Anda di halaman 1dari 4

Definisi & Konsep Budaya Cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu Budhi (Sanskrit) - kecergasan fikiran dan akal

akal Daya (Melayu) - kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Nik Safiah Hj Abdul Karim : tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Kamus Dewan, 2005 : Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Merupakan satu cara hidup yg diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Mohd Taib Osman, 1988 : Satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yg dpt memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dpt menyesuaikannya dgn keadaan sekeliling. Dr segi bahasa - Budaya ialah Cara hidup Dr segi Istilah : Satu cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir. Kepelbagaian budaya adalah cara atau gaya hidup pelbagai masyarakat dan bangsa. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, kesusasteraan, politik, muzik, lukisan, seni bina, falsafah, idea, tabiat dan nilai kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi. Budaya juga boleh dikaikan dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya adalah lambang kejayaan sesuatu masyarakat atau bangsa.

Pola Budaya 1. Wajib - Tiada pilihan lain untuk melakukannya dan perlu patuh pada pola sedia ada. 2. Preferred - Memilih pilihan yang lebih digemari daripada pelbagai pilihan yang ada. 3. Tipikal - Kerap melakukan satu cara daripada pelbagai pilihan walaupun tidak digemari. 4. Alternatif - Ada beberapa cara untuk melakukannya walaupun tiada suatu cara yang digemari. 5. Terhad - Cara melakukan sesuatu itu dibenarkan untuk orang tertentu sahaja,

Ciri Ciri Budaya 1) Boleh Dipelajari Budaya tidak diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara genetik. Budaya dipelajari oleh ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka saling berinteraksi dengan persekitaran sosial mereka. 2) Boleh Dikongsi Ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya tentunya sedia maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam masyarakat itu.

3) Bersifat Sejagat Umumnya dalam masyarakat yang mana pun di serata pelusuk dunia ini, mereka mempunyai unsur-unsur budaya sejagat iaitu wujudnya seni beladiri, tarian, peraturan moral atau agama, berpantang selepas bersalin, perubatan, upacara pengkebumian, hiasan tubuh, istilah kekerabatan, pembahagian tugas, keraian dan pelbagai lagi. 4) Boleh Diwarisi Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Quran dan adat bersanding. 5) Sentiasa Berubah Budaya berubah dari semasa ke semasa, sedikit atau banyak, cepat atau lambat. Perubahan budaya berlaku melalui proses inovasi. Inovasi ialah idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat seperti kemajuan komputer dan media telah merubah budaya hidup dan budaya sosial kita. Penciptaan dapur gas membuatkan makanan lebih cepat disediakan berbanding dapur kayu, maka masyarakat makan dengan lebih menu. Begitu juga dengan perkhidmatan bas, penciptaan motosikal, telefon bimbit dan sebagainya.

6) Mempunyai Unsur Simbolik

7) Mempunyai Pandangan Semesta

Jenis dan Demografi Kelompok Kelompok didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Kajian saintifik dan statistical tentang kelahiran (fertility), kematian (mortality), perkahwinan serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz taburan kependudukan manusia. Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal Kelompok Formal merujuk kepada kelompok yang ditentukan oleh Struktur Organisasi serta Pengkhususan Tugas (Division of Labour) untuk mencapai objektif Organisasi. Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan: i. Kelompok Tugas: Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.

ii. Kelompok Kepentingan: Individu bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus.

iii. Kelompok Persahabatan: Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Istilah RAS membezakan satu penduduk manusia (atau bukan-manusia) dengan yang lain. Kategori yang lazim digunakan bagi membezakan penduduk manusia adalah sifat visible (terutamanya warna kulit dan bentuk muka), baka, dan pengenalan diri Homo-Sapiens - Jenis-Jenis Ras - : i. Caucasoid (Orang-Orang Eropah Putih) : Bibir Nipis, Kulit Putih, Mata Besar, Rambut Lurus, Tinggi, Hidung Mancung. ii. Negroid (Orang-Orang Negro Hitam) : Kaki Kurus, Rambut Kerinting, Mata Besar, Bibir Tebal, Kulit Hitam, Tinggi iii. Mongolod (Orang-Orang Asia Kuning) : Hidung Kurang ,Mancung, Badan Kecil, Kulit Berwarna, Mata Agak Kecil, Rambut Lurus @ Kerinting iv. Austroloid (Orang-Orang Australia-Kelabu) : Kulit Kelabu, Rambut Kerinting, Hidung Besar, Mata Besar v. American Indian (Orang-Orang Asli Amerika Red-Indian): Hidung Sederhana, Kulit Merah, Bentuk Muka Bersegi, Rambut Lurus, Mata Besar

Anda mungkin juga menyukai