalam kebudayaan boleh difahami oleh pendokong dan dijelmakan dengan tingkah laku Mempunyai erti disebaliknya

7. Berpola dan Berstruktur


Kebudayaan mempunyai corak dan susunan tersendiri dan ia berbeza antara satu kelompok dengan yang lain.
Ianya berganting kepada persekitaran pengetahuan, kemajuan sains, pengaruh asing dan jumlah penduduk.

8. Sistem Perlambangan
Satu lambang dalam kebudayaan itu boleh memberi makna. Terbahagi kepada dua iaitu:
Lambang sesuatu objek dan perlakuannya dapat memberi pengerti tertentu Isyarat Objek atau perlakuan yang memberi arahan

9. World View/weltanschauung
Bagaimana kita menafsir persekitaran/dunia: Ukuran Jarak Masa Usaha Sifat

Anda mungkin juga menyukai