Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa : Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

MAKSUD : 1. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya 2. keadaan sesuatu itu menurut asalnya Alah bisa, tegal biasa Peribahasa bermula dengan huruf : A Oleh sebab sudah biasa, yang sukar pun tidak terasa lagi Ukur baju di badan sendiri Peribahasa bermula dengan huruf : U Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).

Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut Peribahasa bermula dengan huruf : M Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Peribahasa bermula dengan huruf : O

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya Peribahasa bermula dengan huruf : K Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.

Ringan tulang, berat perut Peribahasa bermula dengan huruf : R Sekiranya rajin, hidup senang Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki Lawannya: Berat tulang, ringan perut

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya Peribahasa bermula dengan huruf : M Melatih anak biar daripada kecil

Berani kerana benar, takut kerana salah Peribahasa bermula dengan huruf : B Bertindak kerana berada di pihak yang benar.

Anda mungkin juga menyukai