Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID BIJAK LINUS

SK TUNKU LAKSAMANA, 06150 AYER HITAM, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. -------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID BIJAK LINUS

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2013.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guruguru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. ii. iii. iv. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.

Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. ii. iii. iv. v. vi. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000 membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.

SASARAN Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas

TEMPOH Mac November 2013 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA 1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas 2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2013.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat : 5 OKTOBER 2013 : Sabtu : Dewan Sekolah SKTL

SENARAI PENCERAMAH 1. En.Tn.Hj.Ismail Jaafar ( Guru Besar SKTL) 2. En.Mohd.Sabidi Yaakob ( Fasilinus)

TENTATIF PROGRAM MASA 9.00 pg 9.15 pg 9.20 pg 9.25 pg 9.45 pg 10.45 pg 11.00 pg 11.15 pg AKTIVITI Pendaftaran Ibu Bapa Ucapan pengerusi Bacaan Doa Ucapan Tuan Guru Besar Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas Sesi soal jawab Jamuan Ringan Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Pengurus Pen. Pengurus Setiausaha Pengacara AJK Brosur AJK Siaraya & peralatan AJK Makanan AJK Backdrop AJK Pendaftaran AJK Bilik Taklimat Juru Foto : En Tn.Hj.Ismail Jaafar (Guru Besar) : En.Rozali Hanafi (Penolong Kanan Pentadbiran) : En.Ramli b.Ahmad (Penolong Kanan HEM) : Pn.Rohana Sharif (Penolong Kanan Kokurikulum) : En.Mohd.Asri Mohd.Zain : En.Mazlan Mohamad : Pn. Marhaini Md.Noh : Pn. Wan Aini Wan Ahmad : Cik Mariana Abd.Karim : En. Abdul Rasyid Ramli : Pn. Siti Khajar Selamat : Pn. Noriah Ahamad : Pn. Kiah Taib : En.Lafidi Mahdan : En.Mohd. Shaher Abd.Ghani

ANGGARAN KEWANGAN Bil 1 2 3 Perkara Backdrop Jamuan Cenderahati JUMLAH Kos & Bil 1 x RM50.00 30x RM2.00 3x RM10 Jumlah (RM) 50.00 60.00 30.00 140.00 Sumber B&Kaunseling PIBG PK

SUMBER KEWANGAN 1) 2) 3) 4) Panitia Bahasa Malaysia Panitia Bahasa Inggeris Panitia Matematik Panitia Bimbingan & Kaunseling

KEPERLUAN PERALATAN
1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih. Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan Arus Perdana semakin bertambah.

Disediakan Oleh, ..................................... (PN.MARHAINI MD.NOH) Setiausaha Program Linus, SK Tunku Laksamana.

Disemak Oleh,

Diluluskan Oleh,

.......................... (EN.ROZALI HANAFI) PK Pentadbiran, SK Tunku Laksamana, Tarikh:

.......................... (TN.HJ.ISMAIL JAAFAR) Guru Besar, SK Tunku Laksamana, Tarikh: .

Anda mungkin juga menyukai