Anda di halaman 1dari 4

Bahagian C Mencipta satu alat improvasi ( 20 % )

Tajuk :Model Tekanan Air Pengenalan

Air menghasilkan tekanan kerana ia mempunyai berat.Tekanan ini bertambah apabila air semakin dalam.Begitu juga apabila tekanan udara di luar melebihi berat air.Tindakan ini akan mempengaruhi tekanan yang berbeza-beza kederasan pancutan air yang terkeluar daripada lubang itu.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut,iaitu;

Air

Pita pelekat

Botol plastik

Paku tajam

Fakta tentang air memberi tekanan: Tekanan air menghasilkan tenaga elektrik. Manusia zaman moden sekarang membina empangan untuk menghasilkan tenaga elektrik.Tembok besar dan kukuh dibina untuk menyekat air sungai seperti kawasan Ulu Batang Rejang yang mempunyai aliran air sungai yang deras dan bertekanan tinggi ke stesen kuasa yang mengandungi turbin.Air yang bergerak laju akan memusingkan turbin ini untuk memutarkan sebuah dinamo besar.Dinamo inilah yang menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan kita.cara menghasilkan tenaga elektrik daripada tekanan air ini dipanggil hidroelektrik seperti yang terdapat di Empangan Hidro Bakun terbesar di Asia dan Empangan Hidro Batang Ai,Lubuk Antu.Persoalannya sekarang,mengapakah tekanan air lebih kuat pada paras yang lebih dalam? Berikut adalah langkah-langkah penyediaan Model Tekanan Air:

Langkah 1 Gunakan paku untuk menebuk tiga lubang yang berlainan ketinggian pada dinding botol.

Langkah 2 Lekatkan secebis pita pelekat pada setiap lubang.

Langkah 3 Isikan air ke dalam botol sehingga penuh.

Langkah 4 Tanggalkan pita-pita pelekat tadi satu demi satu.Perhatikan kelajuan air yang keluar dari setiap lubang.

Keputusan Permerhatian : Apakah yang berlaku? Jelaskan. Air terpancut paling kuat dari lubang paling bawah .Air menekan pada dinding sebelah dalam botol dengan kekuatan yang berbeza.Tekanan air bertambah kuat pada dinding botol yang lebih dalam.Tekanan bertambah kerana air lebih banyak dan berat air yang menekannya.Oleh sebab itu,air terpancut lebih kuat dan lebih jauh dari lubang yang paling rendah.

Anda mungkin juga menyukai