Anda di halaman 1dari 15

SOSIALISASI DAN STRUKTUR

SOSIAL
JABATAN SAINS DAN TEKNOLOGI,
FAKULTI KEMANUSIAAN, PENGURUSAN DAN SAINS, UPMKB

1
INSTITUSI SOSIAL DAN KELOMPOK SOSIAL
INSTITUSI SOSIAL
• Istilah “institusi” adalah untuk menggambarkan sistem normatif yang
beroperasi dalam lima bidang asas kehidupan, yang boleh ditetapkan
sebagai institusi utama untuk:
1. Menentukan kekerabatan (kinship)
2. Mengadakan penggunaan sah kuasa
3. Mengawal pengedaran barangan dan perkhidmatan
4. Menghantar pengetahuan dari satu generasi ke generasi yang akan datang
5. Mengawal selia hubungan kita ke alam ghaib

2
• Konsep institusi sosial tergolong dalam lima konsep asas utama, iaitu institusi
agama, keluarga, Pendidikan, kerajaan(politik) dan ekonomi.
• Satu proses yang berstruktur atau bersusun melalui mana individu atau
kelompok melaksanakan aktiviti mereka bagi mencapai tujuan tertentu.
• Horton & Hunt (1976)- institusi sosial itu sebagai satu sistem hubungan yang
tersusun, yang mengandungi himpunan nilai dan prosedur bersama, serta
memenuhi keperluan masyarakat.
• Kornblum (1997)- institusi sosial sebagai satu susunan status dan rol yang
stabil yang memberi perhatian kepada memenuhi keperluan asas ahli
masyarakat.

3
KELOMPOK SOSIAL
• Kelompok adalah satu koleksi manusia yang berinteraksi bersama-sama,
dalam cara yang tersusun atas dasar jangkaan yang dikongsi bersama
mengenai tingkah laku mereka.
• Akibat daripada interaksi, ahli-ahli kelompok akan:
- Merasa rasa punyai dipunyai (sense of belonging)
- Menjangkakan sesuatu tingkah laku antara satu dengan lain, yang mereka
tidak jangkakan daripada orang lain.
• Kelompok sosial terdiri daripada dua orang atau lebih. Dua orang dikenali
sebagai dyad, manakala tiga orang pula sebagai triad.
• Setiap kelompok mempunyai: Sempadan, norma, nilai, status dan rol,
diikat norma dan nilai.

4
AGREGAT
• Satu koleksi manusia yang kebetulan berada dalam satu kawasan
pada sesuatu masa tertentu seperti penonton wayang, orang berkelah
di pantai lain-lain.
• Ahli agregat tidak berinteraksi dengan mendalam dan tidak
mempunyai rasa kepunyaan antara mereka. Sebagai contoh, kaum,
kelas, golongan, kumpulan dan sebagainya.

KATEGORI
• Sebilangan manusia yang tidak pernah bertemu tetapi berkongsi sama
ciri-ciri tertentu seperti umur, kaum atau jantina.
• Sebagai contoh, golongan belia, warga tua, kaum ibu dan kanak-
kanak.
5
STRATIFIKASI SOSIAL
• Stratifikasi sosial merujuk kepada cara orang yang berkedudukan atau
mempunyai status dan mengarahkan dalam masyarakat.
• Stratifikasi sosial wujud dalam kumpulan kecil dalam pelbagai lapisan
masyarakat
• Ia juga ditentukan oleh gabungan suku kaum, umur, atau kasta.
• Manakala, dalam kumpulan atau organisasi pula ia boleh dilihat
melalui pengagaihan kuasa dan autoriti seperti pangkat.

6
• Ringkasnya stratifikasi sosial adalah:
1. Merupakan proses, dimana masyarakat mengasing-asing anggotanya
mengikut kriteria tertentu
2. Wujud apabila ada perbezaan atau ketaksamaan sosial khususnya dari
segi harta, kuasa dan sebagainya
3. Apabila disartakan berbeza mengikut masyarakat: dalam masyarakat
simple adalah berasaskan makanan, jantina manakala masyrakat
kompleks pula adalah berasaskan sumber ekonomi, kuasa dan
sebagainya.
• Masyarakat stratifikasi sosialnya yang kurang jelas digelar masyarakat
egalitarian (simple/tradisional).

7
PRINSIP-PRINSIP STRATIFIKASI SOSIAL
• Empat prinsip utama stratifikasi sosial:
1. Stratifikasi sosial merupakan ciri masyrakat dan bukan perbezaan
individu
2. Berterusan daripada generasi ke generasi kerana ketaksamaan sosial
wujud berpanjangan walaupun ada mobiliti sosial
3. Bersifat sejagat tetapi berbeza-beza - apa yang berbeza dan
bagaimana ia berbeza adalah mengikut masyarakat
4. Tidak hanya melibatkan perbezaan tetapi juga kepercayaan – mengapa
manusia seharusnya dibezakan.

8
SISTEM-SISTEM STRATIFIKASI SOSIAL
• Sistem Egalitarian
Masyarakat yang tiada stratifikasi. Mereka memiliki peluang yang sama
dari segi ekonomi dan prestij. Ia wujud dalam masyarakat primitif yang
mengamalkan kehidupan memburu atau mengumpul. Contoh masyarakat:
Kung Bushman, Mbuti Psymies

• Sistem Rank
Mayarakat pertanian dan pengembala. Ketaksamaan peluang dari segi
prestij dan status dan bukan ketaksamaan ekonomi. Ktua mempunyai
tanah tetapi dikerjakan secara bersama. Contoh masyarakat: Swazi di
Amerika.
9
• Sistem Perhambaan
Masyarakat yang mengamalkan system feudal (system beraja), tahanan
perang biasanya dijadikan hamba abdi. Hamba berkedudukan paling
bawah dan dinafikan hak mereka dalam kehidupan sosial. Contoh
masyarakat: orang kulit hitam menjadi hamba kepada orang kulit putih.

• Sistem Kasta
Sistem kasta adalah stratifikasi sosial berdasarkan askripsi (perwarisan).
Sistem yang tertutup kerana tiada mobilit sosial. Selain itu, ia
mengkategorikan manusia mengikut hierarki dan ditentukan melalui
warisan. Contoh masyarakat: masyarakat India dan Afrika Selatan

10
• Sistem Estet
Wujud pada zaman pertengahan/feudal di Britain. Ia berdasarkan sistem
perwarisan yang terdiri daripada lebih kurang 150 keluarga. Sistem estet
dibahagikan kepada tiga kumpulan:
1. Estet pertama – Golongan Bangsawan (nobles)
2. Estet Kedua – Golongan clergy (knight, tentera, peguam, peniaga)
3. Estet Ketiga – Orang Kebanyakan (commoners) seperti petani, tukang kraf
dan sebagainya.

• Sistem Sosial
Sistem ini berdasarkan kepada pencapaian individu. Sistem kelas ini merupakan
system yang terbuka kerana perubahan pekerjaan dan berdasarkan meritokrasi.
Sistem ini merupakan ciri utama dalam masyarakat bandar (industri)

11
AGENSI SOSIAL
• Agen sosial adalah pihak yang melaksanakan atau melakukan sosialisasi
• Sosialisasi adalah proses pemasyarakat (menjadaikan individu ahli
masyarakat)
• Sosialisasi sebagai cermin sosial bagi membentuk konsep kendiri individu
dan membentuk dan menanamkan kemahiran kepada individu sebagai
ahli masyarakat.
• Agen sosialisasi merupakan kelompok sebagai rujukan yang membina
personality dan kemahiran (model)
• Antara yang dibincangkan dalam unit adalah keluarga, media massa, dan
institusi Pendidikan.

12
1. KELUARGA
 Keluarga merupakan agensi asas yang boleh membentuk masyarakat dan
dasar pembantu utama struktur sosial yang lebih luas. Meliputi ibu, ayah,
adik beradik, saudara mara dan sebagainya.
2. PENDIDIKAN
 Institusi Pendidikan merupakan agen terbesar dalam membentuk sikap dan
pemikiran kerana banyak masa dihabiskan untuk menuntut ilmu. Konteks
perhubungan institusi Pendidikan melalui ilmu yang disampaikan, pergaulan,
dan persekitarannya yang membentuk masyarakat yang berbeza-beza.
3. MEDIA MASSA
 Pengaruh media bergantung kepada frekuensi dan kualiti mesej yang
disampaikan oleh media tersebut. Maklumat yang disampaikan oleh berita
mampu memberikan sosiolisasi kepada pembentukan perilaku dan pemikiran
sesebuah masyarakat.
13
PERANAN MODEL DALAM INTERAKSI SOSIAL
• Setiap institusi perlu mencari dan menentukan cara untuk memberi
tanggungjawab kepada ahli masyarakat dalam melangsungkan peranan
sesuai dengan status.
• Sebagai contoh,institusi Pendidikan pula menentukan cara bagaimana
masyarakatr dapat disosialisasi atau dijadikan ahli msyarakat yang
berfungsi.
• Semua institusi juga menentukan kod tingkah laku secara rasmi atau
formal.
• Ahli sosiologi juga menekankan keperluan tret iaitu sesuatu institusi itu
berhubung dengan dengan institusi lain serta bersandar kepadanya.

14
15

Anda mungkin juga menyukai