Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERBELANJAAN PROGRAM MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1 TAHUN 2013 MRSM TUN MUSTAPHA

TARIKH : 4-7 MAC 2013 TEMPAT : MRSM TUN MUSTAPHA

PENDAHULUAN

Sempena dengan minggu aktiviti semester 1 MRSM Tun Mustapha tahun 2013, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar daripada tingkatan 1 sehingga ke tingkatan 5.

Program ini akan dilaksanakan selama 4 malam bermula dari 4hb hingga 7hb Mac 2013. Sepanjang pelaksanaan program ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh BWP Senior, BWP Junior, BADAR dan juga pihak kaunselor.

MATLAMAT

Matlamat minggu aktiviti semester 1 2013 adalah mengisi kekosongan masa pelajar yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah serta meningkatkan daya saing pelajar dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

OBJEKTIF

1. Mengisi masa yang terluang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. 2. Meningkatkan daya saing pelajar dalam apa jua bidang. 3. Menghilangkan tekanan kepada para pelajar dalam proses dan strategi menangani stress.

PENUTUP

Semoga program minggu aktiviti semester satu ini member manfaat yang berguna kepada pelajar pada masa hadapan. Melalui pertandingan yang dijalankan, diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar dengan kemenangan dalam pertandingan yang disertai.

Disediakan Oleh, (EN. HANIF BIN ZAIDI ) PENYELARAS MINGGU AKTIVITI SEMESTER 1

Disokong Oleh, . ( EN ASRUL AZAMIN BIN MASIRON ) TIMBALAN PENGETUA HEP

Disahkan Oleh, ( EN ROSLI B ROHANI ) PENGETUA

Anda mungkin juga menyukai